Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, Utusan Malaysia tidak wajar dijadikan 'kambing hitam' kerana buku Laporan Ekuiti itu terlebih dahulu telah tersebar di cawangan-cawangan DAP di seluruh negara.
"Banyak perkara dalam Laporan Ekuiti itu menimbulkan persoalan, namun mereka tidak patut menggunakan isu daripada buku itu dan Utusan Malaysia untuk mengalih perhatian umum tentang CEC parti DAP yang perlu diadakan.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh dalam beberapa portal hari ini bahawa beliau telah mengemukakan surat tuntutan yang perlu dijawab Utusan Malaysia tentang dua artikel berkenaan Laporan Ekuiti sebelum tindakan saman diambil.
Menurut David, DAP akan menggunakan apa jua cara untuk mengelirukan rakyat termasuk menyatakan parti itu akan diharamkan oleh ROS jika pemilihan semula CEC tidak diadakan dan mengheret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kemelut parti itu.
Katanya, segala tindak-tanduk DAP adalah bagi mengalihkan perhatian rakyat terhadap kepincangan yang berlaku dalam pemilihan CEC parti itu tahun lalu sehingga ROS mengarahkan pemilihan semula diadakan.
Sementara itu, bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, DAP tidak sewajarnya menyalahkan Father Augustus dan Utusan Malaysia terhadap segala kemelut yang berlaku di dalam parti.
"Mereka hendak kata Father Augustus tidak wujud tetapi ada juga berkata Father Augustus pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum berpisah kerana mengamalkan nepotisme parti," katanya.
Katanya, masyarakat tidak akan mudah terpedaya dengan helah licik DAP kerana isu kepincangan dalam pemilihan CEC itu serta arahan ROS telah dibuat sebelum pendedahan Father Augustus.- Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan