Isnin, 11 Mac 2013

Akhirnya Editor Keadilan Daily Kantoikan Tian Chua


PETALING JAYA 10 Mac - Editor Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah benar.

Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut.

Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para blogger sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca.

"Laporan Tian Chua betul tetapi telah dimanipulasi blogger-blogger sehingga memberi gambaran pembacaan yang berbeza.

"Ketika dihubungi Aisha, komen Tian Chua itu adalah sebelum polis mengeluarkan pengesahan rasmi yang mengatakan terdapat anggota polis yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu," katanya ketika ditemui di sini.

Fazallah dan Aisha hadir di pekarangan IPD Petaling Jaya pada pukul 2 petang bagi membantu siasatan berhubung perkara itu, sebelum mereka keluar hampir tiga jam kemudian.

Tian Chua sebelum ini mengeluarkan kenyataan di dalam portal Keadilan Daily bahawa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan konspirasi UMNO bagi mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

Sementara itu, peguam yang mewakili kedua-dua belah pihak, Eric Paulsen pula menyifatkan, siasatan yang dijalankan polis adalah satu pembaziran serta remeh untuk dijalankan.

"Lebih 200 laporan yang disiasat polis adalah banyak membazirkan masa dan agak remeh. Jelas sekali isu ini berbau politik dan Tian Chua telah ‘dikambinghitamkan’," katanya.

Difahamkan, buku nota Aisha yang menyalin segala percakapan Tian Chua ketika dihubungi telah diambil polis untuk tujuan siasatan. - UTUSAN

Telah jelas dan nyata pengakuan dari Editor Keadilan Daily bahawa Tian Chua mengeluarkan kenyataan yang menghina anggota keselamatan Negara walau pun ianya di buat sebelum terkorbannya 2 orang pewira Negara.

Apa bukti kukuh yang sehingga Tian Chua boleh mengatakan " Insiden tembak menembak di Kampung Tanduo, Sabah merupakan satu konspirasi UMNO" ?

Apakah dengan kenyataan itu ianya tidak menjadi satu penghinaan terhadap anggota Keselamatan Negara yang ikhlas mempertahankan kedaulatan Tanah Air yang ketika itu terlibat dalam Insiden tembak menembak sehingga mengorbankan 2 anggota Keselamatan Negara ??

Boleh ka Tian Chua membuktikan dakwaannya tersebut ??

Sekiranya Tian Chua tak dapat membuktikan dengan berfakta dakwaannya itu dan hanya la di buat dari sudut persepsi ianya bererti Tian Chua telah menghina Anggota Keselamatan Negara sebagai alat konspirasi UMNO.

Selain itu Pisau Kedah agak terkejut dengan kenyataan dari Peguam yang mewakili Editor Keadilan Daily dan Tian Chua yang telah menyifatkan sisatan polis terhadap 200 laporan yang di lakukan merupakan satu pembaziran masa kerana ianya satu laporan yang agak remeh..

Siapa peguam tersebut hendak mempertikai kerja yang di lakukan pihak Polis. Dia tak tahu ka setiap laporan yang di lakukan terhadap pihak Polis, pihak Polis telah di amanahkan menyiasat setiap laporan yang di lakukan penduduk Malaysia.

Sebagai seorang Peguam, dia tak ada hak mempertikai kerja polis untuk membuat siasatan dari laporan yang di terima.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan