Khamis, 21 Februari 2013

Ganas !!! lelaki Ditetak Kerana Menyuruh Isterinya Sembahyang Zuhur


Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni.. Suami suruh sembahyang pun ditetak isterinya sehingga terpaksa menerima 20 jahitan di kepala dan badan.

Itulah hakikat yang terpaksa dialam oleh seorang lelaki yang berusia 49 tahun yang di tetak oleh isterinya yang berusia lingkungan 30 tahun apabila disuruh solat Zuhur pada pukul 2 petang kelmarin


Ampang: Lebih setahun dia menahan sabar dan memendam derita berikutan sikap panas baran isterinya, namun semua itu langsung tidak memberi kesan apabila wanita disayanginya bukan saja tidak insaf, malah semakin besar kepala.

Kemuncaknya, si suami menerima lebih 20 jahitan di kepala dan badan apabila isteri kesayangannya itu menetaknya dengan pisau pemotong daging di rumah mereka di Hulu Klang, di sini, kelmarin. 

Kejadian berlaku jam 2 petang selepas lelaki berusia 49 tahun itu menyuruh wanita berkenaan menunaikan solat dan mengawal sikap panas barannya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian mangsa yang menjalankan perniagaan sendiri baru pulang ke rumah dan meminta isterinya yang berusia lewat 30-an menunaikan solat Zuhur.

“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang sebelum memarahi lelaki terbabit dan pertengkaran berlaku di antara mereka.- HM

Mungkin bagi setengah pihak akan menganggap laki berkenaan seorang suami yang dayus kerana tidak berani menceraikan isterinya yang seorang panas baran walaupun sudah lebih setahun menderita. Namun bagi Pisau Kedah, lelaki terbabit bukan seorang lelaki yang dayus tapi sebaliknya lelaki terbabit seorang lelaki yang penyayang dan di sebabkan kasih sayangnya lah telah membuatkan dia menjadi seorang yang penyabar.

Menurut surat khabar Harian Metro yang Pisau Kedah baca. Pasangan terbabit mempunyai seorang anak perempuan yang berusia 8 bulan dan ianya menjadi salah satu penyebab lelaki berkenaan enggan mengambil tindakan kasar terhadap isterinya kerana bimbangkan anak perempuannya itu akan menjadi mangsa sikap panas baran isterinya itu.

Ternyata lelaki berkenaan berfikir panjang sebelum mengambil tindakan mengikut hawa nafsu amarah dan keego seorang lelaki.

Benarlah kata orang. Lelaki lebih berfikiran panjang berbanding wanita di dalam membuat sesuatu keputusan. 

Tapi tak semua la lelaki yang berfikiran panjang. Kadang-kadang ada juga lelaki yang berfikiran lebih pendek dari seorang wanita. Lelaki jenis itu lebis gemar mengikut keegoa lelakinya sahaja dan bukannya mengikut akal fikiran yang panjang di kurniakan Allah S.W.T.

Sedarlah wahai wanita syurga bagi seorang wanita yang berkahwin itu ianya terletak di kepada lelaki yang bergelar suami. Patuhilah arahanya selagi ianya tidak membawa kepada keburukan serta ke jalan kemungkaran.

Bagi seorang lelaki yang bergelar suami. Janganlah pula di sebabkan menjadi ketua rumahtangga ianya menghalalkan penganiyaan terhadap Isterinya dari segi zahir atau batin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan