Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 31 Julai 2013

Video Eksklusif !!! Kesayuan Anak Yatim Di Baling Di Raikan Azeez Rahim



Terharu rasa hati Pisau Kedah apabila dapat menyaksikan kegembiraan yang terpapar di wajah anak-anak yatim dan anak yatim piatu dari daerah Baling yang telah di raikan Datuk Azeez Rahim, ahli parlimen Baling didalam program bantuan Aidilfitri kepada anak yatim dan anak yatim piatu.

Kali ini gedung pakaian Jakel Sungai Petani yang dimiliki syarikat Alamoda Silk House Sdn Bhd telah di pilih Datuk Azeez Rahim kerana ingin memberi peluang kepada anak-anak yatim dan anak yatim piatu memilih pakaian raya mereka sendiri.

Yang lebih terharu, anak-anak yatim dan anak yatim piatu ini akan di jadikan anak angkat kepada pejabat Azeez Rahim, segala pengajian mereka sehingga tamat akan cuba di bantu Datuk Azeez Rahim.

Sabtu, 6 Julai 2013

LIVE! Kuliah Pagi Dari Rumah Menteri Besar Kedah! Rugi Kalau Tak Dengar!!

Streaming live video by Ustream Bersama Syiekh Alaudin Dato Abu Bakar Pegawai Agama Daerah Kota Setar dan Syiekh Mohd Naim Hj Ahmad Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah. Boleh juga ikuti di www.kedahlive.tv dan Kedahlive.blogspot.com

Rabu, 3 Julai 2013

#HanyaDiKedah : Benarkah Kerajaan Negeri Kedah Zalim Terhadap Kakitangan KUIN ?


Kejam betul Kerajaan BN Kedah ni. Pasaipa pecat pekerja yang tak bersalah dan berdosa?

Selepas Jamil lari dari KUIN, ramai kroninya pun lari jugak. Tapi masih ada yang tinggal untuk buat kacau, mereka inilah virus yang bakal mengagalkan usahanuntuk memulihkan KUIN.

Sapa Dato' Latifah Hassan ni?


Semasa menjadi Naib Presiden Perkhidmatan dan Pengurusan UNISEL beliau sudah didesak supaya meletak jawatan atau kontraknya tak disambung. Orang 'kuat' PKR ini juga bakal merosakkan usaha memulihkan KUIN.

Di Unisel pun orang dah tolak tiba-tiba datang pula ke KUIN. Apa agenda beliau walaupun Jamil dah lari tetapi beliau masih ada di KUIN. Adakah sebagai mata dan telinga kepada pembangkang ataupun kaki dan tangan pembangkang untuk membuat kacau di KUIN?

Kini umurnya pun dah 62 tahun, soo tak salah kalau kontraknya tidak disambung atau diberhentikan. Lagi pun dalam perjanjian, kontrak Latifah ni boleh diberhentikan bila-bila masa. Soo, faktor umur 62 tahun boleh dijadikan alasan untuk di tamatkan perkhidmatan.

Bagi la peluang pada orang muda pulak bekerja, masa zaman Pas dulu dah koyan-koyan duit sapu, cukup- cukuplah tu. Kalau taknak dengar cakap, kami nak londeh habis. Biar semua tau siapa yang dapat malu.

Takpa, kita tengok permainan Pas dulu.. lepas ni kalau depa terus main kasar, jangan salahkan kami kalau kami buka pekung hangpa naa.. hehe

Sumber

Hot !!! Gadis Di Jadikan Habuan MUTAAH Puak Pengikut Khalid Syiah



Gambar ini Pisau Kedah ambil dari blog sahabat Pisau Kedah, si Keris 7 Lok.. Menurut beliau, wanita dalam gambar di atas ini merupakan seorang gadis Melayu yang menyamar sebagai anak cina dalam Facebook dengan menggunakan nama Wong Mei Chew.

Gambar budak jantan yang sebelah gadis Melayu tu merupakan penyokong kuat Khalid Syiah di dalam puak KAMI yang songsang.

Dalam posting FB yang di muat naik budak jantan itu, dia mengatakan yang automatik dia telah BERMUTAAH dengan gadis terbabit setelah gadis terbabit menyertai puak KAMI yang songsang itu.

Gila sungguh puak penyokong Khalid Syiah ni bila bermutaah ikut suka hati depa saja.. Patut la pun depa ni jadi penyokong kuat Khalid Syiah.. Rupanya apabila menjadi pengikut Khalid Syiah, depa boleh bermutaah ikut suka hati serta nafsu..

Kalau nak di ikutkan apabila bermutaah ni .. creet. creet lepas tu tinggal la... Itu lah amalan yang di bolehkan dalam fahaman Syiah kepada pengikutnya.

Rosak sungguh anak muda pro Pakatan Haram ni..

Panas !!! Pergolakan Dalaman PAS Kedah Akan Membuatkan Nasib Mahfuz Seperti Nasib Ustaz Azizan


Dok kata dah, puak Phahrolrazi dan Dr Ismail takkan dok diam bila Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah.

Mula-mula memang depa diam, hanya protes tak puasnhati, letak jawatan dan merajuk.


Kemudian depa jolok blogger pro UMNO macam kami ni hentam Mahfuz dengan mainkan isu akademik. Kami sedar, sebab tu kami tak layan sangat, bagi kami Mahfuz jadi Pesuruhjaya Pas Kedah pun dah macam bonus.

Kemudian bila semua dah ikut plan, depa buat pula himpunan Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil Noor.

Kononnya nak bincang hala tuju Pas, mengikut pemikiran Ustaz Fadhil. Sapa yang taktau, ingat niat depa tu betul la sangat. Rupanya ada udang disebalik batu, niat nak jadi Pesuruhjaya Pas Kedah tak pernah terpadam.

Kalau ikut pemikiran Ustaz Fadhil, sudah tentu kepimpinan Ulamak yang dibawa. Pas zaman lani, mana ada kepimpinan Ulamak lagi, Hadi Awang pun dah jadi Alamak dari Ulamak. Dewan Ulamak Pas pun dah tak dipandang, pimpinan Pas lebih patuh pada Dap dari Dewan Ulamak.

Jadi Seminar Pemikiran Ustaz Fadhil tu, menjadi medan untuk menghentam Mahfuz yang baru saja naik jadi Pesuruhjaya, kononnya Mahfuz tu bukan Ulamak, jadi tak layak untuk jadi Pesuruhjaya Pas Kedah.

Nampak tak permainan yang cuba dibawa oleh Phahrol dan orangnya.

Sebab tu TMK kata si Phahrol ni otaknya bijak, jahat dan licik. Kalau dia naik jadi Pesuruhjaya memang susah sikit kami nak lawan, tapi kalau Mahfuz, bola tanggung banyak, dia senyum pun kami boleh tibai!

Kalau ada orang kata perbalahan dalaman Pas Kedah dah selesai bila Pas kalah, nampak sangat orang tu taktau apa sebenarnya yang terjadi dalam Pas Kedah lani. Semua perbalahan hanya boleh selesai bila Phahrol naik jadi Pesuruhjaya dan Dr Ismail jadi Timbalan. Tu pun kalau orang Ustaz Azizan nak biar la.

Kalau tak biar, nampaknya perbalahan ni akan kekal sampailah PRU ke 14. Kalau kekal sampai PRU ke 14 lagi bagus, senang sikit
kerja kami! he he he..

Sumber :- Kedah Ke KL

Selasa, 2 Julai 2013

Info PRK Kuala Besut : BN Senaraikan 3 Nama Untuk Di Pertimbangkan Sebagai Calon


GENTING HIGHLANDS 2 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) telah menyenaraikan tiga nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, tiga nama yang terdiri daripada anak tempatan itu akan diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diputuskan.

"DUN Kuala Besut merupakan kubu kuat BN dan kita akan pertahankan kemenangan. Pertamanya kita akan menyusun gerak kerja parti yang terbaik selain menyelesaikan isu-isu tempatan," katanya.

Muhyiddin yang mengetuai jentera BN bagi menghadapi PRK DUN Kuala Besut berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan di Institut Aminuddin Baki, di sini hari ini.

Beliau ditanya pemberita berhubung persediaan BN menghadapi PRK tersebut ekoran kematian penyandangnya, Datuk A. Rahman Mokhtar, Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE

Hot !!! Berita Gembira Buat Red Bean Army Ketahui


KUALA LUMPUR 2 Julai - Cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat cyber troopers ydikaitkan dengan parti pembangkang, Red Bean Army(RBA) akan dibawa ke mesyuarat Kabinet Jumaat ini.

Cadangan penubuhan Suruhanjaya tersebut terkandung
dalam memorandum yang diserakan oleh Gabungan Islam yang diwakili Presiden Kelab Wartawan Muda, Dzulkarnain Taib kepada Menteri di Jabatan Perdan Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasim di lobi Parlimen hari ini.

"Saya akan membawa perkara ini untuk pengetahuan kabinet sama ada permohonan ini wajar atau tidak, sebab ada banyak laporan polis mengenai RBA ini yang kita lihat cukup aktif sebelum, semasa dan selepasPilihan Raya Umum ke-13 yang lalu."

"NGO ini mendakwa bahawa Red Bean Army ini telah
mendapat dana yang besar daripada pihak pembangkang
untuk membiayai gerakan mereka," kata Shahidan.

Menurut beliau kerajaan terbuka kepada semua cadangan rakyat termasuk penubuhan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat RBA.

Dalam memorandum tersebut Gabungan NGO Islam mengandungi 130 pertubuhan termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia berpandangan gerakan Red Bean Army merbahaya kepada keselamatan negara merosakan perpaduan negara.

RBA sebelum ini dikaitkan dengan penyebaran berita palsu melalui Internet termasuk di laman sosial antaranya mengenai berita 40,000 rakyat Bangladesh mengundi dalam PRU yang lalu. -UTUSAN ONLINE

Panas !!! Khalid Samad Menunjukan Kebodohannya Apabila Bercakap Soal Lahad Datu Dalam Parlimen



Dalam Sidang Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Gereja Samad dengan bongkaknya mempertikai masa yang di ambil pihak Kerajaan Malaysia dan Pihak Keselamatan Malaysia untuk berhadapan dengan penceroboh Rejim Lanun Sulu di Lahad Datu, Sabah.

Dalam isu pencerobohan Lahad Datu yang berlaku awal tahun, Pihak Keselamatan Malaysia mengambil masa selama 3 bulan untuk memastikan kawasan Lahad Datu yang di ceroboh Rejim Lanun Sulu selamat dengan melancarkan OPS DAULAT.


Seramai 10 anggota Keselamatan Malaysia yang terdiri dari pasukan Polis dan pasukan Tentera Malaysia telah gugur dalam menjaga kedaulatan Malaysia yang telah di ancam oleh Rejim Lanun Sulu.

Pisau Kedah tak sangka juga yang Khalid Samad ni mempunyai otak yang bengap seperti Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang mempunyai taraf pemikiran macam budak PASTI.

Khalid Gereja Samad ingat dalam isu menangani penceroboh yang mempunyai persenjataan yang lengkap dan berpengalaman dalam peperangan gerila ianya semudah yang di sangkakan kot ??

Kalau bagi Unit Amal PAS yang suka bertempur dengan pasukan Polis pun belum tentu cukup masa setahun untuk memerangi Rejim Lanun Sulu seandainya di beri kelengkapan persenjataan.

Khalid Gereja Samad ingat dalam berhadapan dengan situasi yang memberi ancaman kepada keselamatan Malaysia, Kerajaan Malaysia boleh mengambil tindakan sambrono seperti mana tindakan yang suka di amalkan Pakatan Haram ka ??

Khalid Gereja Samad perlu tahu pada awal pencerobohan, pihak Kerajaan Malaysia dan Pasukan Keselamatan Malaysia mengambil tindakan yang sewajarnya iaitu dengan mengadakan rundingan secara aman bagi mengelak pertumpahan darah di antara kedua-dua pihak.

Selain itu, Kerajaan Filiphina juga memohon jasa baik Kerajaan Malaysia memberi masa kepada negara itu untuk memujuk Rejim Lanun Sulu pulang kembali ke Filiphina.. Namun Rejim Lanun Sulu tetap berdegil, tidak mahu berundur dari kawasan Lahad Datu walaupun kedudukan mereka telah di kepong pasukan Keselamatan Malaysia.

Pihak Rejim Lanun Sulu yang tetap tidak mahu berundur telah melancarkan serangan terhadap pihak Keselamatan Malaysia sehinggalah Pihak Keselamatan Malaysia terpaksa bertindak balas kembali.

Pisau Kedah sendiri pernah berbual dengan sepupu Pisau Kedah seorang tentera yang dihantar ke Sabah untuk menyertai OPS DAULAT.. Dia berkata ketika bertempur dengan Rejim Lanun Sulu, dia seolah-olah bertempur dengan hantu apabila tembakan yang di lepaskan bertalu-talu langsung tidak mengenai sasaran.

Dalam melakukan pengeledahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain pula.. Pasukan Keselamatan Malaysia terpaksa mengambil masa bagi memastikan kawasan yang hendak di geledah terhindar dari sebarang ancaman bahaya yang boleh mengacam nyawa anggota keselamatan yang melakukan pengeledahan.

Pasukan Keselamatan Filiphina pun terpaksa berhati-hati untuk berhadapan dengan puak Rejim Lanun Sulu ni.. Khalid Gereja Samad pulak sewenang-wenangnya mempertikai masa 3 bulan yang di ambil Kerajaan Malaysia dan Pihak Keselamatan Malaysia untuk berhadapan dengan puak Rejim Lanun Sulu.

Bukankah lebih baik Khalid Gereja Samad mendesak Kerajaan Malaysia melakukan tangkapan segera keatas pihak yang menjadi dalang pencerobohan tersebut dari mempertikai masa yang diambil Kerajaan Malaysia dan Pihak Keselamatan Malaysia untuk berhadapan dengan pencerobohan.

Gila !!! Kakitangan Insaniah Holding Minta Gaji Kepada Kerajaan Negeri Kedah #HanyaDiKedah



Kelmarin dulu dengaq kata staf staf anak syarikat insaniah holding nak buat demo kononnya nak tuntut gaji tertunggak dari kerajaan negeri..

Bagi siapa yang tak tau isu KUIN dan Insaniah mesti depa kata Kerajaan Negeri Zalim sebab tak bayaq gaji..

Untuk pengetahuan semua Insaniah holding serta anak syarikat seperti Insan Medik, Insan Maya, Insan sistem, insan hospitality dan Insan Bestari sendirian berhad ditubuhkan oleh jamil hanya untuk meletakkan kroni kroninya..

Semua Syarikat dibawah Insaniah Holding ini langsung tidak membawa keuntungan kepada syarikat sebaliknya antara penyebab utama KUIN menghadapi krisis kewangan.. Anak syarikat patut berniaga dan cari duit untuk KUIN, bukan KUIN yang cari duit untuk anak syarikat..


Insaniah holding tidak menjana pendapatan sendiri seperti syarikat sendirian berhad yang lain, sebaliknya "Menyamun" wang milik KUIN sebanyak 1.4juta sebulan dari 15juta setahun peruntukkan kerajaan negeri hanya untuk membayar gaji staf Insaniah Holding Sdn Bhd.

kalau tak silap ada seramai 309 orang.. Tak ke gila namaanya.. Kerja untuk orang lain, tapi orang lain kena bayar gaji..

Gaji CEO anak anak syarikat Insaniah holding ini pula mencecah 50ribu sebulan.. Bayangkan 5 anak syarikat kecil mempunyai 5 CEO makan gaji buta..

Ini baru gaji pokok yang tidak termasuk elaun-elaun lain dan gaji pensyarah yang berkerja di bawah Insaniah Holding.

Apa guna kakitangan anak syarikat Insaniah Holding berdemo nak tuntut gaji tertunggak dari kerajaan sedangkan anak syarikat Insaniah Holding tak ada kaitan dengan Kerajaan Negeri ..Suruhlah Ust Azizan bayar gaji sebab dia masih lagi pengerusi Insaniah Holding..

Mudah betul Pas nak menkayakan kroni kroni.. Buka syarikat SDN BHD yang tak jana pendapatan. Lepastu ambil pekerja ikut suka hati, Tiap Tiap bulan hantar claim suruh kerajaan bayar gaji.. Banyak cantik muka hangpa..

Sebab tu lepas BN ambil alih kerajaan, Jamil selaku rektor KUIN dah berambus sebab dia tahu segala tembelangnya akan dibongkarkan .. Itu baru sikit.. Dengaq kata ada beribu lagi kerja jahat yang Jamil buat akan didedahkan..

Medan Tempur

Kos Yuran IPTA Adakah Kerajaan Malaysia Lebih Zalim Dari Negara Lain ??



Pisau Kedah tertarik dengan satu email yang di hantar oleh saudara Shamsul Bahri Zakaria, PhD Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya (UM) ke ruangan E-mel anda Akhbar Harian Metro hari ini yang bertajuk "Yuran IPTA Kita Jauh Murah".

Mari kita ikuti email yang telah di kirimkan Shamsul Bahri Zakaria..

"Di Malaysia program pengajian 3 tahun bernilai RM3,200 manakala di Singapura RM17,600 hanya untuk belajar setahun".
Ada pihak yang menyatakan kos pengajian di institut pengajian tinggi awam (IPTA) terlalu tinggi, lantas menyarankan agar di turunkan. Malah ada pihak yang mendesak agar pendidikan diberikan secara percuma. Setakat manakah kebenaran pernyataan itu ? 
Untuk memastikannya, kita perlu membandingkan yuran pengajian IPTA tempatan dengan Universiti di luar negara. 
Memandangkan rakyat negara ini sering menjadikan "kelas dunia" sebagai penanda aras, moleklah jika kita membandingkan yuran IPTA kita dengan Universiti luar negara berkelas dunia seperti National University Of Singapore (NUS) dan Hong Kong University Of Science And Technology (HKUST). 
Di NUS, yuran terendah untuk satu program pengajian setahun ialah kira-kira AS$5,500 (RM17,600). 
Di Malaysia, yuran untuk program yang sama ialah kira-kira AS$1,000 (RM3,200) untuk keseluruham tempoh pengajian tiga hingga empat tahun. 
Yuran pengajian untuk program Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Malaysia berjumlah antara AS$6,300 (RM20,160) dan AS$11,000 (RM32,000),manakala di HKUST, yuran pengajian bagi program yang sama berjumlah hampir AS$150,000 (RM480,000). 
Yuran yang tinggi membolehkan universiti luar negara ini berbelanja besar untuk meletakkan diri mereka di puncak dunia pendidikan tinggi. 
Mereka boleh membayar gaji yang tinggi untuk mendapatkan dan mengekalkan ilmuan terbaik. 
Mereka boleh membina kemudahan yang moden untuk pengajaran dan pembelajaran berlaku secara kondusif.
Mereka boleh memberikan biasiswa yang lumayan untuk menarik pelajar terbaik dari seluruh dunia belajar di universiti mereka. 
Alumni mereka juga sangat pemurah dalam menyumbang wang tanpa syarat. 
Britain pernah memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi kepada penduduknya. 
Namun akhirnya kerajaan mereka sedar yang model berkenaan tidak boleh bertahan lama dan kini mengenakan yuran berjumlah AS$5,000 (RM16,000) untuk satu program pengajian. 
Negara Scandinavia yang masih memberikan pendidikan percuma di peringkat tinggi sekarang susah sedar yang model mereka tidak boleh bertahan selamanya. 
Tanpa sumber kewangan yang tinggi, universiti mereka tidak mampu bersaing dengan universiti terbaik di peringkat dunia. 
Jika dibandingkan dengan contoh di atas, yuran IPTA kita masih jauh lebih rendah. 
Ini disebabkan pengajian tinggi di IPTA diSUBSIDI tinggi oleh wang rakyat. Pelajar juga diberikan kemudahan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). 
Seharusnya ia lebih memotivasikan pelajar untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk membina kerjaya dan membayar balik pinjaman berkenaan. 
Dana yang dikumpulkan daripada yuran dan subsidi wang rakyat itu pun sebenarnya belum mencukupi untuk menjadikan IPTA kita berdaya saing di peringkat global. 
Jika kita mahukan kualiti kita harus bersedia untuk mengeluarkan bayaran yang lebih tinggi.

Pisau Kedah:- 

Rakyat Malaysia patut belajar erti bersyukur kerana Allah S.W.T tidak menyukai makhluk ciptaannya Kufur Nikmat.

Isnin, 1 Julai 2013

Tahniah Datuk Rempit Kerana Di Lantik Sebagai Pengerusi Tabung Haji. #HanyaDiKedah

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2013 : Lembaga Tabung Haji (TH) hari mengumumkan pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim sebagai Pengerusi TH berkuatkuasa 1 Julai 2013, menggantikan YBhg Tan Sri Dato’ Sri Abi Musa Asa’ari Mohamed Nor yang telah berkhidmat dengan TH sejak Ogos 2007.

YB Datuk Haji Abdul Azeez, adalah Ahli Parlimen Baling, Kedah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak 2008. Beliau juga memegang jawatan sebagai  Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Rakyat Baling. YB Datuk Haji Abdul Azeez tidak asing bagi TH, beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah TH sejak tahun 2011.

YB Datuk Haji Abdul Azeez telah menubuhkan Kelab Putera 1 Malaysia pada 2010 dan beliau sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti NGO di dalam negara dan luar negara. Beliau terkenal dengan kerja-kerja sukarelawan dan misi-misi kemanusiaan, antara misi yang telah dijayakannya ialah misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

Dikenali sebagai seorang yang berwawasan dan mempunyai visi yang luas dalam bidang perniagaan serta pembangunan sosio ekonomi komuniti sejagat, pelantikan YB Datuk Haji Abdul Azeez sebagai pengerusi TH diyakini mampu untuk meneruskan kesinambungan TH, memacu kejayaan ekonomi ummah dan pengurusan haji terbilang.

Pisau Kedah :-

Tahniah YB Datuk Azeez Rahim kerana di lantik sebagai Pengerusi Tabung Haji  berkuat kuasa hari ini.. Pisau Kedah yakin YB Datuk Azeez Rahim mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Tabung Haji.

Perlantikan ini mungkin tidak di senangi oleh pihak yang kurang mengenali cara kerja Datuk Azeez Rahim.. Bagi Pisau Kedah yang sekarang ini duduk di Baling, Pisau Kedah tahu bagaimana buat kerja Datuk Azeez ni.

Kalau ada pihak yang mempertikaikan Datuk Azeez Rahim merupakan seorang mamak dan tidak layak menjawat jawatan Pengerusi Tabung Haji, Pisau Kedah rasa itu alasan yang tidak munasabah.

Hot !!! Apakah Tentang Isu SYIAH, Mat Sabu Akan Di Pecat Dari PAS ??

Khomeini- Az-Zindiq berkata:

ﻓﻜﻞ ﻧﺒﻲ ﻣﻦ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ ﺇﻧﻤﺎ ﺟﺎﺀ ﻹﻗﺎﻣﺔ ﺍﻟﻌﺪﻝ ﻭﻛﺎﻥ ﻫﺪﻓﻪ ﻫﻮ ﺗﻄﺒﻴﻘﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﻌﺎﻟﻢ ﻟﻜﻨﻪ ﻟﻢ ﻳﻨﺠﺢ، ﻭﺣﺘﻰ ﺧﺎﺗﻢ ﺍﻷﻧﺒﻴﺎﺀ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﺍﻟﺬﻱ ﻛﺎﻥ ﻗﺪ ﺟﺎﺀ ﻹﺻﻼﺡ ﺍﻟﺒﺸﺮ ﻭﺗﻬﺬﻳﺒﻬﻢ ﻭﺗﻄﺒﻴﻖ ﺍﻟﻌﺪﺍﻟﺔ ﻓﺈﻧﻪ ﻫﻮ ﺃﻳﻀﺎً ﻟﻢ ﻳﻮﻓَّﻖ، ﻭﺇﻥ ﻣﻦ ﺳﻴﻨﺠﺢ ﺑﻜﻞ ﻣﻌﻨﻰ ﺍﻟﻜﻠﻤﺔ ﻭﻳﻄﺒﻖ ﺍﻟﻌﺪﺍﻟﺔ ﻓﻲ ﺟﻤﻴﻊ ﺃﺭﺟﺎﺀ ﺍﻟﻌﺎﻟﻢ ﻫﻮ ﺍﻟﻤﻬﺪﻱ ﺍﻟﻤﻨﺘﻈﺮ "

Maka setiap Nabi dari nabi-nabi yang ada, sesungguhnya datang untuk menegakkan keadilan, dan tujuannya adalah menerapkannya di seluruh dunia. AKAN TETAPI MEREKA TIDAK BERHASIL, BAHKAN SAMPAI PENUTUP PARA NABI (yakni Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam) yang datang
untuk memperbaiki keadaan manusia dan membimbing mereka serta menerapkan keadilan juga TIDAK DIBERIKAN TAUFIQ. Dan sesungguhnya orang yang akan berhasil dengan segala makna kalimat dan menerapkan keadilan diseluruh penjuru dunia adalah Al- Mahdi Al-Muntazhar" [Mukhtarat Min Ahadits Wa Khithabat Al-Imam Al-Khomeini 2/42]

Khomeini Berkata :

ﻧﺤﻦ ﺃﺳﻮﺩ ﺍﻟﺴﻨﺔ ﻟﻜﺸﻒ ﺣﻘﺎﺋﻖ ﺍﻟﺸﻴﻌﺔ :

Para Nabi ﻋﻠﻴﻬﻢ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ Telah Gagal !!

Inilah orang yang Mat Sabu kagum




Mat Sabu dikatakan masih cuba menafikan ... bertaqiyah pada Nik Aziz bila ditanya akan pemahaman syiahhnya. Kali ini tak terselindung lagi apabila Mat Sabu menyokong orang syiah bunuh orang sunni di Syria. Dia boleh terima Islam bunuh Islam atau dia anggap sunni bukan Islam?


Syiah sesat dan Mat Sabu bukan berjuang untuk Islam



Sumber :- The Unspinners
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...