Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Jumaat, 28 Mac 2014

@MukhrizMahathir Bersyukur Generasi Baru Felda Di Kedah Di Beri Perhatian #HanyaDiKedah


Kubang Pasu, 27 Mac - FELDA hari ini telah melancarkan 300 unit Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) dan Model Baru FELDA Sentuhan Kasih bagi 100 peserta di Felda Laka Selatan, Kubang Pasu. Perasmian pelancaran tersebut telah di sempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Besar Kedah.



Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF), merupakan projek perumahan teres satu tingkat yang dilaksanakan FELDA adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baru Felda yang layak memiliki rumah mampu milik didalam FELDA melaksanakan tanggungjawab sosial kepada generasi baru Felda.

Menurut FELDA . " PGBF yang akan dibina ianya bergantung kepada lokasi, kesesuaian tanah dan juga permintaan daripada penduduk setempat".

Manakala projek Sentuhan Kasih FELDA pula adalah model baru FELDA dengan berteraskan Projek Pertanian Bersepadu bagi aktiviti ekonomi yang disertakan sebuah rumah banglo satu tingkat bagi peserta. Jumlah keluasan bagi projek Sentuhan Kasih FELDA adalah seluas 50 ekar yang meliputi ladang pertanian bersepadu dan 100 buah rumah di Felda Laka, Kubang Pasu.

Projek Sentuhan Kasih FELDA disasarkan kepada golongan generasi baru Felda yang tinggal di tanah rancangan dan tidak mempunyai pendapatan tetap untuk memiliki rumah sendiri.

Kedua-dua projek FELDA yang melibatkan pembinaan rumah yang di lancarkan hari ini telah menggunakan sistem Industrialized Bulding System (IBS) di mana sebuah rumah boleh siap dibina dalam satu hingga dua minggu sahaja.

Dengan terbina projek PGBF dan Sentuhan Kasih FELDA di Felda Laka Selatan, maka penempatan ini akan menampakkan pertumbuhan ekonomi dan juga limpahan penduduk serta mengurangkan perpindahan generasi baru Felda ke bandar.Dengan projek ini juga kawasan Felda Laka Selatan akan dapat memberi manfaat kepada negeri Kedah dengan adanya pertambahan tenaga kerja di kalangan generasi baru Felda.

Khamis, 27 Mac 2014

"Al-Fatihah" Perlakon Dan Pelawak Terkenal Ali Mamak Meninggal Dunia


Al Fatihah..

Pelakon dan Pelawak terkenal Ali Mamak meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia jam 4.20 pagi tadi kerana kanser tahap kedua. Perkara ini juga disahkan oleh anak lelaki beliau, Shahrul Nizam melalui Facebook peribadinya.

Semoga Allah S.W.T merahmati roh Allahyarham Ali Mamak dan menempatkan Allahyarham dikalangan arwah-arwah umat Islam yang beriman.

@KhalidSamad Tunjukkan Kebodohan Bila Mempertikai Operasi SAR MH370


Tindakkan Khalid Samad menuntut supaya Kerajaan Malaysia meminta maaf di sebabkan lambat menghantar operasi mencari dan menyelamat (SAR) sememangnya langsung tidak masuk akal dan dilihat hanya berniat mempolitikkan isu MH370.

Semua kita sedia maklum bahawa pesawat MH370 di kesan kali terakhir oleh radar Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada pukul 1.30 pagi, 8 Mac, 120 batu nautika di timur perairan, Kota Baharu, Kelantan. Pada pukul 5.30 pagi, DCA telah menggerakkan operasi SAR setelah disahkan bahawa pesawat sememangnya telah hilang dari laluan menuju ke Bejing, China.

Sebanyak 15 Aset dari pelbagai agensi telah digerakkan pada pukul 5.30 pagi iaitu 4 jam selepas gagal dikesan.

Sebelum di sahkan MH370 sememangnya hilang dari laluannya, Khalid Samad ingat mudah ka nak gerakkan operasi SAR dengan sekelip mata sahaja sekiranya tidak tahu hala tuju operasi yang hendak di lakukan terlebih dahulu. Sebagaimana manusia yang hendak melakukan sesuatu dalam kehidupan sehariannya perlu ada peraturan, begitu jugalah untuk melakukan operasi SAR yang memerlukan peraturannya.

Khalid Samad oiii.. !!! "Nak melakukan operasi membuang air kecil dalam diri kita pun kena ikut peraturan satu persatu supaya tak basah seluar, sebegitu jugalah operasi SAR yang perlukan peraturan supaya operasi yang di lakukan tidak menampakkan DCA melakukan kerja yang bodoh".

Nak lakukan operasi SAR kena ada peraturan seperti kumpulkan segala data maklumat yang terperinci terlebih dahulu. Apabila data maklumat yang terperinci di perolehi maka ianya perlu di rujuk kepada pakar. Setelah pakar mengesahkan yang data maklumat terperinci itu adalah sah, barulah pasukan SAR di panggil untuk diberi taklimat bagi menjalankan operasi mengikut data maklumat yang telah disahkan dengan menggunakan kelengkapan yang bersesuaian.

Sekiranya setakat tahu nak kritik dan tahu nak pertikai saja apa yang dilakukan dalam operasi SAR tanpa ada ilmu pengetahuan tentang peraturan operasi SAR, lebih baik Khalid Samad dok diam-diam sajalah.. Nampak bodoh sangat bila orang tak tahu peraturan mengkritik dan mempertikai apa yang dia tak tahu.



Rabu, 26 Mac 2014

"Info Terkini MH370" 122 Objek Di Kesan Di Percayai Milik MH370 #TragediMH370


KUALA LUMPUR - Satelit Airbus dari Perancis telah mengesan sebanyak 122 buah objek yang mungkin mempunyai hubung kait dengan MH370 di lokasi carian kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Austalia.

Dalam sidang media yang diadakan hari ini, Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, rakaman imej itu turut didedahkan oleh kerajaan Perancis, China dan Australia.

"Rakaman imej tersebut dirakamkan oleh syarikat satelit Airbus Defence and Space di Perancis pada 23 Mac lalu,

"Ada sesetengah objek berukuran 23 meter panjang dan ada di antaranya berwarna cerah," katanya.

Menurutnya, objek yang dikesan berada kira-kira 2,557 kilometer dari Perth.

"Data mengenai imej tersebut telah dihantar ke Malaysian Remote Sensing Agency (MRSA) untuk dianalisis dan keputusannya akan dikeluarkan secepat mungkin," katanya.

Jelasnya, objek tersebut mungkin ada  kaitan dengan MH370 namun ianya tidak dapat disahkan setakat ini.

"Pihak kami menerima empat petunjuk dari satelit yang berbeza dari Australia, China dan Perancis, ianya mungkin membolehkan pasukan penyiasat mengecilkan perimeter carian di lokasi terbabit," katanya lagi.

Panas !!! Mahkamah Menetapkan @anwaribrahim Tetap Pengamal Homoseksual



Hari ini satu tamparan hebat buat Anwar Ibrahim apabila dia gagal dalam pemohonan menggugurkan kenyataan keputusan Mahkamah Persekutuan SEMBILAN tahun lepas yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang pengamal homoseksual.

Keputusan menolak pemohonan Anwar itu dilakukan oleh LIMA Hakim Mahkmah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin hari ini.

PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usahanya untuk mengeluarkan kenyataan di dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan yang menyatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual. 
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin sebulat suara menolak permohonan semakan Anwar untuk memadamkan kenyataan berkenaan daripada penghakiman majoriti yang diputuskan sembilan tahun lepas oleh Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu Tun Abdul Hamid Mohamad. 
Abdul Hamid, yang kemudian dilantik Ketua Hakim Negara dan bersara pada 2008, dalam keputusan majoriti 2-1 Mahkamah Persekutuan pada 2 Sept 2004, membebaskan Anwar terhadap tuduhan meliwat bekas pemandu keluarganya, Azizan Abu Bakar di Tivoli Villa, Kuala Lumpur pada 1994. 
Dalam keputusannya hari ini, Hakim Zulkefli berkata Abdul Hamid berhak membuat kenyataan itu ketika menyampaikan keputusan majoriti berkenaan kerana terdapat bukti yang mencukupi pada rekod untuk mewajarkan ulasan itu. 
Beliau berkata penghakiman majoriti itu menerima bahawa kejadian seksual itu sebenarnya telah berlaku tetapi ada keraguan bilakah kejadian itu berlaku. 
Hakim Zulkefli berkata keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar itu adalah berdasarkan fakta bahawa tarikh kesalahan itu tidak dibuktikan dan tiada pada bila-bila masa mahkamah memutuskan kesalahan seksual itu tidak berlaku. 
"Pada pandangan kami, keputusan yang dicapai dalam penghakiman majoriti di dalam kenyataan yang mahu dibuang itu sebenarnya berdasarkan bukti yang ditemui di dalam rekod rayuan.
"Sehubungan itu kenyataan berkenaan tidak boleh disebut sebagai 'pendapat peribadi' hakim berkenaan yang memutuskan keputusan majoriti," katanya. 
Anwar berkata kenyataan yang menjadi persoalan di dalam penghakiman majoriti itu harus dikeluarkan kerana ia adalah pendapat peribadi Abdul Hamid dan bukan merupakan asas untuk penghakiman majoriti. 
Kenyataan yang Anwar mahu keluarkan ialah "kami mendapati wujud keterangan yang mengesahkan perayu (Anwar dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya bahawa insiden yang didakwa berlaku di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang..." 
Sukma Darmawan ialah adik angkat Anwar yang didakwa bersama-sama Anwar terhadap pertuduhan meliwat. 
Hakim Zulkefli berkata Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan hujahan Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup bahawa kenyataan itu adalah sebahagian daripada proses analisis yang dijalankan Abdul Hamid ketika menimbangkan keputusan majoriti itu. 
Beliau berkata jika mahkamah membenarkan permohonan Anwar, ia akan membuka peluang kepada pihak-pihak yang tidak berpuas hati untuk membuat permohonan sama untuk menyunting penghakiman mahkamah bagi memenuhi tujuan masing-masing. 
"Pada pandangan kami ini dianggap mengganggu proses kehakiman, yang tidak dibenarkan," kata Hakim Zulkefli. 
Beliau berkata permohonan Anwar bukan kes yang sesuai dan wajar bagi Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasa semakan di bawah Peraturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengeluarkan suatu perintah memadamkan kenyataan itu. 
Empat lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang menganggotai panel itu ialah Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Ramly Ali.
-- BERNAMA

Panas !!! Pesawat Malindo Air Dari Subang Ke Terangganu Terbakar Enjin


SUBANG: Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Juruterbang, Kapten Wong Y.Y berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.

Gambar sayap Malindo Air yang terbakar dimuat naikkan oleh pemain Terengganu, Faiz Subri di laman sosial miliknya.

Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.

Sumber :- Astro Awani


Penjelasan Mengapa Pesawat MH370 Di Umumkan Berakhir Di Selatan Lautan Hindi


Setelah YAB Dato ' Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kedudukan terakhir pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi melalui maklumat DATA SATELIT INMARSAT dan KESAN DOPPLER, ada segelintir pihak yang tidak memahami kaedah yang digunakan tersebut untuk mempertikai kesahihan apa yang diumumkan YAB Dato' Seri Najib Razak kerana tidak mempunyai bukti yang jelas.

Bagi yang tidak memahami kaedah maklumat data sateliy Inmarsat dan kesan doppler yang digunakan sehingga dapat mengesan jejak terakhir pesawat MH370 di Selatan Lautan Hindi sila baca penerangan dibawah ini.
KUALA LUMPUR - Kedudukan terakhir pesawat MH370 yang hilang, dikenal pasti melalui penggunaan 'kesan Doppler' oleh Air Accident Investigation Branch (AAIB) United Kingdom dan Satelit Inmarsat.

Pemangku Menteri Pengngkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Inmarsat mencipta kaedah inovatif kedua ini, yang mengambil kira halaju pesawat berkenaan dan kaitannya dengan satelit berkenaan.

Menurut beliau, berdasarkan pergerakan relatif ini, frekuensi yang diterima dan dipancarkan akan berbeza daripada nilai normalnya, sama seperti bunyi sebuah kereta berubah apabila ia semakin dekat dan berlalu.

Ini dikenali sebagai kesan Doppler," katanya pada sidang akhbar mengenai"kemajuan usaha mencari pesawat tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata kaedah Inmarsat itu membuat analisis tentang perbezaan antara frekuensi yang dijangka diterima stesen bumi dengan frekuensi sebenar yang diukur dan perbezaan yang wujud adalah hasil daripada kesan Doppler, yang dikenali sebagai 'Burst Frequency Offset'.

Hishammuddin berkata 'Burst Frequency Offset' berubah mengikut lokasi pesawat terbabit dalam arca yang berkemungkinan menjadi tempatnya berada, arah pergerakan dan kelajuannya.

"Untuk mendapatkan keyakinan terhadap teorinya, Inmarsat menyemak ramalannya itu dengan maklumat yang diperoleh daripada enam pesawat B777 lain yang terbang pada hari sama di pelbagai arah. Terdapat persamaan yang meyakinkan.

"Ketika berada di bumi di lapangan terbang Kuala Lumpur dan pada peringkat awal penerbangannya, MH370 menghantar beberapa mesej.

"Pada peringkat itu, lokasi pesawat berkenaan dan satelit, telah dikenal pasti, maka oleh itu, perkiraan bolehlah dibuat tentang ciri-ciri sistem pesawat terbabit, satelit dan stesen bumi," katanya.

Beliau berkata analisis ini menjadi asas bagi kajian selanjutnya dalam usaha menentukan kedudukan terakhir pesawat MH370."Sejajar dengan itu, pasukan penyiasat Malaysia menubuhkan sebuah kumpulan kerja antarabangsa, yang dianggotai agensi yang memiliki kepakaran dalam bidang komunikasi satelit dan prestasi pesawat, untuk meneruskan tugas berkenaan," katanya.

Beliau berkata walaupun banyak lagi kerja perlu dibuat, kerajaan berterima kasih kepada Inmarsat, AAIB dan pasukan penyiasat antarabangsa, yang sedang meneruskan tugas mereka dengan pihak berkuasa Malaysia.

Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat berkenaan berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan analisis baharu AAIB dan Inmarsat.

Penerbangan ke Beijing itu hilang pada 8 Mac. Pengumuman Najib itu mengakhiri operasi mencari dan menyelamat yang diadakan selama 17 hari dan disifatkan sebagai operasi terbesar dalam sejarah penerbangan, dengan melibatkan 26 negara.

Bagaimanapun, spekulasi tentang misteri kehilangan pesawat MH370 terus tersebar kerana hingga kini, belum terdapat jawapan konkrit mengenainya. Ia mungkin berakhir setelah kotak hitam dijumpai. - Bernama

Untuk pengetahuan.. Lautan Hindi merupakan lautan yang paling terpencil didunia yang mempunyai kedalaman sedalam 4,500 meter dan sering mengalami cuaca yang buruk. Malahan kebarangkalian untuk pesawat MH370 mendarat dengan selamat adalah sukar kerana di Selatan Lautan Hindi tidak mempunyai daratan.

Serpihan dikatakan milik MH370 yang di temui beberapa hari yang lalu melalui satelit juga akan diambil oleh pihak Kerajaan Australia sekiranya operasi Mencari dan Menyelamat tidak di halang dengan cuaca yang buruk. Serpihan terbabit akan dikaji pihak Kerajaan Australia dan kerjasama Kerajaan Malaysia bagi membuat pegesahan serpihan terbabit milik pesawat MH370.


Media Yahudi #CNN Mula Mainkan Propaganda Memburukkan Imej Malaysia #BoikotCNN


Lidah rasmi yahudi lahanatullah, CNN kini cuba bermain propaganda menghasut dan menjadi batu api untuk menaikkan kemarahan rakyat dunia terutamanya rakyat negara China terhadap Malaysia.

Dalam berita semasa yang disampaikan CNN sebelum ini, pihak CNN telah membuat satu berita yang jelas berbentuk propaganda untuk memburukkan imej Malaysia kononnya keluarga mangsa pesawat MH370 di China menyatakan bahawa "Kerajaan Malaysia serta Tentera Malaysia adalah pembunuh sebenar yang membunuh mereka (penumpang dan anak kapal MH370)". 

Sebenarnya tuduhan yang menyatakan "Kerajaan Malaysia serta Tentera Malaysia adalah pembunuh sebenar mereka" ianya telah di mulakan terlebih dahulu oleh pihak CNN dengan agenda agar rakyat China mengikut rentak propaganda mereka untuk memburukkan imej negara Malaysia.

Apabila rakyat China mengikut rentak propaganda CNN maka mudah la kerja puak yahudi lahanatullah yang berada di sebalik CNN untuk memburuk-burukkan imej sesebuah negara Islam seperti Malaysia di mata dunia.  Mudah la kerja puak yahudi lahanatullah menimbulkan perasaan "Islam Fobia". 

Ingatlah bahawa yahudi lahanatullah tidak akan merasa senang sekiranya mereka tidak memburukkan imej Islam didalam sesuatu isu.




Selasa, 25 Mac 2014

Awas !!! Cilaka DAP Mahu Kuburkan PM Malaysia Dan Penyokong BN Di Sebabkan MH370





Translation dari Facebook Ng Teong yg mengecam PM dan semua anggota BN mati. Articlenya adalah berbunyi seperti berikut : 
Ng Kok Teong (wakil DAP) menyatakan dia mewakili 130juta Rakyat China untuk mengali kubur PM Najib dan Penyokong Parti BN, dan lapan belas keturunan semua penyokong BN. 
Dia juga menyatakan hasratnya untuk mendoakan supaya PM Najib dan semua penyokong BN dan keluarganya mati dilanggar kereta.
Sumber :- Taiping Mali

AS Tawarkan "Towed Pinger Locatot 25" Untuk Kesan Kotak Hitam MH370


KUALA LUMPUR 24 Mac - Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bersedia untuk menempatkan pengesan kotak hitam ke kawasan selatan Lautan Hindi sebagai usaha mencari pesawat MH370.

Jurucakap Armada Ketujuh AS, Komander William Marks berkata, tentera laut melihat usaha itu sebagai 'langkah berjaga-jaga' jika pasukan mencari mengesahkan lokasi kedudukan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.

"Jika kawasan serpihan disahkan, 'Towed Pinger Locator 25' milik tentera laut akan menambah kelebihan yang ketara dalam usaha mencari kotak hitam pesawat Malaysia yang hilang itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Sistem pencarian itu bergantung kepada isyarat akustik yang dijatuhkan oleh kapal tentera laut dan kapal terbang untuk kedalaman maksimum 6,000 meter.


Bagaimanapun, Marks menjelaskan bahawa penempatan itu tidak bermaksud lokasi pesawat yang hilang telah disahkan.

"Sila ambil perhatian bahawa membawa 'Towed Pinger Locator 25' ke rantau ini bukan merupakan satu petunjuk bahawa kami telah mendapat pengesahan lokasi serpihan.

"Perkara ini adalah satu langkah berjaga-jaga supaya jika kita serpihan ditemui, kami bersedia untuk menggunakan peralatan untuk mengesan kotak hitam," katanya.

Coretan Sedih Dari Seorang Isteri Pramugara Yang Terlibat Dalam Tragedi MH370


Menitik air mata apabila membaca coretan dari seorang isteri salah seorang anak kapal MH370 yang terlibat dalam tragedi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak lebih dua minggu lalu.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada muslimin dan muslimat yang berada didalam pesawat pesawat terbabit. 

Di harapkan keluarga-keluarga penumpang dan anak-anak kapal dapat menerima apa-apa pun jua ketentuan yang telah di tentukan.



Panas !!! CEO MAS Akan Mempertimbangkan Keputusan Letak Jawatan Selepas Krisis MH370 Selesai


KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Penerbangan Malaysia (MAS), Ahmad Jauhari Yahya berkata segala keputusan sama ada beliau akan meletak jawatan dari MAS hanya akan dilakukan selepas krisis kehilangan pesawat MH370 ini selesai.

"Adakah saya akan melepaskan jawatan saya ini, itu adalah keputusan peribadi yang hanya akan dilakukan selepas ini apabila segalanya selesai," kata beliau ketika ditanya pemberita pada sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau bersama-sama dengan Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof menerangkan bahawa perkara utama yang sangat penting untuk dilakukan pada saat ini ialah mencari pesawat tersebut yang disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media tergemparnya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengesahkan bahawa perjalanan pesawat MH370 itu telah berakhir di selatan Lautan Hindi.


Pengesahan itu dilakukan selepas menerima maklumat kedudukan terakhir pesawat itu yang didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, INMARSAT dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) dan mendapati pesawat Boeing 777-200 itu telah terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

Sementara itu, Ahmad Jauhari juga menegaskan bahawa meskipun terdapat banyak permintaan dari keluarga dan waris penumpang pesawat tersebut dari negara China untuk terbang ke Australia bagi mengikuti perkembangan pencarian pesawat tersebut, kebenaran visa untuk ke negara tersebut hanya akan diberi oleh pihak Australia apabila bukti-bukti sahih mengenai penemuan pesawat tersebut di sekitar perairan negara itu benar-benar dijumpai.

"Kami telah diberitahu oleh pihak berkuasa Australia bahawa visa hanya akan diberi atau dikeluarkan apabila bukti-bukti sahih terhadap pesawat tersebut telah berjaya di temui," katanya.

Pihak MAS kini telah menyerahkan sepenuhnya siasatan kehilangan kepada pihak berwajib.

Dalam pada itu, pihak MAS telah menyediakan program komprehensif sokongan kepada keluarga dan waris penumpang MH370 dimana seramai 700 kaunselor telah disediakan.

"Setiap keluarga akan disediakan dengan dua kaunselor ini dimana mereka ini akan memberi bantuan sokongan, kauseling emosi, dan kebajikan kepada mereka dan dalam masa 72 jam seramai 40 kaunselor lagi telah ditambah demi memberi membantu keluarga-keluarga yang ditimpa kesusahan ini," katanya.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-letak-jawatan-hanya-akan-dibuat-selepas-krisis-ini-selesai-ahmad-jauhari-32513?cp

"Info MH370" Kronologi Tragedi Kehilangan MH370 Yang Perlu Semua Ketahui



Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:


* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan

Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi

melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - Maritim menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.

Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang.

Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.
   
Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

* 22 Mac - Transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama

Cilaka !!! Pilot Air Asia @krishj_87 Menuduh Kerajaan Malaysia Sembunyikan Fakta


Memang celaka seekoq pilot pesawat Air Asia ini apabila menuduh Kerajaan Malaysia cuba menyembunyikan fakta sebenar tentang tragedi Pesawat MH370 kononnya kenyataan media yang di sampaikan YAB Dato' Seri Najib Razak tidak boleh dipercayai kerana tak ada bukti kukuh yang menunjukkan pesawat MH370 terhempas di Selatan Lautan Hindi kira-kira 2,500 km dari Perth Australia.


Dalam sidang media yang disampaikan YAB Dato'Seri Najib Razak semalam, beliau memaklumkan bahawa maklumat data satelit Inmarsat milik syarikat Britian dan Bahagian Penyiasat Nahas Udara United Kingdom (AAIB)  telah mengesahkan pesawat MH370 itu terbang ke jalur selatan melalui isyarat terakhir dan di maklumkan terdapat beberapa serpihan yang di percayai milik MH370 juga dapat kelihatan.

Namun operasi untuk mencari kawasan pesawat MH370 dipercayai terhempas hari ini menemui jalan buntu apabila Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim (AMSA) Australia memaklumkan keadaan cuaca yang sangat buruk tidak mengizinkan untuk menuju ke Selatan Laut Hindi sama ada menggunakan penerbangan atau kapal laut.


VIDEO SIDANG MEDIA YAB DATO' SERI NAJIB RAZAK.




Macam mana Inmarsat boleh mengesan isyarat terakhir MH370 ??..


Inmarsat dimiliki sebuah syarikat di Britain menggunakan fenomena gelombang yang ditemui pada abad ke-19 bagi melakukan analisis ke atas tujuh `ping' yang dicerap satelitnya daripada MH370 bagi menentukan lokasi terakhir pesawat itu.

Penemuan itu kemudiannya membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 yang dikesan di tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kesemua `ping' yang dicerap itu dihantar secara automatik setiap sejam selepas sistem komunikasi pesawat tidak lagi berfungsi, yang menunjukkan ia masih lagi terbang beberapa jam selepas hilang daripada radar dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dalam tempoh isyarat yang dipancarkan ke satelit dan sudut pendakian pesawat, Inmarsat dapat memberikan dua kemungkinan lengkok penerbangan iaitu sama ada ke utara atau selatan.

Menurut jurucakap syarikat itu, saintis Inmarsat kemudian melakukan siasatan terhadap kesemua `ping' berkenaan menggunakan teknik kesan `Doppler', yang akan menjelaskan bagaimana gelombang mengubah frekuensi terhadap `pemerhati' iaitu satelit.

Menurutnya, Badan Siasatan Nahas Udara Britain turut terbabit melakukan analisis terhadap kesemua `ping' berkenaan.

Katanya, contoh kesan `Doppler' paling hampir adalah siren kereta peronda polis yang berubah apabila ia menghampiri atau memintas `pemerhati'

Ketua Komunikasi Korporat Inmarsat pula berkata, Jonathan Sinnatt berkata: “Kami kemudian mengambil data yang diperoleh daripada pesawat dan melakukan `plot' ke atas dua lengkok itu dan hasilnya kami mendapati pesawat itu terbang ke arah selatan.”

Katanya, syarikat itu kemudian melakukan perbandingan antara penerbangan teori pesawat dengan data yang diterima daripada Boeing 777s yang pernah menggunakan laluan sama dan hasilnya memang padan.

Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat satelit lain untuk diperiksa sebelum diberikan kepada penyiasat.

AMSA Terpaksa Menangguhkan Pencarian MH370 #TragediMH370


KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pencarian pesawat MH370 pada Selasa ditangguh berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Dalam satu kenyataan AMSA menjelaskan bahawa keadaan laut bergelora hari ini dengan ombak setinggi dua meter hingga mencecah empat meter.

Kawasan itu juga diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam, beserta hujan lebat dan awam yang rendah dengan ketinggian antara 200 dan 500 kaki dari paras laut.

"AMSA telah membuat penilaian dan mengambil keputusan keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan mendatangkan risiko kepada kru.

"Oleh yang demikian, AMSA menangguh semua operasi mencari di laut dan udara hari ini ekoran keadaan cuaca sebegini," menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA

"Info MH370" Bagaimana Pesawat Dapat Di Kesan INMARSAT #TragediMH370


LONDON: Inmarsat dimiliki sebuah syarikat di Britain menggunakan fenomena gelombang yang ditemui pada abad ke-19 bagi melakukan analisis ke atas tujuh `ping' yang dicerap satelitnya daripada MH370 bagi menentukan lokasi terakhir pesawat itu.

Penemuan itu kemudiannya membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 yang dikesan di tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

Kesemua `ping' yang dicerap itu dihantar secara automatik setiap sejam selepas sistem komunikasi pesawat tidak lagi berfungsi, yang menunjukkan ia masih lagi terbang beberapa jam selepas hilang daripada radar dalam penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Beijing.


Dalam tempoh isyarat yang dipancarkan ke satelit dan sudut pendakian pesawat, Inmarsat dapat memberikan dua kemungkinan lengkok penerbangan iaitu sama ada ke utara atau selatan.

Menurut jurucakap syarikat itu, saintis Inmarsat kemudian melakukan siasatan terhadap kesemua `ping' berkenaan menggunakan teknik kesan `Doppler', yang akan menjelaskan bagaimana gelombang mengubah frekuensi terhadap `pemerhati' iaitu satelit.

Menurutnya, Badan Siasatan Nahas Udara Britain turut terbabit melakukan analisis terhadap kesemua `ping' berkenaan.

Katanya, contoh kesan `Doppler' paling hampir adalah siren kereta peronda polis yang berubah apabila ia menghampiri atau memintas `pemerhati'

Ketua Komunikasi Korporat Inmarsat pula berkata, Jonathan Sinnatt berkata: “Kami kemudian mengambil data yang diperoleh daripada pesawat dan melakukan `plot' ke atas dua lengkok itu dan hasilnya kami mendapati pesawat itu terbang ke arah selatan.”

Katanya, syarikat itu kemudian melakukan perbandingan antara penerbangan teori pesawat dengan data yang diterima daripada Boeing 777s yang pernah menggunakan laluan sama dan hasilnya memang padan.

Keputusan itu kemudiannya diserahkan kepada satu syarikat satelit lain untuk diperiksa sebelum diberikan kepada penyiasat. - Harian Metro

Isnin, 24 Mac 2014

Info Terbaru Pesawat MH370 Di Sahkan Terhempas Di Selatan Lautan Hindi


Pesawat MH370 disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi

KUALA LUMPUR:  Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan terhempas di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia dan semua penumpang dan anak kapalnya tidak selamat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 24, 2014 22:16 MYT
Siti Khadijah Jaafar

Terkini !!! Pesawat MH370 Di Kesan Di Selatan Lautan Hindi #PrayForMH370


Ahli keluarga penumpang penerbangan MH370 Malaysia Airlines yang hilang telah menghadiri sesi taklimat tergempar malam ini, dan mereka dijangka akan diterbangkan dengan pesawat khas ke Australia, lapor Sky News sebentar tadi.

Sumber SKy berkata ahli keluarga yang terlibat akan dibawa terlebih dahulu ke Beijing sebelum diterbangkan ke Australia, setelah beberapa serpihan dipercayai milik pesawat MH370 dikesan di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka membuat pengumuman perkembangan terkini itu sebentar lagi, di PWTC, Kuala Lumpur.

Gempar !!! Lelaki Kurang Siuman Larikan Jentera Bomba Sejauh 25KM


Teluk Intan: Seorang lelaki bertindak nekad melarikan sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hutan Melintang dengan memandu kenderaan itu sejauh 25 kilometer ke Teluk Intan di Bagan Datoh, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, suspek yang membawa kenderaan secara melulu melanggar beberapa kenderaan termasuk mengakibatkan seorang penunggang motosikal cedera ringan akibat terjatuh.


Ketua Polis Daerah Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan anggota bomba yang mengejar kenderaan yang terbabas di lampu isyarat berhampiran kawasan Batak Rabit menghala Teluk Intan, kira-kira setengah jam kemudian.


Menurutnya, suspek yang disyaki kurang siuman kini ditahan untuk siasatan lanjut.- Harian Metro

Ahad, 23 Mac 2014

Laporan Terkini PRK Kajang #PRKKajang #KajangMove


15.37 ptg – PDM Taman Mesra mencatatkan keluar mengundi tertinggi dengan 77.66% manakala PDM Taman Kota Cheras terendah dengan 46.97%.

15.11 ptg – Jumlah keluar mengundi terkini jam 2.00 ptg tidak rasmi adalah 21,254 @ 58.14%


15.07 ptg – Trending keluar mengundi dilihat semakin berkurangan. Kawasan PDM Majoriti Melayu adalah majoriti keluar mengundi manakala PDM Majoriti Cina dilihat rata-ratanya kurang untuk keluar mengundi. Walaupun sepanjang kempen dilihat sambutan kaum Cina tinggi terhadap kempen Wan Azizah dan PKR, namun perkara yang sebaliknya. Kemungkinan boikot berlaku terhadap PKR oleh kaum Cina.

14.52 ptg - Jumlah keluar mengundi terkini tidak rasmi sehingga jam 2.00 ptg mengikut PDM! Taman Kota Cheras – 1,408/3,147, Sungai Sekamat 2,679/4,708, Saujana Impian 1,172/2,014, Taman Mesra 908/1,289, Sungai Kantan 1,413/2,487, Taman Kajang Baharu 2,210/3,782, Kajang 1,310/2,181, Sg Chua Satu 2,961/4,736, Sg Chua Dua 1,573/2,600, Sg. Chua Tiga 404/684, Sg Chua Empat 438/805, Sg Chua Lima 1,024/1,830, Taman Delima 1,173/1,689, Kantan Permai 1,182/3,308, Bandar Kajang 670/1,221, Batu 10 Cheras 897/1,574.

Sumber :- klxpress.com

Video Panas !!! Ahli Parlimen (Wanita) PKR Mahu Meraba Pemuda BN


Hodoh bebenor perangai Zuraida Mak Lampir mahu meraba pemuda BN di PRK Kajang.. Mungkin Mak Lampir terover kot minum ayaq ketum sampai tak boleh nak kawal diri dan nafsu.

Terkini !!! Video Kumpulan SAMM Mengepong Dan Mengugut Peniaga Yang Sound Wan Azizah.




Akibat tak puas Wan Azizah kena sound dengan peniaga yang berniaga di Sungai Kantan (, hari ini kumpulan SAMM yang di ketuai oleh Che Gu Bard telah menyerang peniaga terbabit dan membuat ugutan.


Di maklumkan geng SAMM pada mulanya berkumpul digerai berkenaan untuk minum dan makan.. Selepas selesai mereka makan.. Mereka enggan bayar kepada perniaga terbabit kononnya hendak tunjuk protes ekoran peniaga terbabit telah menyuarakan ketidak puasan hati cara pentadbiran Pakatan Haram



Laporan Terkini Di Sekitar Hari Mengundian PRK Kajang #PRKKajang #KajangMove

Live Update dari :- klxpress.com


banner
FAKTA KAJANG
Kajang 1: PRK N.25 Kajang diadakan ekoran perletakan jawanan YB Lee Chin Cheh, ADUN Kajang/ Bendahari AMK PKR pd 27 Januari 2014 lalu. SPR tetapkan 08 Feb 14 – Hari Penamaan Calon & 23 Mac 14 – Hari Pembuangan Undi.
Kajang 2: Pengundi berdaftar n.25 Kajang semasa PRU 13, 2013 seramai 38,965 pengundi berdaftar. Pecahan: Melayu – 48%, Cina – 41%, India – 10%.
Kajang 3: 6 PENJURU. PRU 13, 2013 lalu, N.25 Kajang berkesudahan; Lee Chin Cheh – 19,571, Lee Ban Seng – 12,747, Mohamad Ismail – 1,014, Mohd Iwan Jefry Abd Majid – 249, Ong Yan Foo – 85, Mohd Khalid Kassim – 83.
Kajang 4: AWAL DAN AKHIR. Stadium Mpkj, Pesiaran Pekeliling, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Kajang, Selangor sbg Pusat Penamaan Calon pd 8 Mac dan Pusat Penjumlahan Undi pd 23 Mac ini.
Kajang 5: DUN KAJANG – 16 Daerah Mengundi (DM). 84 saluran berbanding 65 semasa PRU 13 lalu. Pusat Pengundian dibuka di 15 pusat pembuangan undi sekitar DUN tersebut.
LIVE UPDATE! (Click Refresh untuk update terkini!)
11.57 pg – PDM paling tinggi keluar mengundi ialah Bandar Kajang denganperatusan 57% dan terendah ialah PDM Sg. Chua Satu dengan peratusan 23.94%
11.56 pg -  Jumlah keluar mengundi terkini sehingga jam 11.00 pagi mengikut PDM! Taman Kota Cheras – 1,785/3,147, Sungai Sekamat 1,341/4,708, Saujana Impian 645/2,014, Taman Mesra 501/1,289, Sungai Kantan 779/2,487, Taman Kajang Baharu 986/3,782, Kajang 831/2,181, Sg Chua Satu 1,134/4,736, Sg Chua Dua 1,395/2,600, Sg. Chua Tiga 225/684, Sg Chua Empat 311/805, Sg Chua Lima 839/1,830, Taman Delima 588/1,689, Kantan Permai 928/3,308, Bandar Kajang 696/1,221, Batu 10 Cheras 552/1,574.
11.48 pg - Kehadiran pengundi semakin berkurangan. Cuaca panas dan keadaan sesak menyebabkan ramai tidak keluar mengundi pada waktu sebegini.
IMG_3161
11.41 pg – SAMM di bawah pimpinan Chegu Bard berarak masuk ke PDM Sg. Kantan sambil melaungkan ‘Hancur UMNO’. Kemasukan SAMM cuba dihalang Pemuda BN tetapi dihalang oleh anggota FRU. Suasana semakin tegang.
IMG_3165
11.38 pg – PDM Sg. Kantan juga mulai kecoh dengan laungan provokasi PKR “Hancur UMNO’, ‘Hancur MCA’, ‘Undi Melayu’. Terdapat 3 kenderaan konvoi PKR mengibarkan sayur kangkung.
11.35 pg – Jumlah keluar mengundi setakat jam 11.00 pg tadi adalah 13,341 @ 35.06%
IMG_3159
11.20 pg – Calon BN Chew Mei Fun tiba di PDM Kajang, SMK Convent dengan disambut laungan penyokong  BN “Hidup Che Mei Fun, 1 Malaysia!”
IMG_3104
11.04 pg – Petugas PKR menyediakan cecair pencuci dan berusaha untuk mencuci jari pengundi untuk menghilangkan dakwat kekal di PDM Sg. Chua 1 dan 2.
IMG_3124
11.00 pg – PDM Taman Kajang Baharu menjadi semakin panas apabila penyokong PKR menawarkan RM1 kepada penyokokng BN. Dua orang penyokong PKR kaum India duduk di atas jalan melakonkan aksi Bomoh Bubu dengan membawa kangkung.
10.57 pg – Suasana PDM Bandar Kajang kelihatan semakin rancak. BN memberi sorakan “Sokong BN”, “Kunyit Bang Non”, “Masuk Hospital Kerajaan Tapi Sokong Pakatan” dan “Main Belakang”. Penyokong PKR pula melaungkan “Kangkung”, “Sokong BN Barang Naik”, “UMNO LEMBU” sambil membawa sepanduk “Dari Kajang Ke Putrajaya.” Dari segi moral kelihatan penyokong BN lebih bersemangat.
10.51 pg – PDM Taman Kajang Baharu melaporkan lalulintas semakin sesak. Penyokong BN melaungkan lagu ‘Inilah Barisan Kita.’ Setiap kali laungan reformasi kedengaran, penyokong BN disambut dengan ‘sudah mati’ menyebabkan suasana semakin gamat.
10.50 pg – Jumlah keluar mengundi tidak rasmi pada jam 10.00 pg adalah sebanyak 10,093 @ 26.52%
10.47 pg – FRU mula campur tangan di PDM Sg Chua 4. Di PDM Bandar Kajang pula penyokong BN kelihatan lebih ramai berbanding PKR. 70% yang turun membuang undi terdiri daripada bangsa Cina. Terbaru, seramai hampir 30 sekumpulan India tiba dengan laungan ‘reformasi!’
10.34 pg – Zuraida Kamaruddin mengadu kepada pihak polis yang berkawal bahawa ada pihak tertentu yang cuba merayu undi. Namun apabila disiasat, mereka yang dikatakan merayu undi adalah enumerator kajian sikap.
IMG_3084
10.29 pg – Presiden MCA dijumpai bermesra dengan pengundi OKU di Sg. Chua Tiga.
10.27 pg – Penyokong PR melakonkan bomoh dan memakai baju 1 Malaysia  sambil membawa kelapa sebagai provokasi kepada penyokong BN.
IMG_3055
10.15 pg – Penyokong PAS dari Kedah kelihatan menunaikan solat hajat memohon kemenangan & keselamatan PR di PDM Taman Mesra.
IMG_3027
10.10 pg – Khalid Ibrahim kelihatan bermesra dengan penyokong dan jentera BN di PDM Sg. Chua Empat.
IMG_3021
10.05 pg – Provokasi melampau di PDM Sg Kantan dengan menayangkan duit RM1 simbolik kepada BR1M yang dikatakan merasuah rakyat.
10.01 pg – Tengku Adnan, Ahmad Maslan dan Khalid Ibrahim ditemui di PDM Taman Kota Cheras. Manakala Shafei Apdal ditemui di PDM Taman Mesra.
IMG_3009
10.00 pg – Pengundi warga emas dibantu oleh petugas BN untuk menunaikan kewajipan membuang undi. Jarak antara sekatan dan pusat pembuangan undi dikatakan terlalu jauh oleh warga emas ini.
9.55 pg - Provokasi melampau di PDM Sg Chua Empat apabila penyokong PKR membawa kangkung itu mengatakan harga kangkungnya mahal kerana harga kangkung Najib murah untuk makan babi.
9.52 pg – Jumlah mengundi terkini adalah 5,273 pengundi dengan peratus keluar mengundi 13.86%.
9.50 pg -  Jumlah keluar mengundi terkini! Taman Kota Cheras – 361/3,147, Sungai Sekamat 520/4,708, Saujana Impian 285/2,014, Taman Mesra 206/1,289, Sungai Kantan 430/2,487, Taman Kajang Baharu 627/3,782, Kajang 280/2,181, Sg Chua Satu 582/4,736, Sg Chua Dua 291/2,600, Sg. Chua Tiga 88/684, Sg Chua Empat 114/805, Sg Chua Lima 235/1,830, Taman Delima 186/1,689, Kantan Permai 470/3,308, Bandar Kajang 225/1,221, Batu 10 Cheras 197/1,574.
9.42 pg – Wan Azizah kelihatan di PDM Bandar Kajang dan disambut dengan laungan reformasi.
IMG_2955
9.37 pg – Penyokong PR di PDM Sungai Chua melakukan provokasi dengan membawa kangkung.
9.36 pg – Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Ho dijumpai melawat PDM Kajang.
9.29 pg – Calon BN Chew Mei Fun kelihatan keluar daripada PDM Sungai Chua 3 dan Sungai Chua 4.
9.27 pg - PDM Taman Kota Cheras jumlah keluar mengundi sebanyak 361 orang dengan peratusan 11.47%.
9.25 pg – Jumlah yang telah keluar terkini adalah 3,794 orang dengan peratusan keluar mengundi 9.97%.
9.05 pg - PDM Sungai Chua 4 Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan pengundi setempat. Calon BN Chew Mei Fun memasuki ke Pusat Mengundi.
8.45 pg - PDM Sungai Chua 4  Terdapat seorang petugas jentera PKR membuat bising di sekitar kawasan pengundian kerana di dakwa penyokong BN duduk di kawasan larangan SPR.
 7.30 pg – PDM Kajang di dalam keadaan baik. Polis sedang melakukan taklimat dan ramai wartawan sudah tiba menunggu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog