Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 31 Julai 2013

Video Eksklusif !!! Kesayuan Anak Yatim Di Baling Di Raikan Azeez Rahim



Terharu rasa hati Pisau Kedah apabila dapat menyaksikan kegembiraan yang terpapar di wajah anak-anak yatim dan anak yatim piatu dari daerah Baling yang telah di raikan Datuk Azeez Rahim, ahli parlimen Baling didalam program bantuan Aidilfitri kepada anak yatim dan anak yatim piatu.

Kali ini gedung pakaian Jakel Sungai Petani yang dimiliki syarikat Alamoda Silk House Sdn Bhd telah di pilih Datuk Azeez Rahim kerana ingin memberi peluang kepada anak-anak yatim dan anak yatim piatu memilih pakaian raya mereka sendiri.

Yang lebih terharu, anak-anak yatim dan anak yatim piatu ini akan di jadikan anak angkat kepada pejabat Azeez Rahim, segala pengajian mereka sehingga tamat akan cuba di bantu Datuk Azeez Rahim.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bijak Azeez, buat sumbangan anak yatim di premis milik Muslim jugak. Jgn kasi Cinabeng rase seposen pun duit Raya kita.

ABC BCL!

Tanpa Nama berkata...

KENYATAAN MEDIA
4 Julai 2013


Kami NGO Islam ingin menarik perhatin kerajaan dan juga masyarakat umum mengenai perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi baru Lembaga Tabung Haji oleh kerajaan. Kami berpendapat bahawa perlantikan beliau sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji, tidak menepati kriteria transformasi dan tidak bersifat transformatif seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini.

Sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai wawasan dan tujuan yang besar lagi murni serta mempunyai kaitan rapat dengan aspirasi kerajaan, Islam serta kaum Muslimin, ia sepatutnya dipengerusikan oleh seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan serta memiliki latar belakang pentadbiran perniagaan serta kelulusan akademik yang tinggi. Selain dari memiliki kriteria tersebut, untuk mengurus suatu entiti perniagaan besar seperti Lembaga Tabung Haji dengan imej Islam pula, pengerusinya memerlukan reputasi yang tinggi dengan integriti dan sahsiyah yang tinggi juga.

Maka, kami berpendapat Datuk Abdul Azeez tidak mampu membawa imej tersebut dan tidak sesuai menjadi pengerusi kerana Lembaga Tabung Haji terlalu besar baginya serta mempunyai kaitan dengan imej dan identiti Islam pula. Oleh yang demikian kami meminta kerajaan menilai semula keputusan perlantikan Datuk Azeez tersebut dan segera mencari calon baru yang lebih kompeten dengan memiliki integriti dan sahsiyah yang tinggi yang justeru dapat memelihara imej kerajaan yang bersih lagi Islamik serta dapat membawa Lembaga Tabung Haji kepada tujuan asal penubuhannya dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang sedang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji ini.
Ismail Mina b. Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

Tanpa Nama berkata...

Berjuang demi harta dunia maka penyokong pun jenis yg sama, bila nak sedar diri

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...