Sabtu, 15 Jun 2013

Hot !!! Kedah Patut Bertegas Di Dalam Isu Air Dengan Pulau Pinang !!! #HanyaDiKedah


Selama berpuluh-puluh tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengemis belas daripada Kerajaan Negeri Kedah agar menyalurkan air mentah kepada negeri berkenaan. Ketika Pulau Pinang berada di bawah Barisan Nasional, masalah tidak banyak timbul ekoran negeri Kedah juga ditadbir oleh Barisan Nasional dan persefahaman mudah dicapai. 

Namun apabila Pulau Pinang berada di bawah Lim Guan Eng dan DAP, lain pula ceritanya. Lim Guan Eng yang diketahui sangat gemar bercakap besar dan berlagak seolah-olah dia seorang Ketua Menteri yang sangat hebat, pernah berkonfrontasi dengan bekas Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak berhubung isu air mentah. 

Lim Guan Eng berkeras enggan membayar walau satu sen pun kepada Kerajaan Negeri Kedah walaupun pada masa yang sama, amat berharap Kedah tidak menyekat bekalan air mentah kepada Pulau Pinang. Apabila Azizan berkeras dan mengancam untuk memanjangkan kes berkenaan ke mahkamah menerusi proses undang-undang, Lim Guan Eng dengan segera mendapatkan Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim agar mereka bertiga berunding bagi pihaknya dan bagi membolehkan Pulau Pinang terus menikmati air percuma dari Kedah tetapi mengenakan bayaran yang tinggi kepada penduduk Pulau Pinang. 

Memandangkan pentadbiran negeri Kedah sudah berubah, manakala Lim Guan Eng pula masih kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, maka sudah sewajarnya Kerajaan Negeri Kedah memperbetulkan semula segala kesilapan sebelum ini. Tiada yang percuma perlu diberikan kepada sebuah negeri di mana Ketua Menterinya cukup sombong dan angkuh. 

Pemberian secara percuma tidak pernah dihargai oleh Lim Guan Eng mahupun DAP. Bahkan mereka beranggapan ia adalah kewajipan Kedah untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. 

Kedah sudah kalah kepada Pulau Pinang dalam beberapa hal dan kes. Tuntutan Kedah untuk mengembalikan semula Pulau Pinang sebagai salah sebuah daerahnya, nampaknya semakin kelam dan tidak berpenghujung. Sudah tidak kedengaran lagi suara-suara yang mahu menuntut Pulau Pinang agar dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Kedah. Sebaliknya, Pulau Pinang dibiarkan terus menjadi sebuah negeri sekalipun sebenarnya Kerajaan Persekutuan sendiri terikat dengan perjanjian menerusi Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. 

Sudahlah kehilangan dua buah daerah, nampaknya Kedah juga bakal kehilangan air mentah tanpa mendapat sebarang pampasan daripada Pulau Pinang. Lim Guan Eng mungkin berasakan dia seorang Ketua Menteri yang bijak kerana berjaya menakut-nakutkan Kedah dan pentadbiran negeri. Kali pertama dia berjaya menggertak dan memperdayakan pentadbiran Kedah yang diterajui Azizan Abdul Razak. 

Adakah kali ini, ketika Kedah di bawah pentadbiran Mukhriz Mahathir, dia juga akan berjaya melakukannya?

Adakah Kedah akan terus memberikan khidmat percuma kepada Pulau Pinang, atau barangkali Kedah sudah mula memikirkan kaedah untuk mendapatkan pampasan atau bayaran daripada Pulau Pinang setelah sekian lama Kedah bertindak sebagai badan kebajikan untuk Pulau Pinang?

Kedahan69

Tiada ulasan:

Catat Ulasan