Rabu, 19 Jun 2013

Hot !!! Husam Musa Kena Bidas Dengan Ulama PAS Setelah Membelakangi Hadi Awang


Terbaru.. Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menyelar tindakan Husam Musa, Naib Presiden PAS menggelar mana-mana pemimpin PAS yang tidak menyertai perhimpunan anjuran Pakatan Haram bagi membantah perjalanan PRU 13 yang lalu sebagai "PENGKHIANAT PARTI".

Bagi Norazli, gelaran pengkhianat sebenarnya lebih tepat diberikan kepada Pemimpin PAS yang mematuhi arahan pucuk pimpinan parti lain tanpa merujuk kepada arahan Presiden PAS dan Majlis Syura Ulama PAS yang menduduki tangga teratas di dalam parti PAS.

Sebelum ini Presiden PAS, Hadi Awang mengeluar kenyatan bahawa beliau tidak memaksa mana-mana ahli dan pemimpin PAS menyertai perhimpunan berkenaan dalam erti kata lain, Hadi Awang "TIDAK MEWAJIBKAN" perhimpunan itu di sertai ahli dan pemimpin PAS.

Ini sudah jelas menunjukan bahawa Husam Musa yang juga merupakan parasit anwarinas di dalam PAS telah membelakangi  arahan kepimpinan tertinggi PAS didalam mematuhi arahan Anwar Ibrahim yang cuba mengucar kacirkan keamanan Malaysia.

Satu lagi tamparan hebat buat Husam Musa apabila, Tok Guru Harun Din meminta ahli dan pemimpin PAS mematuhi pendirian Presiden PAS yang tidak mewajibkan mengikuti himpunan yang di adakan Anwar Ibrahim. Malahan ada pemimpin PAS yang pro kepada kepimpinan Ulama PAS menyatakan enggan mengikuti himpunan yang di adakan Anwar Ibrahim setelah Hadi Awang menyatakan tidak menjadi satu kewajipan untuk ahli dan pemimpin PAS untuk sertainya.

Apa yang Pisau Kedah dapat lihat.. Pemimpin PAS yang pro kepada kepimpinan Ulama PAS kini sudah menyedari akan bahayanya sekiranya di biarkan PAS berada di dalam telunjuk Anwar Ibrahim dengan menggunakan parasit anwarinas dalam PAS.

Pisau Kedah berharap kepimpinan Ulama PAS dapat menghapuskan segala pengaruh Anwar Ibrahim di dalam PAS.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan