Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 28 Februari 2013

Video Eksklusif !!! Kenyataan Pensyarah KUIN Bakal Buat Azizan Razak Masuk ICU


Bukti Kerajaan Berkebajikan Pakatan Haram Di Selangor


DALAM kita sibuk meneraju ke arus pemodenan dan masa bergerak pantas mengejar kekayaan, kadang kala kita terlupa kepada insan yang masih memerlukan. Rupanya masih ramai lagi insan malang di bumi Malaysia ini yang masih memerlukan keprihatinan insan yang lebih rezekinya.

Bukan hendak mencari salah sesiapa tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan saat ini. Sepertinya kita semua lupa tentang nasib golongan tidak berumah ini. Sepertinya kita leka dengan kehidupan dunia penuh politik.

Untuk makluman, dari maklumat yang disampaikan oleh sahabat di Sabak Bernam, individu yang bernama Pak Hamid (kalau tak silap) telah lama menjadikan pondok kecil ini sebagai rumah untuk berteduhnya. Dengan hanya bekerja sebagai pencari barangan terbuang, beliau hidup tanpa meminta belas ihsan orang lain.

Pak Hamid Orang Pakatan

Jangan salah sangka dengan rumah Pak Hamid yang penuh kiri dan kanan digantung bendera pakatan seperti PAS dan PKR. Beliau bukan ahli mana-mana parti politik. Dan beliau lebih mementingkan cara mencari makan dengan cara yang halal dari berpolitik untuk memfitnah dan menipu bangsanya sendiri.

Bendera-bendera tersebut adalah hasil sumbangan pemimpin parti pakatan di situ. Baru-baru ini, pakatan Sabak Bernam ada mengadakan satu himpunan anak muda Sabak Bernam yang bertempat berhampiran rumah Pak Hamid. 

Himpunan tersebut telah meninggalkan sampah sarap yang menjadi sumber rezeki Pak Hamid. Dan bendera-bendera tersebut dikutip sebagai membuat langsir atau dinding untuk rumah nya dari terkena panas dan hujan. Pak Hamid bukan jenis orang partisan. Jangan tuduh Pak Hamid begitu.

Program anjuran pakatan yang diadakan berhampiran rumah Pak Hamid dikatakan mendapat sambutan yang agak meriah dengan kehadiran lebih kurang 200 orang anak muda. Tapi sayang, apabila mereka tidak peka langsung dengan kewujudan rumah usang Pak Hamid.

Tiada bantuan atau sumbangan sedikit pun kepada Pak Hamid. Inikah sikap puak pakatan? Hairan dengan slogan negara berkebajikan namun apabila ada yang susah dihadapan mata langsung tidak dihiraukan.

Mana pemimpin tempatan. Mana Aziz Bari? Mana Badrul Amin? Mana Sallehin Mukhyi? Mana Wahid Rais? *Senyap.

Gambar Terkini !!! Gelombang Putih Selamatkan KUIN #SaveKedah

Alor Setar 28/02- Lebih kurang seribu orang menghadiri himpunan Opss Gempur JAZAN ( Jamil dan Azizan ) yang telah di adakan kakitangan KUIN yang telah di tindas oleh Rektor KUIN, Jamil Osman dan Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pehhh...Janji Manifesto PRU 13 Yang Lawak Gila #ManifestoBukanJanji



Memang lawak gila sampai keluaq ayaq mata bila Pisau Kedah membaca satu blog kreatif yang menulis tentang Janji Manifestor PRU 13.

Janji tersebut kononnya di lakukan bagi meraih undi supaya rakyat Malaysia menyokong satu parti yang Pisau Kedah tak tau adakah wujud di Malaysia ini. Parti tersebut di beri nama PARTI MONYET MALAYSIA.. hahahahahhhaa....


Jom kita baca janji Manifesto PRU13 bagi Parti Monyet Malaysia di bawah ni.. memang terbaik la..


Janji kami.

Sekiranya kami menang PU13, kami berjanji :



Harga minyak


Harga minyak akan turun. Mulai Julai 2013, harga minyak kelapa, minyak lintah, minyak bijan dan minyak gamat akan kami turunkan 50peratus. Minyak ikan minyak rambut, minyak senyonyong, minyak urut dan minyak wangi akan kami turunkan 25%. Minyak pelincir jenama Vaseline serta minyak cap kapak akan kami bagi percuma kepada rakyat.


Harga kereta


Harga kereta akan turun. Mulai Disember 2013, keretapi, kereta lembu dan kereta remote control akan kami turunkan 50%. Harga kereta mayat tak turun.


Skim AES


Skim Automated Enforcement System (AES) sedia ada akan dimansuhkan dan diganti dengan system AES (Animal Enforcement System) yang baru. Monyet dan kucing akan digunakan untuk menangkap pemandu yang laju atau yang tidak mematuhi arahan lalulintas.


Pendidikan percuma


Pendidikan percuma akan diberikan kepada rakyat untuk mempelajari bidang-bidang berikut (1) permainan computer (2) tatacara menggunakan Facebook and Twitter (3) mengumpat (4) menggoreng cekodok pisang dan (5) main layang-layang. Pendidikan asas (menulis, membaca dan mengira) percuma akan juga diberi kepada semua Ahli Parlimen dn Ahli Dewan Undangan Negeri.


Skim makanan percuma


Setiap rakyat Malaysia akan menikmati roti canai dan teh tarik percuma lima kali seminggu. dan telur setengah masak dua kali seminggu. 1000 kedai mamak 1Malaysia akan ditubuhkan untuk memberikan perkhidmatan roti canai, teh tarik dan telur setengah masak percuma.


Skim Perubatan


Skim Amalan Kesihatan Insan Tersayang (Skim 1SAKIT) akan diperkenalkan di seluruh negara. Masalah kekurangan doktor pakar serta peralatan moden akan kami atasi dengan menggunakan bomoh dan pawang. Ubat-ubat yang boleh menyembuhkan segala penyakit seperti minyak cap kapak dan air zam zam akan diberikan secara percuma di semua hospital kerajaan.


Kesejahteraan Lelaki


Masalah rambut gugur serta mati pucuk di kalangan semua lelaki di Malaysia akan kami selesaikan.


MBMMBI


Kami akan memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan bahasa Inggeris. Selain daripada ini, untuk membalas budi pekerja-pekerja asing di negara ini, kami juga akan memperkasakan penggunanan bahasa Bangladesh, bahasa Nepal, bahasa Tagalog and bahasa Jawa.


Sistem pengangkutan


Projek projek pengangkutan yang mampu meningkatkan ekonomi negara akan kami bangunkan. Jambatan mega daripada Kuantan ke Kota Kinabalu dan daripada Kota Kinabalu ke Filipina akan kami bina. Projek keretapi pantas dari Kota Bahru ke Pasir Mas akan dilaksanakan sebelum 2015. Projek roket laju dari Bumi ke Bulan akan kami laksanakan sebelum 2020. Kereta lembu akan diperkenalkan semula di kawasan bandar.


Peluang pekerjaan


5 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan. Selapas peluang pekerjaan ini diwujudkan, kami akan menjelajah seluruh Negara untuk mencari rakyat Malaysia yang sanggup bekerja.


ASP dan SPSBP


Akta Universiti dan Kolej akan dimansuhkan dan digantikan oleh ASP (Akta Sekolah Pondok). Sehubungan dengan ini, semua universiti serta pusat pengajian tinggi akan juga dimansuhkan dan digantikan dengan rangkaian sekolah pondok dan sekolah bawah pokok. (SPSBP). Dengan adanya skim ASP dan SPSBP, skim PTPTN akan termansuh dengan sendiri. Kebebasan akademik tetap terjamin.


Masalah haiwan


Kami perihatin terhadap haiwan haiwan yang bermasalah. Haiwan-haiwan yang bermasalah seperti kucing, anjing dan ikan jerung akan diberikan kaunselling yang sewajarnya.


Perjalanan ke syurga


Sekurang-kurang 50% rakyat Malaysia akan ke syurga secara langsung dan tanpa permit. Yang selebihnya boleh menggunakan kad Touch and Go.


Membenteras jenayah


Segala bentuk hantu, toyol, orang bunian dan mahkluk halus, yang merupakan punca utama jenayah, akan diusir keluar dari Malaysia. Pasukan polis akan diperkukuhkan dengan peralatan jampi.


Cukai pendapatan


Cukai pendapatan, cukai jalan, cukai tanah, cukai pintu, duti import, duti ekspot dan cukai perkhidmatan akan dimansuhkan. Rakyat akan diberi insentif untuk meminta sedekah sepanjang jalan.


Pisang


Harga pisang akan turun.




PMM memerlukan sokongan saudara dan saudari pada pilihanraya ini. Hasrat untuk melahirkan Malaysia yang lebih maju, selamat dan makmur hanya akan tercapai sekiranya kita bersatu hati dan berganding bahu, demi generasi hari ini dan generasi yang akan datang.


Undilah PMM

Pisau Kedah :- 

Nak bagi tau la Khalid Ibrahim kata.. Manifesto itu bukanlah JANJI..

Hot !!! Video Pendedahan Siapa Itu Anwar Ibrahim Sebenarnya











Hot !!! Apa Agenda SPR Sehingga Menggunakan One Nation Emcess Di PRU13 ni ???



Didalam berusaha menarik rakyat Malaysia menunaikan tanggunjawab memilih kerajaan yang di fikirkan layak mentadbir Malaysia, SPR sentiasa membuat pembaharuan mengikut peredaran zaman bagi memperingati rakyat.

Apa yang Pisau Kedah nak kongsikan adalah merupakan satu video lagu versi terbaru Mari Mengundi yang telah nyanyikan oleh kumpulan One Nation Emcess.

Tujuan lagu Mari Mengundi di perbaharui rentak dan lirik adalah untuk menarik perhatian golongan muda kini agar menunaikan tanggungjawap mereka terhadap Malaysia di PRU 13 ini.


" TUJUH Langkah Pengundian " Yang Patut Anda Ketahui



1 - Sila masuk apabila dibenarkan Polis yang mengawal di pintu masuk.
2 - Serahkan MyKad / Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjuk tangan untuk di periksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
3 - Bergerak kehadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda di panggil.
4 - Selepas Jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
5 - Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
6 - Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
7 - Keluar segera dari tempat mengundi.

Penggunaan Dakwat Kekal Dalam PRU 13


" Dakwat kekal akan digunakan dalam proses pilihan raya ". - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
" Bahan yang digunakan dalam dakwat kekal tidak memudaratkan kesihatan ". -Kementrian Kesihatan Malaysia.
" Dakwat kekal adalah telap air dan kekal pada kulit jari dan kuku ".Jabatan Kimia Malaysia.
" Penggunaan dakwat kekal adalah harus dari aspek syarak ". - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Tatacara Mencalit Dakwat Kekal
Sebelum Kertas Undi Di Keluarkan Kepada Pengundi

. Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kiri pengundi ;
    atau
 .  Dakwat kekal dicalitkan pada mana-mana jari kiri jika tiada jari telunjuk kiri ;
    atau
 .  Dakwat kekal dicalitkan pada jari telunjuk kanan jika tiada mana-mana jari kiri ;
    atau
 .  Dakwat kekal dicalitkan pada mana-mana jari kanan jika tiada jari telunjuk kanan ;
    atau
 .  Dakwat kekal dicalitkan pada hujung lengan kiri jika tiada mana-mana jari

Rabu, 27 Februari 2013

Sudut Info : Lebih 20 Kampung Di Moscow Tak Ada Kaum Wanita

Gambar Hiasan

Moscow: Lebih 20 kampung di pedalaman dan wilayah gersang di Russia didiami lelaki saja.
Menurut bancian rasmi Russia, 23 kampung kecil di wilayah Krasnoyarsk langsung tidak mempunyai wanita.

Kampung itu sebahagian daripada habitasi paling pedalaman di dunia dan ada beberapa kampung hanya mempunyai seorang penduduk sementara yang lain tidak lebih empat atau lima, lapor The Siberian Times.

Suhu di wilayah itu mencecah sehingga 40 darjah selius di bawah beku pada musim sejuk dan teramat panas pada musim panas.

Ketidakseimbangan jantina itu didedahkan pada Hari Pembela Negara, acara tahunan bagi memberi penghormatan terhadap peranan lelaki pada setiap 23 Februari.

Bagaimanapun, apabila diambil kira jumlah penduduk seluruh Krasnovarsk, wilayah kedua terbesar di Russia, jumlah penduduk wanitanya melebihi penduduk lelaki dengan angka 193,000. - Daily Mail


Hot !!! PAS Kedah Malu Dengan Kontroversi Tebang Balak di Wang Perah!! #TukarKedah



Belum pun reda isu pembalakan berhampiran Tasik Pedu di Padang Terap dan Gunung Inas di Baling, kini satu lagi kawasan seluas 925 hektar di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu ditebang licin, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah Datuk Mohd Johari Baharom.

Beliau mendakwa operasi penebangan balak membabitkan seluas 145 hektar dalam kompartmen tujuh di Wang Perah dikesan bermula awal tahun ini manakala penebangan seluas 780 hektar lagi dalam kompartmen lapan telah diluluskan oleh kerajaan negeri.

Mohd Johari mendakwa tanah 145 hektar itu dipecah kepada 63 lot dan diberi kepada pegawai-pegawai tinggi kerajaan Kedah manakala 780 hektar lagi hutan dalam kompartmen lapan telah diluluskan kepada pegawai-pegawai tadbir negeri Kedah (KCS).

"Saya tidak pertikai kerajaan negeri hendak beri tanah itu kepada siapapun asalkan ia di kawasan sesuai, tidak menjejaskan ekosistem dan mencemarkan alam sekitar tetapi pemberian tanah ini nampak macam ada mainan politik.

"Pemberian tanah adalah hak kerajaan negeri namun kepentingan penduduk berhampiran mesti diambil kira walaupun ia bukan kawasan tadahan air," kata Mohd Johari kepada pemberita semasa meninjau kawasan pembalakan di Wang Perah, dekat sini, hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyifatkan kerajaan Pas Kedah tidak bertanggungjawab dalam meluluskan kawasan pembalakan.

Beliau berkata garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pembalakan membabitkan kawasan melebihi 50 hektar perlu mendapat kelulusan kesan terhadap alam sekitar (EIA).

"Saya difahamkan kawasan yang telah ditebang licin ini tidak langsung ada laporan EIA. Kalau dirujuk pun kepada kementerian pasti laporan yang dikemukakan tidak betul.

"Bila musim hujan pasti akan berlaku hakisan tanah yang teruk dan tanah yang dihakis memasuki Sungai Kecil dan Sungai Temin. Keadaan ini akan menyebabkan sumber air kedua-dua sungai itu terjejas.

"Akibatnya loji air Bukit Temin dan Jeragan serta bekalan air yang diperoleh dari kedua-dua sungai itu untuk pertanian kepada lebih 10 kampung juga terjejas," katanya.

Mohd Johari berkata beliau akan membuat surat bantahan rasmi kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta meminta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar lebih efisien dalam mengambil tindakan.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Wang Perah, Abu Bakar Saleh, 43, berkata penduduk kampung sangat sedih kerana kerajaan negeri membelakangkan kepentingan mereka.

"Kerajaan negeri sewajarnya menilai kerosakan akibat penerokaan kawasan ini.

Kebun dan dusun kami di sini tentu akan terjejas dalam masa beberapa tahun sahaja," katanya dan memberitahu akan mendesak menteri besar mengarahkan aktiviti pembalakan di Wang Perah dihentikan segera.

Che Tom Musa, 62, pula meminta kerajaan Pas Kedah tidak terlalu rakus meneroka kawasan balak.

"Kami penduduk asal di sini tidak langsung dipandang. Sepatutnya kalau nak bagi tanah bagilah kepada kami dan penduduk-penduduk kampung yang tinggal di sini," katanya. 

Ini antara isu pembalakkan di Bukit Perangin Kubang Pasu yang didedahkan oleh Datuk Johari beberapa hari lepas.. Memang benar hutan hutan di sini sedang ditarah tapi Azizan sampai ke sudah duk putar belit cerita pembalakkan ni dari zaman BN lagi..Kalau benar pembalakkan disini dari zaman BN..Kenapa tanah tanah di sini masih merah?? 5 tahun takkan tak tumbuh seinci rumpun??

Walhal kalau dilihat, aktiviti penebangan hutan disini hanya baru dilakukan..Cuba dengar apa yang dijawab oleh Azizan tentang isu pembalakkan ni pada minit ke 5:46 ..Di sini Azizan sendiri mengaku permohonan ini dari zaman BN tetapi diluluskan selepas 2 tahun Pas mentadbir negeri Kedah..Apa maksudnya ?? Kalau Azizan sedar pembalakkan ini boleh memberi kesan kepada alam sekitar kenapa tak batalkan saja semua permohonan?? Kenapa perlu luluskan juga. -Medan Tempur

Gempar !!! Akibat Video Lawak Sinis, Nabil Dan Salleh Yaakob Kena Warning Dengan Ayahnda Panglima Malaysia. @LemanRLAWAK



Memang lawak gila apabila Presiden Panglima Malaysia ( Jawatan yang di lantik diri sendiri ), si Leman yang tak berapa lawak bertindak menasihati pelawak terkenal Nabil dan Salleh Yaakob setelah mengalami sakit jiwa serius apabila melihat video pendek Bangkang Dari Longkang yang memaparkan aksi lakonan lawak sinis berkenaan Buku Jingga.



Nasihat dari Leman Bengong 
Saya minta sahabat sy saudara nabil raja lawak dan otai lawak negara saudara saleh yaakob,meneliti dan membaca dahulu isi buku jingga dan fakta jelas dlm pentadbiran negara sblum membuat satu lawak politik,kerana jika tiada isi dan fakta ,lawak yg anda lakukan itu hanyalah ibarat diperbodohkan oleh UMNO..

Saya tidak kisah anda ingin menyokong mana2 parti tp biar berfakta kerana anda berdua pelawak yg hebat dimalaysia.kita boleh merapu tapi jangan sampai merapu2 hingga menjadi najis dimasa akan datang.. Gunakanlah lawak anda untuk membina rakyat dlm negara..baca dulu fakta sblum membuat lawak untk rakyat malaysia. - Leman.

Memang bengong la si Leman ni.!!!.  Yang dia dok kutuk UMNO/BN atas pentas ceramah politik Pakatan Haram dengan lawak bodoh dia tak apa la pulak . Tapi apabila artis lain yang pro kepada UMNO/BN nak kutuk Pakatan Haram, dia nak meroyan tak tentu pasal.

Suka hati Nabil dan Salleh Yaacob la nak berlakon lawak macam mana pun, dah nama pun video lawak berunsurkan politik. 

Memang bengong sungguh si Leman ni..Patut la awal-awal lagi di tendang keluar daripada pertandingan Raja Lawak musim ke 5.

Bagi Pisau Kedah memang layak pun Pakatan Haram di kutuk dengan lawak sinis macam tu sebab buku JINGAY yang di bangga-banggakan Pakatan Haram tu dah layak buang dalam tong sampah seperti yang di lakukan Datuk Ahmad Maslan.


Kalau si Leman Bengong rasa berbangga sangat dengan buku JINGAY tu dan mempercayai itu merupakan janji Pakatan Haram, Pisau Kedah rasa elok la si Leman Bengong minta Pakatan Haram tunaikan dahulu janji Manifesto Pakatan Haram PRU12 di negeri-negeri yang di tadbir Pakatan Haram.

Hot !!! Penjenayah Kewangan Di Beri Kepercayaan Oleh Azizan Razak Menguruskan Kewangan KUIN





Insaniah Holding, sebuah syarikat swasta yang di bawa masuk REKTOR KUIN, Jamil Osman dan di persetujui Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN sebenarnya merupakan punca utama Kolej Universiti Insaniah menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal sehinggakan telah menyebabkan permasalahan di dalam membuat pembayaran gaji kakitangan KUIN.

Untuk Makluman. Dalam syarikat Insaniah Holding terdapat seorang penjenayah kewangan yang di beri jawatan menguruskan kewangan Insaniah Holding.

Ahmad Shkri Ramli merupakan Financial Controller / Pengurus Kewangan Insaniah Holding. Ahmad Shkri sebelum ini pernah di sabitkan dengan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kerana melakukan jualan singkat 202 lot saham-saham AKN Technology BHD dan di denda sebanyak RM300 ribu.



Pada mula di dalam memegang jawatan sebagai Financial Controller, Ahmad Shkri di berikan gaji sebanyak RM2500 sebulan oleh Insaniah Holding. Selepas beberapa bulan berkhidmat, gaji Ahmad Shkri di naikan melebih 50% iaitu RM 4000.

Kenaikan gaji Ahmad Shkri tidak berhenti di situ saja apabila selepas setahun berkhidmat, CEO Insaniah Holding telah bersetuju menaikkan gaji Ahmad Shkri sebanyak 50% dari RM 4,000 menjadi RM 8,000 sebulan mulai 2012.

Akibat kos operasi Insaniah Holding yang tinggi, syarikat terbabit telah bertindak mengambil duit sebanyak RM 12 Juta pada tahun 2012 dari peruntukan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN sebanyak RM 15 Juta setahun.

Bayangkanlah setiap kelima-lima CEO anak syarikat Insaniah Holding gaji mereka tidak kurang dari RM 10,000 dan paling tinggi RM 35,000 sebulan dan gaji mereka terpaksa di bayar menggunakan duit peruntukan tahunan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN kerana Insaniah Holding gagal mendapatkan keuntungan.

Video Hot !!! Laporan Pentadbiran Dan Kewangan KUIN Di Rahsiakan Azizan Razak Dan Jamil Osman



Pihak EXCO Kerajaan Negeri Kedah, pernah memanggil REKTOR KUIN untuk membentangkan laporan Pentadbiran dan Kewangan KUIN di dalam mensyuarat EXCO Kerajaan Negeri.

Rektor KUIN, jamil Osman sehingga sekarang masih gagal membentangkan laporan Pentadbiran dan Kewangan Kolej Universiti Insaniah setelah di minta bentangkan di dalam Mensyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kedah 05 Ogos 2012.

Lebih malangnya apabila Azizan Razak selaku Menteri Besar Kedah mempertahankan tindakan Jamil Osman yang tidak membentangkan laporan Pentadbiran dan Kewangan KUIN.

Jika benar-benar Azizan Razak, Menteri Besar Kedah yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN dan Jamil Osman, REKTOR KUIN menjalankan amanah dengan intergrity dan telus. Kenapa perlu takut untuk membentangkan masalah kewangan KUIN kepada barisan EXCO Kerajaan Negeri Kedah ???

Video Eksklusif !!! Pendedahan Punca Utama KUIN Bermasalah Kewangan.

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Wakil Kakitangan KUIN


Setelah Azizan Razak melantik Jamil Osman sebagai REKTOR KUIN, Jamil Osman telah membawa masuk satu syarikat yang bernama Insaniah Holding SDN BHD kedalam pengurusan KUIN dan di bawah Insaniah Holding SDN BHD terdapat lima anak syarikat yang terdiri dari syarikat Maya SDN BHD, Insan System SDN BHD, Insan Hospitality SDN BHD, Insan Medic SDN BHD dan Insan Bestari SDN BHD


Setiap CEO kelima-lima anak syarikat Insaniah Holding bergaji minimum RM 10,000 dan maximum RM35,000. Tujuan utama syarikat Insaniah Holding di bawa masuk ke dalam KUIN adalah untuk menjana keuntungan kepada KUIN dari kuliah-kuliah yang telah di subkan ( Di Swasta ) kepada kelima-lima anak syarikat terbabit.

Apa yang dapat di lihat, Insaniah Holding mempunyai kadar operasi syarikat yang sangat tinggi setiap bulan sekiranya melihat dari gaji-gaji yang di terima kelima-lima CEO anak syarikat Insaniah Holding.

Oleh kerana kuliah-kuliah pengajian di KUIN di subkan  kepada kelima-lima anak syarikat Insaniah Holding. KUIN telah mengalami permasalahan kewangan yang cukup kritikal dan terburuk dalam sejarah penubuhan KUIN pada tahun 1995 apabila Insaniah Holding gagal mendatangkan keuntungan kepada KUIN melalui yuran pengajian yang di kenakan kepada pelajar-pelajar mengikut kuliah-kuliah yang di subkan kepada Insaniah Holding.

Di sebabkan gagal menjana keuntungan kepada KUIN serta kepada syarikat. Insaniah Holding pada tahun 2012 terpaksa menggunakan RM 12 Juta yang di luluskan Jamil Osman dan Azizan Razak dari duit yang di peruntukkan Kerajaan Negeri Kedah kepada KUIN sebanyak RM 15 Juta setahun.

Apakah layak syarikat swasta Insaniah Holding yang di bawa masuk kedalam KUIN oleh Jamil Osman dengan tujuan untuk menjana keuntungan kepada KUIN telah menggunakan duit peruntukkan Kerajaan Negeri kepada KUIN ??.


Hot !!! Azizan Razak Sudah Cantas Musuhnya Dalam PAS Sebagai Calon #TukarKedah

Dr Mail dan Phahrol hanya tinggal kenangan..

Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.

Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.

Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.

Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.

Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.

Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.

Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.

Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.

Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!

Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.

Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.

Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.

Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.

Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.

Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.

Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.

Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.

Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.

Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.


Sumber :- Kedah Ke KL

Selasa, 26 Februari 2013

( Minta Sebarkan ).. Himpunan Kakitangan KUIN Bongkar Kezaliman Azizan Razak Dan Jamil Osman


Kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut dan cerita sebanra berkenaan permasalahan yang sedang di hadapi Kakitangan KUIN akibat di zalimi Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dan Rektor KUIN kesayangan Azizan Razak, Jamil Osman, anda di jemput hadir ke himpunan Operasi Gempur JAZAN ( Jamil dan Azizan ) pada 28 Feb 2013 , jam 3.30 Petang sehingga 4.30 Petang di Kawasan Lapang Bersebelahan Kolej Politek MARA, Jalan Suka Menanti.

Dalam himpunan tersebut, kakitangan KUIN akan memperjelaskan permasalahan yang sedang mereka hadapi dengan secara lebih terperinci.

Hadirin yang hadir tanpa mengira fahaman parti politik digalakan memakai baju berwarna putih bagi menunjukan sokongan terhadap kakitangan KUIN. Bagi yang enggan memakai baju putih, anda juga tidak akan di halang untuk mendengar dengan sendiri permasalahan yang sedang di hadapi kakitangan KUIN.

Mana-mana pemimpin parti politik juga turut di jemput hadir untuk mendengar sendiri permasalahan yang sedang di hadapi Kakitangan KUIN yang di tindas Azizan Razak dan Jamil Osman.


Siapa Yang Percayakan Manifesto PR PRU13 Patut Tengok Video Ini #ManifestoBukanJanji



Pisau Kedah tak tau la nak kata apa kalau masih ada orang mempercayai bahawa Manifesto Pakatan Haram PRU13 merupakan satu janji Pakatan Haram sebab Khalid Ibrahim sendiri pernah akui bahawa " Manifesto Bukalah Janji " setelah rakyat Selangor menuntut janji Pakatan Haram memberi air percuma kepada rakyat Selangor.

Kalau yang percayakan Manifesto Pakatan Haram PRU13 merupakan satu janji Pakatan Haram, eloklah hampa layan video lawak sinis dari Abg Jemm dengan Nabil di bawah ini.



Di PRU13 ini kalau Pakatan Haram minta undi mereka dengan alasan akan tunaikan janji Manifesto PR PRU13, rakyat patut kata " Manifesto Bukanlah Janji ".

Video Eksklusif !!! Sidang Media Wakil Kakitangan KUIN Buat Azizan Razak Dan Rektor KUIN Sakit Jiwa #TukarKedah

Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN
 ( Wakil Kakitangan KUIN )

Satu perkhabaran yang tidak  berapa baik kepada Menteri Besar Kedah yang DIKTATOR, Azizan Razak dan Rektor KUIN kesayangannya Jamil Osman yang cukup zalim terhadap kakitangan KUIN bahawa Kakitangan KUIN yang di tindas tetap akan bertegas menegakkan kebenaran dan hak mereka sebagai kakitangan KUIN walaupun di fitnah Azizan Razan dengan pelbagai tuduhan.

Sehingga kini Azizan Razak masih enggan meminta maaf kepada kakitangan KUIN yang di tuduhnya sebagai ejen UMNO sedangkan apa yang di lakukan mereka bukannya membabitkan politik PAS atau UMNO. Apa yang di lakukan mereka hanyalah menuntut hak mereka sebagai pekerja kepada majikan.




Alor Setar 26/02 - Mewakili lebih dari 400 kakitangan Kolej Universiti Insaniah ( KUIN ), Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Penolong Pendaftar Kanan KUIN pada hari ini dalam sidang akhbarnya tetap bertegas bahawa kakitangan KUIN akan menuntut hak mereka setelah di tindas sejak sekian lama oleh pentadbiran KUIN dan Menteri Besar Kedah.

" Kita sebenarnya sudah sampai ke kemuncak untuk menegakkan kebenaran dalam memperjuangkan hak-hak kami yang di nafikan oleh Kolej Universiti Insaniah khususnya Rektor Insaniah, Datu Jamil Osman dan juga Pengurusi Lembaga Pengarah KUIN iaitu Azizan Razak "katanya.

Menurut Muhammad Azki , " Mereka gagal menguruskan kebajikan dan mereka gagal menguruskan Kolej Universiti Insaniah dengan baik."

"Punca Utama KUIN mengalami krisis yang teramat teruk dan amat parah ini adalah disebabkan sama ada dia merupakan pengurusan, kewangan, korupsi, penyelewengan ada;ah di sebabkan kepimpinan tertinggi KUIN yang di terajui oleh Datuk Jamil Osman sebagai Rektor dan Datuk seri Azizan Razak sebagai Menteri Besar dan merupakan Pengerusi KUIN, mereka gagal melaksanakan kepimpinan Islam secara telus dengan Sidiq, Amanah, Fatonah dan Tabligh " katanya lagi.

Beliau mengharapkan Datuk Jamil Osman serta Azizan Razak dalam menjadi pemimpin supaya bertakwa kepada Allah S.W.T. Dan dengan bertakwa kepada Allah S.W.T menyelamatkan KUIN daripada kancah kemusnahan sebuah institut pengajian tinggi Islam.- Pisau Kedah

Panas !!! Hadi Awang Hina Penerima BR1M Umpama Hamba Yang Di Beri Duit Oleh Firaun



Semakin lama semakin mengarut pemimpin-pemimpin PAS membawa keluar fatwa berkenaan BR1M yang telah diberikan Kerajaan Malaysia kepada rakyat.

Sebelum ini penerima BR1M di hina semacam binatang oleh Nik Aziz, Mursyidul Am PAS. Terbaru pulak, Presiden PAS, Hadi Awang mengatakan BR1M umpama habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir pulak dah..

Sudah ternyata PAS kini sedang ketakutan untuk berhadapan dengan transformasi yang telah di bawa DS Najib Razak di dalam pentadbirannya setelah mengambil alih tampok pimpinan dari Tun Abdulah Badawi

SHAH ALAM: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meneruskan serangan terhadap Barisan Nasional apabila menyifatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) mirip habuan yang diberikan oleh Firaun kepada orang Mesir.

Beliau berkata dana BR1M yang diberikan adalah hak rakyat justeru kerajaan BN tidak berhak untuk menuntut nama melalui pemberian itu.

"Cerita BR1M ini bukan cerita baru, Firaun pernah bagi BR1M. Kekayaan digunakan untuk menyesatkan rakyat. Firaun berucap, 'aku sebagai raja di Mesir, air sungai yang mengalir ke kampung, ini adalah projek aku'.

"BR1M adalah hak rakyat, bukan duit BN," kata beliau ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di sini, hari ini.

Beliau dalam ucapannya pada sebuah majlis sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar baru-baru ini mendakwa program bantuan tunai BR1M yang dilaksanakan kerajaan bertujuan untuk memancing undi selain menyifatkan penerima bantuan tersebut sebagai bodoh.

Kenyataan Hadi itu disifatkan sebagai senada dengan kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang membayangkan pemberian BR1M umpama memberi makanan kepada haiwan.
Hadi dalam ucapannya terus menuding jari kepada kerajaan BN mendakwa rakyat selama ini telah dinafikan hak demokrasi melalui sekatan maklumat justeru mengakibatkan pentadbiran negara tidak dapat dinilai secara adil.

Justeru beliau menyifatkan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mentadbir Putrajaya, maka mereka bersedia dihukum oleh rakyat.

"Sekiranya kita menang, kerajaan PR tidak berlagak menjadi tuhan, PR bersedia untuk dihukum oleh rakyat melalui demokrasi yang adil. Kita tidak mahu memerintah sepanjang hayat," tambah beliau lagi.

Pakatan Rakyat yang membentangkan manifesto pembangkang hari ini antaranya menekankan komitmen untuk membatalkan projek-projek kerajaan BN, menurunkan cukai pendapatan selain menjanjikan pelbagai imbuhan baru. 
Dianggar seramai 1,000 perwakilan pembangkang hadir di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.- Antara Pos
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog