Ahad, 21 April 2013

Comfirm !!! @MahfuzOmar Meroyan Dengan Cerita Ini #TukarKedah #SaveKedah





Siang tadi Pisau Kedah berkesempatan menemubual Dato' Sahlan Ismail Nasution (Setiausaha Politik DS Najib Razak) calon BN Parlimen Pokok Sena (P008) bersama Datuk Ahmad Lebai Sudin, calon DUN Bukit Lada (N008) di Peti Daerah Mengundi (PDM) Kampung Bukit.





Berdasarkan petunjuk sokongan yang di perolehi dari penduduk Parlimen Pokok Sena ketika hari penamaan calon pada 20hb yang lalu, Dato' Sahlan Ismail Nasution begitu yakin dapat merampas kerusi Parlimen Pokok Sena (P008) dari Mahfuz Omar, mampu merampas DUN Bukit Lada serta DUN Bukit Pinang dari PAS dan akan mempertahankan DUN Derga yang di menangi BN pada PRU12 yang lalu.

Bagi Dato' Sahlan, siapa pun yang di calonkan PAS, ianya tidak menjadi masalah atau halangan baginya kerana Dato' Sahlan yakin bahawa sokongan dari pengundi BN, pengundi atas pagar dan segelintir pengundi PAS sudah berjaya di perolehinya di Pokok Sena berdasarkan gelombang kebangkitan rakyat menyokong BN di Kedah.


Selain dari itu " Aku Janji BN Kedah PRU13 " juga memain peranan menarik sokongan penduduk di Parlimen Pokok Sena di PRU13 ini setelah penduduk di Parlimen Pokok Sena begitu yakin bahawa BN mampu menunaikan janji-janji yang telah di lakukan berbanding janji Manifesto PRU13 dari Pakatan Rakyat Kedah.

Sokong dari penduduk di Parlimen Pokok Sena pastinya akan di terjemahkan melalui bentuk undi semasa hari pembuangan undi yang akan berlangsung pada 05 Mei ini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan