Isnin, 29 April 2013

Takbir !!! PAS Kedah Kata Roboh Madrasah Salihiah Satu Kejayaan #TukarKedah



Pihak TMK sangat tertarik dengan kata-kata si Exco munafik Amiruddin, berkenaan dengan kenyataan TPM berkenaan  'E tolak' terhadap kerajaan negeri Kedah kerana gagal dalam segala-galanya termasuk menarik pelaburan luar.

Muhyiddin pada 23 April lalu dalam majlis yang turut dihadiri Mukhriz berkata, terdapat sedikit sahaja pencapaian Pakatan sepanjang mentadbir Kedah, malah kad laporan mereka tidak membanggakan.

Muhyiddin memberi markah "E tolak" kepada Pakatan yang didakwa gagal menunaikan janji, antaranya membantu petani, menyediakan kemudahan pendidikan, agama dan kemudahan sosial serta membawa pelaburan dan menyediakan peluang pekerjaan.

Disebabkan itu exco yang paling terasa adalah Amiruddin. Kenapa dia bertanggung jawab untuk membawa masuk pelaburan dari luar.

Dalam pada itu, si Amiruddin juga memberikan contoh, usaha kerajaan negeri menyelesaikan pembinaan Kompleks Tunku Yaakob yang didakwanya gagal diselesaikan oleh kerajaan BN selama 30 tahun sekalipun bertukar ganti menteri besar.

Katanya, ekoran ketelusan dalam pentadbiran negeri, semua rundingan dibuat "di atas meja", dan kerajaan negeri membantu pemaju, maka bangunan tersebut dapat disiapkan.

Sebelum itu katanya, pemaju yang sama mengemukakan cadangan tetapi mengundur diri kerana didakwa berdepan dengan "terlalu banyak kos dan pintu tol".

"Zaman kita, (pemaju) masuk kertas cadangan dan kita bantu dia. Selesai Kompleks Tunku Yaakob. BN tak dak pasai projek selesai. No way. Tak ada jalan," katanya lagi.

Amiruddin juga menceritakan rekod kejayaan kerajaan negeri meningkat hasil balak dan kutipan zakat di negeri itu serta menyelesaikan isu perobohan Madrasah Salihiah untuk didirikan sebuah kompleks selepas mendapat persetujuan Jawatankuasa Fatwa Kedah. sumber kenyataan ni Pihak TMK ambil dari SINI.

Kita ketepikan soal dia tuduh BN buat urusan 'atas' atau 'bawah' meja. Sebab itu tak penting berbanding urusan merobohkan madrasah dan surau Salihiah. Sebab Kerajaan BN Kedah yang terdahulu, boleh kutip kenyataan Amiruddin ni dan saman dia atas tuduhan tersebut.

Dalam kenyataan Amiruddin kat atas yang Pihak TMK  besarkan tu, dia seolah-olah berbangga Pas Kedah dapat menyelesaikan masalah Kompleks Tunku Yaakub. Apa yang boleh dibanggakan dengan kerajaan Pas Kedah merobohkan bangunan buruk dan Madrasah Salihiah?

Amiruddin bangga dapat merobohkan Madrasah Salihiah yang berumur 102 tahun tu? Sedangkan Pas Kedah dapat mengelakkan perobohan Madrasah terbabit jika mengubah plan bangunan. Tapi mereka tak berbuat demikian. Mereka lebih suka merobohkan Madrasah diatas tanah wakaf yang mereka anggap tak penting.

Apakah ini contoh terbaik sebuah Kerajaan Negeri yang kononnya berteraskan pentadbiran Islam?


Kemudian, si Exco munafik ni pula BANGGA dapat merobohkan Madrasah? Apa nak jadi dengan dunia zaman sekarang ni? Sama-sama kita umat Islam di Kedah berdoa, untuk selamatkan Kedah daripada Rejim Zionis Pas Kedah!!- Kedah Ke KL

Tiada ulasan:

Catat Ulasan