Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Pengikut

Khamis, 3 Julai 2014

12 Negara Luar Mahu Contohi Pengurusan Haji Malaysia #TabungHaji


MAKKAH - Pengalaman 50 tahun Lembaga Tabung Haji (TH) dalam pengurusan haji dan umrah kini menarik minat banyak negara luar untuk mencontohi modul TH dalam menguruskan dana dan latihan kepada jemaah mereka.

Pengerusi TaHa Alam Sdn Bhd Tan Sri Hashim Meon berkata 12 negara menyatakan minat mereka untuk menggunakan modul TH, antaranya Maldives, Senegal, Nigeria Filipina, Australia, Kazakhtan dan Tatarstan.

Tan Sri Hashim Meon

TaHa Alam ialah syarikat usaha sama milik Perbadanan Islam bagi Pembangunan Sektor Swasta (ICD), cabang sektor swasta Bank Pembangunan Islam (IDB) dan Theta Edge Berhad, anak syarikat TH, yang ditubuhkan pada 2011 bagi menawarkan khidmat nasihat dan perundingan kepada negara yang berminat menggerakkan skim simpanan haji dan mengurus syarikat pengurusan haji mereka.

"Mengorak langkah selama 50 tahun dalam pengurusan ibadah umrah dan haji, Lembaga Tabung Haji (TH) sering mendapat maklum balas positif daripada negara luar untuk mengguna pakai modul dan sistem kendalian TH dalam menguruskan ibadah umrah dan haji.

"Setakat ini, sebanyak 12 negara telah menyatakan hasrat mencontohi modul tersebut dan TaHa Alam kini dalam peringkat perbincangan serius," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, untuk jangka pendek, pihaknya akan menawarkan perkhidmatan rundingan, latihan, pengurusan dana serta logistik jemaah haji.

"Buat masa ini, kita juga menumpukan kepada 56 negara Islam anggota IDB dengan giat mempromosikan untuk membantu menyediakan khidmat nasihat pengurusan jemaah umrah dan haji.

"Mereka juga sedia maklum bahawa modul TH dilihat dapat memberi manfaat kepada jemaah pada masa akan datang seperti lebih menjimatkan kos dan menguruskan ibadah umrah dan haji secara lebih sistematik," katanya.

Bagi tempoh jangka panjang pula, TaHa Alam berharap dapat membantu negara berkenaan mewujudkan organisasi pengurusan haji yang sama seperti TH. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...