Sabtu, 9 Mac 2013

Hot !!! Che Gu Bard Pernah Dedahkan Bapa Saiful Bukhari Cuba Melacurkan Isteri Untuk Mendapatkan Duit



Pada 09 May 2010, Che Gu Bard pernah membawa keluar satu artikel dalam blog miliknya ( Klik Sini  ) yang telah dipetik melalui email penyokong Pakatan Haram kepadanya. Dalam artikel tersebut penyokong Pakatan Haram yang menghantar email kepada Che Gu Bard telah mempertikai kredibiliti bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim yang telah menghilangkan diri sejak sekian lama.

Email tersebut juga ada mendedahkan bahawa bapa Saiful Bukhari sebelum menghilangkan diri merupakan seorang yang kuat berjudi dan pernah cuba memaksa arwah ibu Saiful Bukhari melacurkan diri untuk mendapatkan duit dengan secara mudah. Namun di sebabkan paksaan tersebut arwah ibu Saiful Bukhari telah memohon cerai dan penceraian tersebut telah berlaku ketika umur Saiful Bukhari berumur 4 tahun.




Sudah jelas dan nyata penyokong Pakatan Haram juga mempertikai kredibiliti bapa Saiful Bukhari sebelum ini yang di lihat hanya bertuhankan nafsu untuk mendapatkan duit dengan secara mudah.

Ye la.. semua orang tahukan.. Manusia yang bertuhankan nafus apabila dirinya terdesak memerlukan duit, pastinya akan sanggup melakukan apa-apa pun jua untuk mendapatkan duit dengan segera walaupun terpaksa menjual maruah keluarga.

Bagai " Pucuk dicita, Ulam mendatang ". Anwar Ibrahim pasti akan menggunakan kesempatan yang telah di tawarkan Azlan Mohd Lazim untuk membersihkan namanya dari kes liwat Saiful Bukhari walaupun Saiful Bukhari tetap mempertahankan kenyataannya bahawa dia pernah diliwat Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim sedar dengan menggunakan pengakuan Azlan Mohd Lazim untuk membersihkan namanya dari kes liwat Saiful Bukhari bukanlah satu bukti yang kukuh dan boleh di percayai kerana yang menjadi mangsa liwat adalah Saiful Bukhari dan bukannya bapanya Azlan Mohd Lazim.

Tapi harus di ingat, dengan pengakuan Azlan Mohd Lazim ini. Anwar Ibrahim akan gunakan sepenuhnya kesempatan yang ada supaya dapat mengalih pandang masyarakat terhadap pendedahan perisik Filipina yang menyatakan dia mempunyai kaitan dengan pencerobohan Lahad Datu dan selain itu dapat di gunakan untuk mengalih isu kemarahan masyarakat terhadap kebodohan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mempolitikkan isu Lahad Datu untuk menyalahkan UMNO/BN selaku pentadbir Kerajaan Malaysia.

Sekiranya Anwar Ibrahim tidak berbuat begitu pastinya isu Lahad Datu akan membuat PKR berhadapan dengan kesukaran di PRU 13 ini. Malahan akan melibatkan parti-parti dalam Pakatan Haram.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan