Rabu, 8 Mei 2013

DAP Harus Di Hukum Di Atas Sikap Rasist Pengundi Cina



Ramai yang menganggap tsunami politik PRU13 yang melanda Barisan Nasional merupakan pertanda Barisan Nasional telah hilang sokongan pengundi cina yang beralih sokongan kepada parti DAP yang terang-terang merupakan sebuah parti yang cukup rasist.

Itu anggapan masing-masing yang di beri akal oleh Allah S.W.T .. Namun bagi anggapan Pisau Kedah tak semua pengundi kaum cina telah beralih menyokong DAP terutamanya kaum cina yang sudah lanjut usianya kerana mereka menyedari bagaimana keadaannya sekiranya pertelingkahan antara kaum berlaku seperti mana yang terjadi pada 13 Mei 1969.

Kini yang menjadi masalah bagi Barisan Nasional merupakan pengundi kaum cina yang masih muda usianya kerana mereka masih belum menyedari sekiranya api perkauman di tonjolkan melalui undian kepada parti rasist DAP.

Dari segi pemikiran yang rasional, Pisau Kedah tidak menyalahkan sebulat-bulatnya kepada pengundi kaum cina yang muda kerana mereka belum benar-benar memahami risiko sekiranya api perkauman di tiup..

Dalam hal ini Pisau Kedah menyalahkan parti DAP yang bertanggungjawab menghasut pengundi kaum cina muda yang masih mentah menilai bertapa bahayanya api perkauman dimainkan sehingga mampu mendatangkan keburukkan kepada diri mereka sendiri.

Kerajaan Malaysia yang di pimpin Barisan Nasional seharusnya memainkan peranan selepas ini supaya menerapkan jati diri sayangkan negara tanpa mengira kaum.

Selain itu Kerajaan Malaysia perlu bertindak drastik membendung kegiatan parti rasist DAP meracuni pemikiran golongan muda kaum Cina.





1 ulasan: