Selasa, 8 Oktober 2013

@MuhyiddinYassin Yakin BN Ada Kemampuan Untuk Menang Di #PrkSgLimau #KedahAmanMakmur


YAN - Barisan Nasional (BN) bersedia menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau kerana mahu menawarkan khidmat bakti kepada rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun Dun Sungai Limau dianggap kubu kuat Pas, tetapi BN juga pernah menang di kawasan Dun itu.

"Prospek menang ada. Tak boleh andaikan hanya kerana sejarah kawasan ini dimenangi oleh Pas yang terakhir oleh Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (pada pilihan raya umum ke-13).

"BN macam biasa nak tawarkan khidmat bakti dan perjuangan yang kita boleh lakukan untuk membela penduduk di Sungai Limau. Sebab itu kita bersedia bertanding, buat yang terbaik supaya Dun Sungai Limau akan terus dimajukan dan dibangunkan," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pimpinan BN dan Umno peringkat negeri Kedah dan Bahagian Jerai di sini hari ini.

Katanya BN telah mempunyai profil pengundi di kawasan Dun Sungai Limau supaya ia dapat memenuhi aspirasi pepiala malaysiangundi serta membantu mereka. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan