Ahad, 31 Mac 2013

Video Gempar !!! Kisah Sebenar Di Sebalik Tragedi Bedarah Memali







Kalau mengikut peristiwa Memali ni, polis ke kampung berkenaan, untuk menangkap Ustaz Ibrahim Libya yang dipercayai telah 'terpesong dalam ajaran Islam'. Tapi mereka dihalang, malah dihalau dengan keras.

Bila kerja polis dihalang, malah penduduk kampung bertindak keras, hingga menyebabkan pertembungan. Bagi Mc polis hanya menjaga kerja keamanan. Jika benar Ibrahim Libya seorang pemimpin yang baik, dia takkan biarkan anak kecil dan wanita menjadi perisai barisan hadapan.

Kalau mengikut cerita puak Pas, polis memulakan serangan tanpa amaran. Tapi kalau anda lihat video diatas, polis telah pun memberikan amaran sebelum merempuh masuk. Polis terpaksa bertindak keras kerana terdapat pegawai polis yang tercedera dan meninggal dunia.

Kalau peristiwa di Lahad Datu, negara kita diceroboh, peristiwa Memali pula ianya didalangi kumpulan ajaran Islam yang telah terpesong. Malah kedua-dua peristiwa ini ada kaitan dengan pemimpin pembangkang yang menjadi dalangnya.

Puak Pas kata, mereka pejuang Memali menentang polis itu syahid, sama seperti penceroboh Sulu yang menentang anggota polis kita. Apakah benar mereka syahid? Puak Sulu tu pun mengaku Jihad dan Syahid. Mengamalkan ajaran sesat dan menceroboh negara orang adalah syahid?

Macam mana dengan anggota polis kita yang terkorban mempertahankan negara? Bukankah kalau kita berjuang mempertahankan agama, bangsa dan negara, itu jihad yang sebenar. Malah jika kita mati semasa berjuang, itu baru benar-benar syahid. Apa pun ini hanya pendapat Mc. Dosa dan pahala kerja tuhan, kita tak mampu buat keputusan.

Kita manusia cuma mampu berfikir dan melakukan tindakan yang terbaik. Fikirlah elok-elok, selama ini, siapa yang selalu menganggu gugat keamanan negara dan gembira apabila negara kacau-bilau. Apakah orang macam tu yang kita nak angkat jadi Kerajaan?

Memilih pemimpin bukan perkara mudah, kerana jikalau kita salah dan pejudikan nasib. Negara kita bakal ditimpa bencana. Mahukah pembaca melihat negara yang bakal diwarisi oleh anak-anak kita kacau bilau?

Buatlah keputusan yang tepat, pilih jalan keamanan.

4 ulasan:

  1. Apasal takde komen....atau korang sendiri terasa pasal peristiwa nie...lihat sendiri, yg selama nie semua tak tahu cerita sebenar...nah tengok dengan mata , bukan edit punya video tau

    BalasPadam
  2. Semasa kejadian tu polis saja yg tau, btpa pndk pemikiran org taksub

    BalasPadam
  3. http://www.youtube.com/watch?v=lCqOkl210mE

    yang ni macam mana?

    BalasPadam
  4. semoga allah melaknat org yg mencetuskan memali ni.. teruk ajaran sesat di memali.

    BalasPadam