Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Rabu, 13 November 2013

Tidak Salah @Khairykj Muhasabah Diri Dengan Teguran @CTNurhaliza11 #FAM


Semalam ramai yang bercerita didalam alam maya tentang komen penyanyi terkenal tanah air Datuk Siti Nurhaliza melalui akaun twitter rasmi miliknya berkenaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.


Tentunya ramai yang beranggapan komen terbabit mempunyai kaitan dengan permasalahan diantara Khairy dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak akhir-akhir ini.

Permasalahan diantara Khairy dan FAM dilihat semakin meruncing apabila bekas kapten skuad kebangsaan dan juga ahli jawatankuasa FAM, Datuk Jamal Nasir menegur tindakan Khairy Jamaluddin yang mengkritik secara melulu seolah-olah dilihat seperti mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan itu.

Dalam sidang media Khairy dua hari yang lalu, Khairy mengatakan  “Jika beliau (Datuk Jamal Nasir) bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM, jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada apa-apa jangan masuk campur,” .

Mungkin disebabkan kenyataan Khairy tersebut telah membuat Datuk Siti Nurhaliza membuat teguran terhadap Khairy melalui akaun twitternya kerana di lihat agak biadap.

Bagi Pisau Kedah, Pisau Kedah setuju dengan apa yang diperkatakan Datuk Siti Nurhaliza " Lantang Tidak Perlu Biadap Dengan Yang Lebih Tua"

Pisau Kedah secara peribadinya sememangnya Pisau Kedah tidak sukakan cara politik Khairy dalam UMNO. Namun Pisau Kedah akui sememangnya Pisau Kedah sukakan cara ketegasan dan kelantangan Khairy sebagai Menteri.

Cuma ketegasan dan lantang Khairy tidaklah perlu sampai sehingga tahap menunjukkan dirinya seorang Menteri Muda yang biadap.

Ya.. Memang di akui ramai peminat bola sepak negara yang mahu melihat perubahan berlaku didalam FAM. Tapi itu bukan alasan untuk Khairy bertindak biadap.

Sebagai seorang menteri muda yang dilihat berani dan tegas, Khairy tidak perlu menunjukkan sikap kurang cerdik dirinya "beremosi" didalam menangani sesuatu permasalahan yang bersangkutan dengan jawatannya.

Tegas dan lantang bersuara bukannya bererti seseorang pemimpin itu perlu tunjukkan kebiadapan tidak bertempat terhadap pihak lain.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ct.. jangan ganggu keje menteri.. KJ berhak bercakap.. sebab sudah diberi mandat. ko apo tau??? tau rampas laki orang je.... dok diam2.

Tanpa Nama berkata...

Salah ka selaku rakyat malaysia Ct hendak tegur menteri ? Kalau tak boleh nak tegur jangan jadi menteri la !.

Baru jadi menteri tak kan kot dah boleh jadi kebal dari teguran rakyat ?.

Tanpa Nama berkata...

Penyanyi btw Keja Penyanyi.... Bg menteri btw Keja menteri... Kalu Penyanyi nk bt Keja menteri masuk bertanding jd menteri..masuk

Tanpa Nama berkata...

sebab ct tu bodoh dan artis. ape die tahu koje menteri. dah tak laku sangat kot ct? sampai nak cari tumpang glamour?

Tanpa Nama berkata...

ct nak amik perhatian KJ.. sbb KJ lebih ensem dari Datuk K. kah3

wsf berkata...

Yo....bonar sangat den setuju...he..he

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog