Dah beberapa hari Pisau Kedah menyepi dari up-date blog.. Al-Maklum la Broadband dan Streamyx dah kena potong beberapa hari yang lepas..Ni pun dok up-date kat kedai nasi kandaq aja nak tengok apa yang di fitnah puak PAS Kedah terhadap YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir.
Pisau Kedah di beri tahu sahabat-sahabat Pisau Kedah dalam TMK.. YAB Dato'Paduka Mukhriz Mahathir, MB Kedah telah di serang bertalu-talu oleh blogger PAS dengan fitnah bagi menjatuhkan imej YAB MB Kedah di mata rakyat Kedah.
Sebelum ini blogger PAS Kedah telah memfitnah YAB MB Kedah dengan mengatakan YAB MB Kedah telah mengharamkan Kuliah Agama di Kediaman Rasmi MB Kedah, di Sri Mentaloon (Klik Sini) namun ianya terkantoi apabila YAB MB Kedah mengadakan program tersebut pada 8hb JUN yang lalu.
Demi mahu menutup malu setelah terkantoi melakukan fitnah yang di lakukan mereka terhadap YAB MB Kedah, blogger PAS Kedah telah mula mengada-adakan cerita yang kononnya Kuliah Agama pada 8hb itu adalah atas desakan orang ramai kepada MB Kedah serta MB Kedah mendapat tekanan dari Mufti Kedah.. Namun sekali lagi blogger PAS Kedah terkantoi melakukan fitnah terhadap YAB MB Kedah apabila Dato' Mufti Kedah sendiri menafikan perkara tersebut dan mengatakan bahawa berita yang di lemparkan blogger PAS Kedah hanyalah tomahan dan fitnah sahaja... Kalau tak percaya dengar sendiri apa yang di katakan Dato Mufti Kedah tentang fitnah yang di lemparkan blogger PAS Kedah..
Setelah berkali-kali kantoi fitnah terhadap YAB MB Kedah.. Fitnah yang di lemparkan tidak terhenti di situ saja apabila satu lagi fitnah yang di lemparkan blogger PAS Kedah terhadap YAB MB Kedah apabila menuduh Isteri YAB MB Kedah telah menyewa satu bot eksklusif untuk ke Langkawi bersama YAB MB Kedah untuk menyaksikan tandatangan MoU diantara LADA dengan pelabur Pekan Artisan bagi membangunkan taman tema di Langkawi yang bernilai RM 1.2 Bilion.
Apa yang di ceritakan blogger PAS Kedah.. bot eksklusif itu di sewa oleh Isteri MB Kedah kerana enggan menaiki feri bersama orang awam.. Benarkah cerita tersebut yang kononnya di perolehi blogger PAS Kedah itu dari seorang KCS ??.
Setahu Pisau Kedah.. YAB MB Kedah ke program tersebut dengan menaiki Kapal Terbang dan bukannya menaiki bot eksklusif seperti yang di dakwa blogger PAS Kedah yang kononnya di sewa isteri YAB MB Kedah.
Ehhh... Satu lagi.. Betul ka isteri YAB MB Kedah pergi ke program tersebut di Langkawi dengan MB Kedah ??.. Tak rasa berdosa memfitnah ka apabila blogger PAS Kedah kata Isteri YAB MB Kedah turut bersama ke program tersebut ??
Semenjak parasit dalam PAS, Si Mahfuz Omar menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah semakin teruk Pisau Kedah lihat fitnah yang di lemparkan.. Apa yang dapat di lihat tahap pemikiran blogger PAS Kedah sekarang ni pun dah sama macam Pesuruhjaya mereka yang memiliki taraf pemikiran semacam budak PASTI.
Pisau Kedah cuma nak pesan la kat blogger PAS Kedah ni "Berat dosa yang terpaksa di tanggung oleh orang yang suka memfitnah" .. Islam menganggap fitnah ni satu sifat MAZMUMAH (tercela) dan ianya di larang oleh Allah S.W.T.
Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi maha Pengasihani".Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas menghuraikan persoalan fitnah.
• Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam."
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
Ini membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata hanya kepada perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain. Kalau tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan maka adalah lebih baik berdiam diri sahaja.
• Hadis riwayat Ahmad dan Tharani;
"Barang siapa yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di depan orang ramai''.
• Rasulullah s.a.w. ditanya tentang kelakuan apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga. Jawab baginda: "Taqwa kepada Allah dan keindahan akhlak, dan ketika baginda ditanya: "Apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka?" Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan".
• Allah memberi amaran kepada golongan yang suka berbohong dan berdusta di dalam firman-Nya bermaksud: "Maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang kafir?"
(Surah az-Zumar ayat 32).
• Allah berfirman bermaksud:
"Mahukah Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan-syaitan itu) sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta."
(Surah asy-Syuaraa' ayat 221-223)
• Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Tidak beriman seseorang itu dengan sempurna sehingga ditinggalkan pembohongan sama ada semasa senda gurau atau semasa bersengketa atau perbalahan."
• Imam Ja’far al-Sadiq AS berkata,
“Orang yang mengada-adakan cerita palsu tentang orang Mu’min dengan tujuan untuk menghinanya, Allah akan menghinanya pada Hari Pengadilan.”
• Riwayat Muslim, "Seseorang yang sudah cukup disebut pendusta (pembohong) jika ia berbicara hanya atas dasar setiap apa yang ia dengar."
• Yahya bin Mu'aadz Arrazi berkata:
Jadikanlah bahagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik:
• Jika engkau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikan
(merosakkannya)
• Jika engkau tidak dapat menyenangkannya, maka jangan menyusahkannya
• Jika engkau tidak memujinya, maka jangan mencelanya
• Sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang) maka Allah akan menutup kecelaannya (hal-hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya.”
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).
• Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Abid-Dunya bermaksud:
“Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya.”.
• Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah telah bersabda: "Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah".
Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu?
Rasulullah bersabda: "Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina".
• Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Janganlah kamu saling benci-membenci, dengki-mendengki dan sindir-menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya".
• Memperkatakan sesuatu bermaksud buruk amat ditegah. Ini dinyatakan dalam Firman Allah yang bermaksud: “Allah tidak suka kepada perkataan buruk yang dikatakan terang-terang. Kecuali (hanya di muka pengadilan saja) oleh yang dianiaya.”
(Surah an-Nisa, ayat 12)
• Hadis Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Huzaifah r.a katanya:
Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak masuk Syurga orang yang suka menabur fitnah."
• Allah meletakkan dosa membuat fitnah lebih buruk kesannya daripada membunuh. Firman Allah bermaksud: “...fitnah itu besar (dahsyat) dari melakukan pembunuhan...” (Surah al-Baqarah, ayat 217).
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat. Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:”Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ? Sehingga syaitan akan berkata:” Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?” Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.”
Riwayat Bukhari Dan Muslim
fitnah, mengumpat dan mengata kat org alamatnya semua amalan-amalan baik si polan-si polan habis dapat kat org lain, si polan pula mendpt penuh dgn dosa, insaf lah macam mana hamba ALLAH akan mati dan mengadap ALLAH nanti
BalasPadamjangan dua kali lima...lima kali dua sudahlah...
BalasPadamTdk dua kali limah lah yg JAHAT dan kaki fitnah siang malam mmg jentera PAS. Manusia berjiwa YAHUDI PAS ni depa tkkn berhenti dr menyesatkan anak Adam Melayu dr terus skong kebaikan Krjn UMNO.
BalasPadamDepa giat main fitnah sbb depa takut rahsia dn kekotoran pentadbiran PAS terbongkar. Jd utk cpt2 main perang saraf mereka mulakan dulu serangan.
Bangsa PAS Laknatullah ini bngsa yg tk serik dan tidak gerun dgn ayat2 Allah.
mcm mana mreka main2 dgn HUDUD yg bg mereka letak WAJIB KHTAEI, mereka jugalah yg langgar hukum tersebut dan tidka tegakkan walau secebis dr undang2 HUDUD.
Jd modus operandi yg sama digunakan, ke atas Rosmah dan Najib, pd Mukriz.
Jentera perang saraf mereka tahu fitnah pd Rosmah mmg berjaya makan PRU13 utk tarik undi benci BN. Melayu2 bodoh ini percaya dgn taktik kotor ini..
Jd taktik ini terus dimainkn kdp pemimpin2 yg mereka geruni, skrg Mukriz pula. Cara utk jatuhkan imej dan berikan kebencian maksimum pd UMNO melalaui isteri.
Hati2lah dgn dakyah JAHAT PAS.
Kita jgn igt PAS akan insaf dan bertaubat Nasuha wpun PRU13 mereka GAGAL dan hanya jd ANJING suruhan PKR dan DAP shj, mereka tidak ada malu pd makhuk dan juga TUhan!
Jd usah belas kasihan pd PAS, lanyak cukup2, cantas awal2 kakitangan Wisma Darulaman yg jd spy mereka!
Semoga Allah melaknat PAS ini dgn kerj ajahat dan zalim mereka. Mereka rosakkan Kedah!
Dah banyak kali jugak aku bagi cadangan tapi mungkin belum lagi kat blog2 pro BN Kedah...
BalasPadamBila ada fitnah dari blog lain yang nak dibuat penjelasan, sila berikan link blog berkenaan, atau sekurang2nya screenshot blog itu. Biar senang pengunjung kenal siapa yang buat fitnah secara tepat dan sahih.
Mungkin sebulan sekali boleh senaraikan blog mana yang terpilih jadi TOP 10 Pemfitnah Handalan sekali dengan senarai usaha depa ni. Insyaallah siapa pun taknak duduk ditangga teratas.
Salam perjuangan, mohon jasa baik tuan utk pautkan blog sy didlm blog list hebat tuan, trima kasih...
BalasPadam