Rabu, 30 April 2014

Pendedahan Eksklusif Penyelewengan Tabung PKR Kuala Kedah @AnwarIbrahim @RafiziRamli @Saifnasution #HanyaDiKedah


Aku terima satu dokumen dari seorang sahabat semalam, katanya mahu isu ini didedahkan dengan kadar segera..

Isu yang dibangkitkan adalah penyelewengan tabung parti PKR kawasan Kuala Kedah dimana didalangi oleh Naib Pengerusi Cabang PKR Kuala Kedah merangkap Pengerusi MKK dan Setiausaha MKK .


Naib Pengerusi PKR Cabang Kuala Kedah dan Setiausaha MKK dikatakan telah menyeleweng wang dari Tabung MKK sebanyak RM 30, 400.00 yang dikutip dari MKK ketika PR mentadbir negeri Kedah..


Naib Pengerusi PKR mengeluarkan arahan supaya ahli MKK menyumbang sebanyak RM 100 dan RM 50 dari elaun yang mereka perolehi, tapi wang berkenaan tak tahu kemana dibelanjakan..
Oleh itu, bekas bekas MKK telah bertindak mahu perkara ini didedahkan kepada UMUM, biar rakyat tahu kelaku kelaku pimpinan PKR..


Inilah parti yang kononnya telus berjuang untuk rakyat, tapi hakikatnya kelam mata bila bermain dengan wang.. Aku mendedahkan perkara ini supaya rakyat boleh menilai siapa sebenar parti PKR ini..

Sumber :- Medan Tempur Kedah

Khamis, 24 April 2014

@NajibRazak Akui Kerajaan Tidak Pernah Menolak Hudud #Hudud #HanyaDiKedah



ALOR SETAR: Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

"Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai.

"Sebab itulah kita memerlukan ulama dalam kalangan mujtahid untuk memperhalusi dan melakukan ijtihad baharu dalam menentukan pelaksanaan hukum hudud supaya keadilan yang menjadi matlamat mampu ditegakkan," katanya ketika merasmikan majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di sini hari ini.

Katanya kerajaan menyokong niat baik pihak mana sekalipun untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ia perlu mengambil kira hal-hal lain yang menuju ke arah Islam yang sejati.

Najib berkata sebelum melaksanakan hudud, pastikan masyarakat Islam bersedia untuk melaksanakannya baik dari segi pemahaman, penghayatan, mental mahupun pemikiran.

"Begitu juga dengan masyarakat bukan Islam, perlu diberi kefahaman yang betul dan menyeluruh tentang hukum-hakam Islam supaya tidak wujud pandangan yang salah terhadap ajaran Islam yang suci ini," katanya.

Perdana menteri berkata kerajaan istiqomah memartabatkan syiar dan syariat Islam dan mengamalkan pendekatan wasatiyyah yang bercirikan keadilan, kecemerlangan dan keseimbangan.

" Kerajaan juga komited melaksanakan Maqasid Syariah dalam sistem pentadbiran negara (menjaga dan memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta).

"Sebagai ajaran agama samawi, syariat dan akidah bergandingan menjadi teras dalam Islam. Dalam syariat, inilah intipati teras daripada Allah SWT untuk membimbing manusia dalam mengharungi kehidupan bersosial, berpolitik dan menjalankan misi khalifah di atas muka bumi. Ini termasuklah hukum hudud yang kembali hangat diperbincangkan," katanya


Read more at :-Astro Awani

Gambar-Gambar Kehadiran @NajibRazak Ke Kedah Di Sambut @MukhrizMahathir Dan UMNO 4 Sayap Kedah #HanyaDiKedah #MBMesraRakyat #PMMalaysia


Kehadiran YAB Dato'Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia atas lawatan rasmi sehari ke Kedah telah di sambut oleh YAB Dato'Seri Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah dan Pergerakan UMNO 4 Sayap Kedah di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas.
















"Hutang Negara" Fakta Yang Perlu Semua Ketahui Dari Di Tipu PR #HutangNegara #TipuRakyat



Heboh mengenai hutang negara. Apa cerita sebenarnya... Di atas adalah senarai negara-negara dan hutang negara dalam USD dan % berbanding GDP. Didapati Jepun dan Amerika Syarikat merupakan di antara negara dengan jumlah hutang tertinggi. Hutang Jepun berbanding GDP jauh lebih tinggi daripada AS, iaitu 237.4 % walaupun jumlah hutangnya lebih rendah, iaitu USD 14 trilion berbanding AS, USD 17 trilion.

Hutang Jerman 78.06 %, USD 2.8 trilion, Perancis 90.2 %, USD 2.3 trilion dan Singapura, 107.88 %, USD 308 bilion tidak disentuh dan dibandingkan oleh pembangkang kerana tiada dividen politik. Lebih populis untuk mempersalahkan kerajaan walaupun hutang kerajaan tidak setinggi negara-negara yang disebutkan tadi.


Finland 53.6 %, USD 132.5 bilion


Malaysia, 55.98%, USD 170 bilion.


Singapura, 107.88 %, USD 308 bilion


Dari segi trend, hutang kebanyakan negara meningkat sejak 2007


Apa yang rakyat tidak sedar, Hutang Luaran negara hanya pada kadar 13%, Hutang Domestik adalah penyumbang yang lebih besar.


Boleh dikatakan Hutang Luaran negara masih di tahap yang rendah berbanding negara-negara serantau.


Bagaimanapun akibat krisis kewangan global, Hutang Domestik meningkat secara signifikan. Selain daripada disebabkan oleh institusi, sebahagian besar Hutang Domestik ini disumbangkan oleh rakyat Malaysia, terutamanya disebabkan oleh pembelian hartanah, baik untuk kediaman dan bukan kediaman, pembelian kenderaan dan hutang peribadi.


Tentulah pembangkang tidak mahu menceritakan hal ini kerana tidak boleh menangguk di air keruh. Mereka tidak boleh menyalahkan rakyat, sebaliknya perlu mencari jalan untuk menyalahkan kerajaan.



Pembangkang juga tidak mahu bercerita sepenuhnya tentang hutang negara melalui aspek Agensi Penarafan. Salah satu sebab yang menjadi punca penarafan menjadi lebih rendah adalah kerana kebergantungan kepada subsidi, terutamanya subsidi petroleum. Jika mereka menyarankan agar subsidi ini dipotong/dikurangkan agar rating Malaysia menjadi lebih baik, bermaksud mereka bersetuju dengan langkah merasionalisasikan subsidi yang mengakibatkan harga RON95 dan gula meningkat. Mencadangkan penurunan subsidi bukan advokasi yang popular, sebaliknya menyalahkan kerajaan kerana kenaikan harga barangan adalah lebih bersifat populis.

SUMBER :- Tun Faisal

Isnin, 21 April 2014

Mengerikan !!! Gambar Murid Tahun 4 Di Sabah Tertusuk Besi Penutup Longkang #Info


SABAH, Kota Kinabalu, bertarikh 21hb, April 2014, kira kira jam 12.50 tengahari telah berlaku suatu insiden kemalangan melibatkan pelajar lelaki tahun 4 di SK Secred Heart. Pelajar yang terlibat berlari mengejar bas yang beliau naiki di luar kawasan dan terpijak besi penutup parit yang terlepas daripada rangka asalnya lalu tertusuk ke dalam mulut menembusi ke liar bahagian pipinya.

Pelajar tersebut telah di bawa oleh seorang ibu bapa yang kebetulan menunggu anaknya pulang sekolah di kawasan yang sama.





Permasalahan Pelajar Kedah Di Jordan Akan Di Perincikan @MukhrizMahathir #HanyaDiKedah #MBMesraRakyat


Seminggu yang lalu, permasalahan yang di hadapi pelajar-pelajar Kedah berkenaan kenaikan kos pembelajaran oleh beberapa Universiti di Jordan telah mendapat perhatian Pemuda UMNO Kedah yang diketuai Dato'Shaiful Hazizy Abidin dan Pemuda UMNO Kedah telah bertindak bertemu sendiri dengan pelajar-pelajar Kedah yang berada di Jordan bagi mendengar sendiri permasalahan yang dihadapi mereka dan cuba membantu pelajar-pelajar terbabit.




Permasalah pelajar terbabit telah dibawa masuk oleh Pemuda UMNO Kedah ketika mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kedah yang di pengerusikan oleh YAB Dato'Seri Mukhriz Mahathir semalam, dan YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam kenyataannya selepas mensyuarat terbabit akan memperincikan bagi mengenal pasti penyelesaian yang sesuai untuk membantu pelajar2 terbabit.

Khamis, 17 April 2014

Gambar Kemalangan Sehingga Mengakibatkan Karpal Singh Maut ..


KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran parti DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, 73, maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Gua Tempurung, Perak kira-kira jam 1 pagi tadi. Turut terbunuh seorang pembantu manakala anaknya dan pemandu dilaporkan cedera parah.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Toyota Alphard dinaiki Karpal merempuh belakang sebuah lori yang dipandu perlahan menyebabkan kerosakan teruk pada kereta MPV berkenaan.

Anak mendiang, Gobind Singh Deo mengesahkan kejadian itu menerusi laman Twitter peribadinya kira-kira jam 3.40 pagi.







Rabu, 16 April 2014

"Permasalahan Pelajar Kedah Di Jordan" Pemuda UMNO Kedah Akan Bantu #HanyaDiKedah @MukhrizMahathir @ShaifulHazizy


PEMUDA UMNO NEGERI KEDAH AKAN BANTU MENYELESAIKAN PERMASALAHAN PELAJAR DI JORDAN :

Pemuda UMNO Negeri Kedah telah menerima aduan daripada Pelajar-pelajar Kedah di Amman, Irbid dan Mafraq, Jordan mengenai permasalahan yuran dan kenaikan kos pengajian diketiga-tiga Universiti ini.

Menurut YBhg Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Pemuda UMNO Negeri, perkara ini harus dipandang serius dan beliau akan berlepas ke Amman, Jordan bagi membuat pertemuan khas bersama 370 pelajar Kedah disana.

Diantara permasalahan-permasalahan yang diadu oleh pelajar-pelajar disana adalah

1) kenaikan yuran pengajian yang telah dinaikkan sekali ganda iaitu daripada 136 Jordan Dinar (RM 640) kepada 336 Jordan Dinar (RM 1580). Buat masa sekarang setiap pelajar Kedah menerima pinjaman daripada Pusat Zakat negeri dan Yayasan Islam Kedah hanya RM5000 untuk setiap semester dimana ianya tidak mencukupi bagi setiap pelajar yang menampang sewa kediaman yang semakin meningkat dan kos buku-buku yang semakin membebankan.

2) Para pelajar mengadu bahawa proses penerimaan pinjaman daripada kedua-dua agensi tersebut menghadapi kelewatan yang amat ketara sehingga penghujung semester hingga mengakibatkan para pelajar terpaksa meminjam daripada sumber lain dan secara tidak langsung ianya juga membebankan ibu bapa yang kurang berkemampuan.

Pemuda UMNO Kedah akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinci hasil daripada pertemuan bersama pelajar di ketiga-tiga universiti ini nanti. Pemuda UMNO Negeri juga akan membuat perjumpaan susulan bersama Exco Pendidikan Negeri dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha membantu para pelajar negeri Kedah diperantauan.

Adalah diharapkan agar permasalahan para pelajar ini dapat diselesaikan dengan baik dan Pemuda UMNO Negeri optimis Kerajaan Negeri yang sedia ada sentiasa akan mendengar dan perihatin dengan permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Kenyataan Rasmi dari Pergerakan Pemuda UMNO negeri Kedah

Jumaat, 11 April 2014

Jawapan Tun M Di Sebalik Dakwaan Musa Hitam Tentang Isu Memali #Memali



1. Semasa saya menjadi Perdana Menteri, masalah keselamatan Negara dipikul bersama oleh saya dan Timbalan Perdana Menteri.

2. Adakalanya saya memegang jawatan Menteri Pertahanan dan Timbalan Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Dalam Negeri yang bertanggunjawab ke atas Polis. Adakalanya apabila saya tentukan saya sebagai Perdana Menteri akan mengambil tugas Menteri Dalam Negeri, maka Timbalan Perdana Menteri akan dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Hanya beberapa kali apabila keadaan mendesak maka jawatan Menteri Pertahanan diberi kepada Menteri biasa. Amalan ini disebabkan soal keselamatan Negara begitu penting.

3. Pada 20 November 1985, saya mengepalai satu rombongan swasta yang amat besar kerana saya anggap terdapat banyak peluang dagangan dengan Negara Cina yang baru sahaja dibuka untuk penyertaan peniaga luar.

4. Saya tidak ingat yang Tun Musa datang berjumpa saya untuk saya tidak pergi ke Beijing tetapi beliau berada di lapangan terbang bersama dengan ramai orang yang ingin ucap selamat pemergian saya ke Cina. Di waktu itu pun saya tidak ingat yang Tun Musa menasihat supaya saya tidak pergi luar negeri.

5. Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985, sehari sebelum saya terbang. Memanglah dalam operasi polis seperti ini kemalangan boleh berlaku. 4 anggota polis terbunuh dan 16 penjenayah. Ramai juga yang cedera.

6. Saya begitu yakin yang Timbalan Perdana Menteri dapat menangani keadaan sehingga saya melantik beliau sebagai Pemangku Perdana Menteri. Beliaulah yang menjawab YB Tuan
Gooi Hock Seng (Bukit Bendera) yang telah mohon menangguh mesyuarat Dewan Rakyat pada 20 hb. November 1985 untuk membincang “Perintah Berkurung akibat Pembunuhan di Baling Kedah” (Hansard).

7. Saya kembali ke tanah air pada 28 hb. November 1985. Semasa berada di luar Negara tidak ada apa-apa yang berlaku yang tidak boleh ditangani oleh Timbalan Perdana Menteri yang memangku jawatan Perdana Menteri.

8. Sesuatu jawatan mempunyai tanggungjawabnya. Dari segi tindakan terhadap jenayah tanggungjawab ini dipikul oleh anggota Polis. Dari segi keputusan mengambil tindakan terhadap ancaman keselamatan Negara yang besar Menteri bertanggungjawab, sekurang-kurangnya merestui tindakan.

9. Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab. Dalam sistem kabinet yang kita amalkan semua anggota kabinet, terutama Perdana Menteri bertanggungjawab.

10. Saya tidak fikir Tun Musa telah ramal tentang kehilangan nyawa yang akan berlaku hasil keputusan yang dibuat olehnya. Seperti yang disebut olehnya di waktu menjawab usul oleh YB Tuan Gooi Hock Seng, “adalah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan untuk mempastikan supaya keselamatan Negara wujud pada setiap masa demi kesejahteraan rakyat jelata dan demi kestabilan Negara pada keseluruhannya. Sebab itulah Kerajaan tidak akan berkompromi………..”

11. Soal peristiwa saya kononnya tidak ada dalam negeri semasa peristiwa berlaku bukan disebar oleh saya. Dalam buku saya pun saya tidak sebut perkara ini. Yang diketahui umum ialah Dato Musa Hitam ialah Menteri Dalam Negeri, disamping menjadi Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Sebagai Menteri Dalam Negeri rundingan dan laporan oleh Ketua Polis Negara dibuat kepadanya. Menteri Dalam Negeri juga terlibat dalam memutuskan tindakan yang diambil. Jika hanya apabila semua berjalan dengan baik pengakuan bertanggungjwab dibuat, tentulah ini kurang manis.

12. Harus diingat bahawa anggota polis dibunuh sebelum polis menembak balas. Amat malang sekali sementara kematian Ibrahim dan pengikutnya diingati, bahkan dilaung sebagai syahid, kematian anggota polis yang menjaga keselamatan kita dilupakan.

13. Ya. Sepatutnya insiden ini tidak berlaku. Tetapi sanggupkah kita membiar sehingga sesuatu itu sudah melarat baharu kita ambil tindakan. Lihatlah keadaan yang sedang berlaku di beberapa Negara sekarang ini kerana polis tidak dibenar bertindak secara berkesan.

Sumber dari blog rasmi Ayahnda Tun Mahathir

Video Penuh Tazkirah Maghrib @ustazfathulbari Di Malam Cinta Rasul #BalingBerselawat #KedahBerselawat #SelawatPerdana


Video penuh Tazkirah Maghrib dari Ustaz Dr Fathul Bari semalam di Majlis "Malam Cinta Rasul" , Baling..


Walau hujan membasahi Muslimin dan Muslimat di awal Majlis tersebut. Namun Muslimin dan Muslimat tetap tidak berganjak untuk menzahirkan kecintaan terhadap Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W..

Jumaat, 4 April 2014

" #Hudud " Betul Ka UMNO Yang Tolak Atau PR ? @DSJamilKhir




PR Tolak Hudud !!!

Kata Mustafa, “Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat… kalau tidak, tidak boleh (laksanakan)." Inilah ayat yang sama pemimpin UMNO sering katakan sebelum ini, malangnya penyokong Pas terlalu taksub dan gagal menyedari hakikat bahawa mereka ditipu oleh Pas selama ini.



Sebelum itu, Nik Aziz Nik Mat telah menyatakan berulang kali tentang penolakan hudud dan Negara Islam dalam beberapa kenyataannya yang direkodkan sebelum ini;

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

3. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihan raya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

4. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

Ramai pemimpin dan penyokong Pas yang meng`kafir'kan UMNO kononnya kerana tidak mahu melaksanakan hudud. Hari ini nampaknya Pas sedar mereka silap kerana meng`kafir'kan UMNO.


Kefahaman pemimpin Pas tentang hudud berbeza antara satu sama lain. Ahli Parlimen Pasir Puteh bercakap hudud sebagai sesuatu yang menyempurnakan Islam, sedangkan Presiden Pas sendiri menyatakan bahawa hudud hanya 0.01 %. Konteks `kaafah' yang disebut oleh YB Pasir Puteh dimanipulasikan seolah-olah Hudud ditolak oleh UMNO sedangkan UMNO bercakap dalam konteks kesediaan masyarakat, pra-syarat pelaksanaan dan penegakan keadilan. Siyasah yang hendak ditegakkan bukan Siyasah Undang-undang tetapi lebih kepada Siyasah Keadilan, atau proses politik dan pentadbiran yang bertujuan bukan untuk mendirikan sebuah negara hukum, tetapi sebuah negara yang adil.

Hipokrasi Tian Chua - Kata hormat, tapi kenapa PR buat kenyataan tolak Hudud dan tidak menjadikannya satu agenda dalam PRU13.

Berdasarkan situasi semasa, memang ada keperluan untuk mewujudkan satu Jawatankuasa yang dapat meneliti secara serius aspek pelaksanaan Hukum Hudud dan bagaimana ia boleh dilaksanakan secara harmoni dengan Undang-undang sivil sedia ada.

Apa pun sejak sebelum kemerdekaan negara, UMNO telah berjaya meletakkan asas yang kukuh dan kedudukan yang istimewa kepada agama Islam. UMNO telah menegakkan 98% Syariat Islam di dalam negara ini..

Secara mudahnya, perjuangan UMNO disimpulkan sebagai perjuangan memartabat agama, bangsa dan negara. Dalam perjuangan UMNO, Islam tidak pernah sekali-kali dipinggirkan malah diletakkan sebagai perkara pertama. Cuma berbeza dengan tafsiran dan pendekatan ektremis, UMNO tidak obses untuk melaksanakan hudud dan mengkafirkan pemerintah yang tidak melaksanakannya, sebaliknya UMNO mengambil pendekatan yang lebih praktikal, sederhana dan pertengahan, iaitu dengan memberi keutamaan ke atas perkara-perkara ya1ng lebih utama.

Disebabkan itu, dalam perjuangan memerdekakan negara, UMNO telah memastikan agar kedudukan dan keistimewaan Islam ditentukan dengan jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini kemudiannya telah diperincikan lagi dalam bentuk dasar-dasar dan dilaksanakan dalam pelbagai bidang sesuai dengan pengertian Islam sebagai ad-din, iaitu suatu cara hidup yang lengkap.

Dari segi sejarah, UMNO mempunyai track record yang jauh lebih baik daripada PAS yang di dalam menegakkan hukum-hukum Islam dalam pelbagai aspek. Ini sesuai dengan tuntutan tanggung jawab kekhalifahan yang diletakkan di atas bahu setiap umat Islam, iaitu untuk memakmurkan dunia dan memlihara agama.

Hukum-hukum Allah swt ini telah ditegakkan dengan sebaik mungkin di dalam lima bidang utama, iaitu dlm bidang aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah.

Usaha memastikan hukum aqidah terlaksana, iaitu agar umat Islam di Malaysia mempunyai aqidah yang jelas dimulakan melalui pendidikan. Bezakan orang Melayu dahulu dgn orang Melayu sekarang. Sewaktu zaman P. Ramlee membuat filem, digambarkan terdapat orang Melayu yang memuja mambang untuk menuntut ilmu persilatan. Hari ini bab pendidikan Islam dimasukkan dalam pendidikan formal dan tidak formal, bermula di peringkat tadika, prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah - sekolah menengah biasa, Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Negeri, Sekolah Agama Rakyat, di kolej-kolej, Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga ke peringkat sarjana dan kedoktoran. Tidak cukup menghantar anak-anak Melayu di IPT dalam negara, mereka juga diajar untuk mendalami pelbagai aspek ilmu agama di luar negara.

Dengan kedudukan dan keistimewaan Islam yang ditentukan dengan jelas dalam perlembagaan, pemimpin UMNO yang terdahulu telah mengembangkannya dalam bidang-bidang hukum yang lain, misalnya ibadah. Melalui pendidikan kita belajar setiap syarat dan rukun agar ibadah kita dilakukan secara betul. Selain diajar untuk beribadah secara betul, kita juga diberikan infrastruktur dan keyakinan untuk beribadah dengan selesa melalui pembinaan begitu banyak masjid dan surau. Masjid ini dibantu pula dari aspek penyelenggaraan, utiliti dan elaun imam dan pentadbiran. Di kawasan tertentu disyaratkan pula pembinaan surau dan masjid taman dan blok perumahan. Manakala majikan juga dikehendaki memberi ruang kepada umat islam untuk menunaikan solat Jumaat.

Selain dari aspek peraturan dan pentadbiran, begitu banyak aktiviti dan program juga dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan syiar Islam ditingkatkan dari semasa ke semasa.

Dalam bidang hukum munakahat pula, kita mempunyai Enakmen Keluarga Islam dan Institusi Mahkamah Syariah yang diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di dunia. Biarpun ada kelemahan di sana sini termasuk dari aspek perbezaan pelaksanaan di negeri-negeri, namun ia adalah sangat tersusun dan jauh lebih sistematik berbanding negara-negara lain.

Dalam bidang hukum muamalat; melalui pendidikan, begitu ramai bijak pandai dalam pendidikan Islam dan pelbagai bidang ilmu lain yang telah kita lahirkan. Dalam kalangan mereka ini, bukan sahaja pakar ilmu Bahasa Arab, al-Quran dan Hadis, Feqah dan Usuluddin sahaja, tetapi juga mereka yg mampu menjadi pakar-pakar yg boleh menterjemahkan dasar hukum Islam ke dalam instrumen kewangan (bermula dgn perbankan, takaful, unit amanah, pajak gadai, sukuk dan sebagainya), yang telah dimulakan di zaman mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dan sekarang sudah menguasai nilai pasaran yang besar dalam negara dan di peringkat antarabangsa.

Dalam bidang hukum jenayah pula yang terbahagi kepada tiga kategori, iaitu pertama, takzir, kedua - qisas, termasuk diyat dan ketiga - hudud. Setidak-tidaknya kita telah melaksanakan dalam bentuk undang-undang takzir dan qisas, termasuk diyat, yang dari secara asasnya melindungi hak-hak individu dan pada waktu yang sama turut memberi keutamaan kepada hak masyarakat terbanyak dan berusaha memelihara masalahat ummah dalam banyak keadaan.

Semuanya bermula dengan kedudukan Islam itu diperuntukkan dengan jelas di dalam perlembagaan; yang secara jelasnya menolak kesimpulan negara ini adalah sebuah negara sekular dan yang selebihnya berkembang dari situ berdasarkan kesungguhan dan kebijaksanaan politik semasa bagi memastikan keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa tidak terjejas dan negara terjerumus ke dalam fitnah yang berterusan.

Sesungguhnya berdasarkan track record yang ada, UMNO adalah jauh lebih berjasa di dalam memenuhi tuntutan kekhalifahan, iaitu memakmurkan dunia dan memelihara agama, berbanding parti yang berjenama Islam; yang terlalu obses untuk melaksanakan hudud (yang menurut mereka sendiri hanya merupakan 0.0001 peratus sahaja daripada keluasan hukum Allah swt) tetapi gagal melaksanakan banyak perkara termasuklah membina sebuah masjid.

Sumber :- Tun Faisal

"Malam Cinta Rasul" Ayuh Tunjuk Kecintaan Terhadap Rasul Di Bumi Baling #SelawatPerdana #KedahBerselawat


Ayoh.. Muslimin dan muslimat kita beramai-ramai hadir ke Majlis "Malam Cinta Rasul" yang akan berlangsung 05 April 2014, bermula pukul 6 petang sehingga 12 tenggah malam bertempat di Dataran bersebelahan KFC pekan Baling .


Di maklumkan pihak penganjur akan menyediakan 10,000 sejadah secara percuma kepada hadirin sekalian yang hadir awal didalam program 

Selain dari Majlis "Malam Cinta Rasul" yang dibuat pada malam hari, pihak pengajur juga menganjurkan Majlis Karnival Rakyat Daerah Baling pada siang harinya.