Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Ahad, 3 Mac 2013

Panas !!! Lagi Bukti Pakatan Haram Terlibat Dengan Pencerobohan Lahad Datu



Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan.

Dr Jeffrey Kitingan bertemu dengan anak Sultan Sulu terakhir yang diperakui Filipina, Datu Muedzul Lai Tan Kiram. Ketika ditanya oleh ABN News SINI, dia akui berjumpa pada bulan awal Julai 2012. 

Dia menafikan dia adalah pemimpin Sabah yang sekutu dengan Anwar Ibrahim yang dikatakan telah bertemu Sultan Sulu. Macam-macam lain yang dinafikan. 

Namun begitu, laman web Kesultanan Sulu bertarikh Oktober 2012 mengulas pertemuan Jeffrey dengan Sultan tersebut: 

Di manakah silapnya baru-baru ini Dr Jeffrey Kitingan telah berjaya bertemu dengan Sultan Muidzullail T Kiram? Apakah sebenarnya motif Dr Jeffrey bertemu Muidzullail? 

Kalau Dr Jeffrey bertemu Muizdullail hanya kerana mengharapkan keajaiban "Keluarkan Sabah dari Malaysia" maka beliau secara automatik memihak kepada tuntutan Filipina dan memusuhi Tausug. Beliau tersilap bila menyangka Datu Bebot @ Sultan Muizdullail itu adalah Sultan Sulu yang diterima rakyat. 

Adakah hanya kerana Muidzullail itu anakanda Sultan Mahakutta' Kiram maka dia adalah Sultan Sulu yang sebenar? Nampaknya Dr Jeffrey tidak tahu latarbelakang Sultan Mahakutta'.

Sultan Mahakutta' bin Sultan Esmail Kiram bin Raja Muda Mawallil Wasit bin Sultan Jamalul Alam (yang pajakkan Sabah kepada Inggeris) bin Sultan Pulalun, sebenarnya bermula dari Raja Muda Mawallilwasit sehingga anakandanya Sultan Esmail Kiram II adalah keluarga yang ditolak oleh Tausug dan para Datu serta syarif. 

Kerana datuk kepada Sultan Muidzullail yang Dr Jeffrey dampingi itu adalah individu yang serahkan Wilayah Sulu kepada Filipina pada tahun 1962. Sultan Esmail bin Raja Muda Mawallil Wasit tiada kedaulatan dan tidak diterima oleh Tausug apatah lagi bertindak serahkan Sulu kepada kafir yang dilaknat oleh nenek moyang Tausug sejak sekian lama. 

Sebab itu mengapa saya katakan Dr Jeffrey bila mendokong Muidzullail bin Sultan Mahakutta' maka beliau secara automatik mendokong tuntutan Filipina. Mungkin juga Tausug tidak hairan sekiranya Dr Jeffrey mendokong Filipina kerana mereka seagama yang terkenal sebagai pendokong gereja katolik.

Sultan Muidzullail T Kiram bersama Dr Jeffrey Kitingan.

Berikut kenyataan dalam posting seorang individu di FB: PHILIPPINE SABAH CLAIM FORUM, dalam posting ini seolah-olah pihak Sultan Muidzullail marah dengan perkembangan perjanjian damai MILF-GPH.

"Today, the only Sultanate of Sulu and North Borneo heir to have come forward IN THIS CRITICAL PERIOD of national confusion related to Malaysia's official admittance in Mindanao (and the potential "murder" of our claim by Malacanang and the MILF through inaction), is HM Sultan Muedzul Kiram who has made it clear that he will fight for the return of Sabah. We must support HM.  
Shown in picture taken on July 05 2012 in Kota Kinabalu, Sabah (former North Borneo): His Majesty Sultan Muedzul-lail T Kiram supported by the Sabahan Leader Dr. Jeffrey Kitingan, considered by West Malaysia as a Sabah dissident and brother of current Deputy Chief Minister of Sabah, in a one on one meeting at his hotel suite, Le Merridien, Kampong Ayir, KK, Sabah. 
Dr Jeffrey Kitingan was once jailed under the dreaded ISA (Internal Security Act) of West Malaysia on suspicion of rebellion."
 
Jika Sultan Muedzul Kiram pun mahukan Sabah, adakah Jeffrey yang memang diketahui ramai mahu keluarkan Sabah dari Malaysia ada perancangan bersama?

Ketika Jeffrey ditangkap bawah ISA, dia bersama sama dengan Anwar dan dibantu pihak CIA berpengkalan di Filipina.. Sebaik Anwar keluar dari penjara, dia ikut sama dalam PKR dan hanya keluardan tubuh STAR disebabkan pertembungan dengan Azmin.


Sumber :- The Unspinners

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog