Selasa, 19 Februari 2013

Gambar Hot !!! Kehadiran 15,000 Anak Perantauan Kelantan Buktikan Sokongan Terhadap BN Di PRU13 Ini.








Kehadiran lebih 15,000 orang anak Kelantan memeriahkan Himpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 sememangnya di luar jangkaan ramai pihak.

Rata-rata pemerhati politik serta pemimpin PAS khususnya, sedari awal lagi berkeyakinan penganjuran majlis himpunan itu akan hanya memalukan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sahaja kerana mengandaikan hanya kurang dari seribu orang sahaja yang akan hadir.

Atau pun paling tidak kata mereka, tak sampai pun tiga empat ribu yang hadir sekadar untuk isi masa hujung minggu kemudian selepas selesai bertemu rakan-rakan senegeri masing-masing akan segera pulang tanpa mendengar ucapan dari PM.

Itu andaian dan anggapan PAS dan sesetengah pemerhati politik. Secara jujurnya, keyakinan mereka ada asasnya jika rekod sebelum ini diambil kira, lebih-lebih lagi sudah menjadi pengetahuan umum yang majoriti anak Kelantan di perantauan merupakan penyokong dan pengundi PAS.

Lebih-lebih lagi bila diambil kira jumlah kehadiran di program himpunan anjuran PAS selalunya mencecah angka 3,000 hingga 6,000 orang, tidak kira ia dilangsungkan di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan atau Perlis, senantiasa penuh dan meriah.

Sementara itu majlis yang sama anjuran UMNO pula jika dapat mengumpul 500 orang anak Kelantan di rantauan sudah boleh dikira melegakan. Itu senario sebelum berlakunya PRK DUN Manek Urai dan keadaan itu lebih terserlah lagi sebelum berlangsungnya PRU 12 2008. 

Pendek kata amat jarang program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS ataupun sekutunya jarang mendapat sambutan, tapi adalah perkara biasa bila mana majlis anjuran UMNO hanya dihadiri segelintir orang sahaja. 

Mutakhir ini senario sudah berubah, keadaan sudah terbalik apabila kebanyakan program himpunan anak Kelantan di perantauan anjuran PAS pula yang semakin lesu dan kurang mendapat sambutan.

Program himpunan di Stadium MBPJ, Kelana Jaya yang dihadiri Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat pada 30 Julai 2011 misalnya hanya merekodkan kehadiran sekitar 1,000 orang sahaja. 

Manakala semasa Nik Aziz merasmikan Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan di Puchong Perdana, Selangor pada 22 April 2012 pula hanya sekitar 300 hingga 400 orang anak Kelantan di perantauan sahaja yang menunjukkan muka di majlis itu.

Di masa yang sama, majlis himpunan anak Kelantan yang dianjurkan UMNO pula terus mendapat sambutan termasuklah yang terbaru Himpunan Perdana Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang menyaksikan buat pertama kalinya lebih 15,000 rakyat Kelantan berkumpul di bawah satu bumbung.

Mereka datang tidak dipaksa, hanya kad jemputan menjadi pengantara, malah sebahagian besar daripada mereka hanya bersandarkan jemputan umum yang dibaca dari akaun sosial Facebook dan laman web sahaja.

Jika senario ini dijadikan indikator tambahan, nampak gayanya PRU 13 kelak faktor anak Kelantan di perantauan bukan lagi bonus tambahan untuk PAS sebaliknya bakal menjadi faktor kejatuhan PAS pula.

Tak mustahil sebahagian besar anak Kelantan di perantauan untuk pertama kalinya akan memberi undi mereka secara besar-besaran kepada BN, jika itu menjadi realiti bermakna suka atau tidak PAS terpaksa mengucapkan selamat tinggal dari tampuk pemerintahan negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan