Jumaat, 8 Mac 2013

Hot !!! Bapa Saiful Bukhari Jual Maruah Keluarga Hanya Kerana Duit



Pertama kali Pisau Kedah mendapat tahu bapa Saiful Bukhari membuat pengakuan bahawa kes Saiful Bukhari di liwat adalah satu fitnah dan konspirasi terangcang untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim, Pisau Kedah tertanya-tanya.. Berapa juta kah bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim di bayar Anwar Ibrahim untuk membuat pengakuan berkenaan.??

Pisau Kedah yakin bapa Saiful Bukhari dibayar Anwar Ibrahim kerana pengakuan terbaru dari keluarga Saiful Bukhari, bapanya telah menghilangkan diri semenjak tiga minggu lalu selepas mengalami masalah kewangan dan masalah dengan keluarga.

Dalam berhadapan dengan maslah kewangan, pastinya Azlan Mohd Lazim menggunakan kesempatan di antara isu anaknya di liwat Anwar Ibrahim sebagai jalan termudah untuk mendapatkan duit.

Bagi pendapat Pisau Kedah, Azlan Mohd Lazim pastinya telah membuat tawaran kepada Anwar Ibrahim dengan syarat Anwar Ibrahim dapat menyelesaikan masalah kewangannya, selepas itu dia akan membuat pengakuan bahawa kes Anwar Ibrahim meliwat anaknya hanyalah satu fitnah dan konspirasi pihak tertentu.

Ye la.. semua orang tahukan.. Manusia yang bertuhankan nafus apabila dirinya terdesak memerlukan duit, pastinya akan sanggup melakukan apa-apa pun untuk mendapatkan duit dengan segera walaupun terpaksa menjual maruah keluarga.

Bagai " Pucuk dicita, Ulam mendatang ". Anwar Ibrahim pasti akan menggunakan kesempatan yang telah di tawarkan Azlan Mohd Lazim untuk membersihkan namanya dari kes liwat Saiful Bukhari walaupun Saiful Bukhari tetap mempertahankan dia pernah diliwat Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim sedar dengan menggunakan pengakuan Azlan Mohd Lazim untuk membersihkan namanya dari kes liwat Saiful Bukhari bukanlah satu bukti yang kukuh dan boleh di percayai kerana yang menjadi mangsa liwat adalah Saiful Bukhari dan bukannya bapanya Azlan Mohd Lazim. 

Tapi harus di ingat, dengan pengakuan Azlan Mohd Lazim ini. Anwar Ibrahim akan gunakan sepenuhnya supaya dapat mengalih pandang masyarakat terhadap pendedahan perisik Filipina yang menyatakan dia mempunyai kaitan dengan pencerobohan Lahad Datu dan selain itu dapat di gunakan untuk mengalih isu kemarahan masyarakat terhadap kebodohan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mempolitikkan isu Lahad Datu untuk menyalahkan UMNO/BN selaku pentadbir Kerajaan Malaysia.

Sekiranya Anwar Ibrahim tidak berbuat begitu pastinya isu Lahad Datu akan membuat PKR berhadapan dengan kejatuhan di PRU 13 ini. Malahan akan melibatkan parti-parti dalam Pakatan Haram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan