Khamis, 13 Jun 2013

Tu Dia Kantoi !!! @MukhrizMahathir Ubah Suai Pejabat Guna Duit Rakyat ?? #HanyaDiKedah



Apa.... ?? MB Kedah, YAB Dato Paduka Mukhriz Mahathir ubah suai pejabatnya di Wisma Darulaman guna duit rakyat ??

Cerita ini sebenarnya telah di sebarkan oleh blogger PAS Kedah yang kini sedang sibuk dok meroyan kegembiraan setelah berjaya mengambil alih semula kerusi pembangkang di Kedah dari BN pada PRU13 yang lalu.


Ish... Ish.... Bila pulak YAB MB Kedah dok ubah suai pejabatnya di Wisma Darulaman ??.. Setahu Pisau Kedah last sekali pejabat MB Kedah tu telah di ubah suai adalah semasa zaman mantan MB Kedah Ustaz Azizan Razak. Tapi benda tu pihak TMK tidak jadikan ianya satu isu kerana hak MB la untuk ubah suai pejabatnya untuk keselesaan nak buat kerja.

Untuk mendapat kepastian cerita yang di hebohkan blogger PAS Kedah ni.. Pisau Kedah bertanya kepada rakan Pisau Kedah yang berkerja di dalam Wisma Darulaman.. Benarkah pejabat MB di ubah suai seperti yang di hebohkan puak blogger PAS Kedah ni ??

Dia kata.. "Ishh.. mana ada dok ubah suai apa-apa pun.. Kerusi,meja dan peralatan dalam pejabat pun dok pakai yang zaman Ustaz Azizan lagi."

"Hang tak kan tak kenal kot puak-puak blogger PAS Kedah ni..  Depa dengan fitnah tak dapat di pisahkan, dah jadi makanan harian depa".

Hummpp...apabila dengar jawapan dari sahabat Pisau Kedah tu, Pisau Kedah tertanya-tanya dalam hati Pisau Kedah.. "bila la puak-puak blogger PAS Kedah ni nak berhenti dari membuat cerita sehingga boleh menimbulkan fitnah ??.. Depa ni tak takut ka dengan azab api neraka.?"

Oppss... Pisau Kedah terlupa yang depa ni ada tiket ke syurga yang telah di beri PAS.. Fitnah macam mana pun tetap masuk syurga ciptaan PAS..

Tentang pegawai media YAB MB Kedah yang mai dari Kuala Lumpur tu ... puak blogger PAS Kedah ni DENGKI kot dengan dia sebab di lantik sebagai pegawai media ?

Pisau Kedah kenal sangat dengan pegawai media MB Kedah tu dia punya kerja A++ la.. Lagi pun dia bersama YAB MB Kedah semasa YAB MB Kedah masih lagi baru berkecimpung dalam dunia politik. 

Kami blogger Kedah yang sememangnya anak jati Kedah tak pernah ada perasaan hasad dengki pun setelah dia di lantik sebagai pegawai media MB.. So pasai apa blogger PAS Kedah kalut sangat nak dengki dengan dia ??



Tiada ulasan:

Catat Ulasan