Sejak beberapa hari ini.. Pisau Kedah melihat kerusi Naib Ketua Pemuda (NKP) UMNO Malaysia agak panas apabila satu pendedahan tentang seorang Ketua Pemuda UMNO Negeri (KPUN) di sebuah negeri tanah air yang berstatus koperat memegang berpuluh syarikat hendak bertanding sebagai NKP (Klik Di Sini)
Pisau Kedah tidak kisah sekiranya KPUN tersebut yang juga merangkap ahli keparat... oppps silap !!!.. ahli koperat hendak bertanding sebagai NKP.. Tapi KPUN tu pasti ka imejnya sebagai ahli koperat memiliki mampu menarik sokongan dari golongan pemuda ??.
Harus di ingat.. Pada PRU 13 yang lalu sokongan pemuda di Malaysia tidak memihak kepada BN atas kelemahan Pemuda Parti. Ada segelintir Ketua Pemuda UMNO di peringkat bahagian gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pemuda sehingga menyebabkan UMNO gagal mendapat sokongan dari golongan Pemuda pada PRU13 yang lalu.
Bagaimana Ketua Pemuda UMNO Bahagian hendak mendapat sokongan golongan pemuda sekiranya sebulan sekali nak jumpa di bahagian agak susah . Bila di tanya dikatakan asyik sibuk dengan bisnes atau asyik sibuk dengan menjaga pak-pak menteri di Pusat.
Tolong la.. Kepada ahli koperat yang merasakan dirinya mampu membahagikan masa kepada tanggungjawab kepada jawatan dalam UMNO dan bisnes tak apalah untuk bertanding apa-apa pun jawatan .. Tapi kalau merasakan memegang jawatan dalam UMNO merupakan jalan mudah untuk mengKAYAkan diri atau menambah koleksi syarikat.. Baik tak payah la bertanding.. UMNO bukan untuk di keparatkan.
Kepimpinan tertinggi UMNO perlu serius dalam menentukan hala tuju UMNO sekarang kerana PRU14 merupakan tali pengukur kepada masa hadapan UMNO yang merupakan sebuah parti keramat. Sekiranya Pemuda UMNO Malaysia masih lagi gagal menarik perhatian golongan pemuda di Malaysia.. UMNO boleh say hai... hai.. Bye... Bye kepada Putrajaya selepas ini.
off white jordan 1
BalasPadamyeezy shoes
balenciaga sneakers
golden goose
longchamp handbags
golden goose shoes
yeezy boost 350
supreme clothing
balenciaga sneakers
nike sneakers