Jumaat, 15 Mac 2013

Apakah Kematian Bala Di Jadikan Permainan Sandiwara Pakatan Haram ??



Belum sempat Anwar menggunakan Bala untuk membuat fitnah kepada YAB DS Najib Razak berkaitan kes  Altantuya. Bala di sahkan meninggalkan Anwar untuk selama-lamanya.

KUALA LUMPUR: Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai PI Bala, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah klinik di Rawang hari ini.

Anggota Parlimen Subang R.


Sivarasa, yang juga Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR memberitahu Bernama, Balasubramaniam mengalami masalah pernafasan dan meninggal dunia pada 1.40 petang.


Mendiang sepatutnya dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dari rumahnya di Rawang pada kira-kira 1.30 petang ini, katanya.


Beliau berkata Balasubramaniam yang baru sahaja pulang ke negara ini dari India, mengalami masalah jantung dan dimasukkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) mingggu lepas.


Mendiang dijangka menjalani pembedahan pintasan jantung dalam tempoh tiga minggu dan dibenarkan keluar dari hospital itu Selasa lepas.

Apakah selepas ini pihak Pakatan Haram akan menggunakan kematian Bala sebagai senjata untuk mereka menyerang UMNO dan menuduh kematian Bala berpunca dari konspirasi UMNO ??

Yang pasti puak-puak Pakatan Haram di laman maya akan menggunakan isu kematian Bala untuk menyalahkan UMNO.

Jangan terkejut sekiranya selepas pembubaran Parlimen, ada individu dalam Pakatan Haram akan tampil menjadi hero untuk mendakwa kematian Bala merupakan kerja terancang UMNO.

Pisau Kedah yakin Anwar akan menggunakan kesempatan dalam isu kematian Bala untuk menaikkan imejnya yang tercalar teruk akibat pendedahan beberapa sumber dari Filipina dan Wikileaks bahawa Anwar mempunyai kaitan dengan isu pencerobohan Lahad Datu oleh Rejim Lanun Sulu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan