Selasa, 12 Mac 2013

Hot !!! Blogger Pencacai Pakatan Haram Jadi Gila Khinzir Dengan Wartawan



Tak sangka juga Pisau Kedah apabila blogger pencacai penjilat Pakatan Haram cukup sensitif dengan soalan Sumpah Laknat sehinggakan sanggup mempertikai tindakkan wartawan bertanya soal Sumpah Laknat terhadap bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim ketika dalam sidang media pengumuman Azlan Mohd Lazim masuk PKR.


Memang satu tindakkan yang betul bodoh apabila blogger pencacai penjilat Pakatan Haram, Rahman Talib a.k.a Tulang Besi mempertikai soalan wartawan terhadap bapa Saiful Bukhari berkenaan Sumpah Laknat.

Apa yang di lakukan blogger pencacai penjilat Pakatan Haram, Rahman Talib a.k.a Tulang Besi sebenarnya telah mempertikai hak kebebasan wartawan yang kononnya di perjuangkan Pakatan Haram.

Bagi Pisau Kedah, puak Pakatan Haram takut dengan Sumpah Laknat adalah di sebabkan keenganan Anwar Ibrahim melakukan Sumpah Laknat setelah di desak pelbagai pihak bagi membuktikan bahawa Anwar Ibrahim tidak pernah meliwat Saiful Bukhari.

Antara soal jawap wartawan yang telah membuatkan blogger penjilat Pakatan Haram, Rahman Talib a.k.a Tulang Besi jadi gila khinzir.


Wartawan: En. Azlan, sekarang ini ramai yang ragu-ragu tentang masa En. Azlan menyertai Pakatan Rakyat dan berhubung kenyataan membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi mengapa sekarang dan mengapa perlu sertai PKR pada waktu ini?

Azlan: Saya sebagai rakyat Malaysia berhak membuat keputusan untuk diri saya.
Saya telah memikirkan sedalam-dalamnya keputusan saya dan apakah implikasi saya dan yang lain-lain. Saya mengikuti perjuangan PKR sudah lama dan saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk saya menyertai parti Pakatan Rakyat dan menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat perubahan.

Wartawan: En. Azlan, ada dakwaan En. Azlan dibayar oleh PKR, apa pendapat En. Azlan?

Azlan: Saya tidak berhak untuk menahan apa jua tohmahan daripada orang ramai. Jadi biarlah apa-apa kenyataan yang dikeluarkan. Semua rakyat berhak untuk menyatakan pandangan masing-masing. Saya menerima pandangan mereka.

Wartawan: En Azlan, tahun 2008 En Azlan berpihak kepada anak En. Azlan sedangkan sekarang En. Azlan berkata En. Azlan memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jadi adakah En. Azlan tidak berfikir dahulu sebelum membuat kenyataan?

Azlan: Saya fikir kita kena berlaku profesional dalam kes ini. Apa yang saya lakukan sekarang ialah menyertai sebuah parti politik, tidak ada kena-mengena dengan kes mahkamah yang dihadapi oleh anak saya. Ini adalah penyertaan saya dalam parti politik. Kebetulan saya menyertai PKR yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tetapi kalau saya menyertai parti politik sebelah sana, tentu tidak jadi isu.

Wartawan: En. Azlan, jikalau En. Azlan tahu apa yang dilakukan oleh Saiful tidak benar dan fitnah, mengapa En. Azlan tidak ambil tindakan dan menghalang Saiful daripada melakukan sumpah laknat dan soalan kedua adakah En. Azlan sendiri berani untuk melakukan sumpah laknat mengatakan En. Azlan benar?

Azlan: Ini soalan yang saya sudah agak akan ditanyakan oleh wartawan. Saya mempunyai prinsip yang jelas dan saya telah tegaskan di dalam kenyataan akhbar saya pada 8 Mac. Saya tidak mahu mengulas apa-apa dan saudara-saudari cubalah memikirkan apakah kenyataan yang telah saya buat ini.

Wartawan: En. Azlan, sebelum ini En. Azlan menyokong tindakan Saiful Bukhari dan menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hari En. Azlan mengatakan En. Azlan jelas dakwaan itu tidak benar. Jadi adakah penjelasan En. Azlan ini boleh membuatkan rakyat Malaysia untuk mempercayai atau tidak percaya kepada En. Azlan?

Azlan: Tujuan saya membuat kenyataan akhbar bukan tujuan saya supaya rakyat menyokong saya. Terpulang kepada masyarakat untuk mempercayai kenyataan saya. Itu adalah pendirian saya. Sebagai bapa saya tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku di belakang tabir yang orang lain tidak tahu. Penjelasan saya jelas dalam kenyataan akhbar saya pada 8 Mac.

Wartawan: Dalam kenyataan akhbar En. Azlan ada menyebut hal ini membabitkan pegawai khas. Adakah peranan pegawai khas itu termasuk membiayai operasi fitnah liwat II?

Azlan: Saya tidak mahu mengulas tentang ini tetapi kenyataan saya adalah jelas dalang di sebalik kes liwat II adalah.... Itu saya boleh berikan, lain saya tidak boleh beri.

Wartawatan: En. Azlan, tadi ada satu soalan yang En. Azlan belum jelaskan lagi adakah En. Azlan sanggup melakukan sumpah laknat seperti anak?

Azlan: Ini soal-soal sumpah ini kalau kita tengok dalam sejarah Malaysia sudah banyak orang bersumpah itu, bersumpah ini. Jadi saya tidak akan bersumpah dan saya tegas dengan kenyataan akhbar saya sebelum ini.

Wartawan: Tapi berani kerana benar, kenapa takut hendak bersumpah?

Azlan: Saya tidak takut.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail: Kalau sumpah boleh menyelesaikan, tak perlu ada mahkamah.


Azlan: Kalau saya takut, saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan. Lebih baik saya diam.

Wartawan: Dahulu En. Azlan beriya membuat rayuan dalam kes Saiful.

Azlan: Itu hak mahkamah. Itu hak pendakwa. Saya dari segi itu adalah sebagai bapa dan saya tidak boleh buat apa-apa. Hanya pihak peguam negara sahaja yang boleh membuat rayuan. Sekarang permohonan telah dibuat dan akan didengar pada bulan enam.
Sumber soal jawab wartawan :- Sinar Harian 

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum, tuan.
    Mohon pautkan blog Bicara Perjuangan di sini.
    http://miazarraannur.blogspot.com/

    Terima kasih

    BalasPadam