Khamis, 27 Februari 2014

Panas !!! "Anwar Lemah Dari Tun Daim" Saifuddin Pukul Anak Untuk Sindir Menantu



Pudin si muka bulan ni sebenarnya nak backup bosnya Anwar. Sesambil tu dia nak perli Tun Daim. Umum di Malaysia tahu, siapa Tun Daim Zainudin. Seorang ahli perniagaan yang berjaya, malah sebelum menyertai politik pun, kita dah tahu Tun Daim sememangnya seorang jutawan yang mempunyai perniagaan diserata dunia.

Cuma, berbeza dengan Anwar, Tun Daim kaya sebab bisnesnya sendiri, tetapi Anwar kaya sejak dia masuk politik dan memegang jawatan Menteri Kewangan. Sejak Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, hartanya bertimbun-timbun, proksi-proksinya hidup mewah, malah dalam beberapa tahun saja Aset kepunyaan Anwar dah mencapai lebih 4 billion!

Kalau tak percaya cuba baca kisah kroni Anwar dibawah,

Kroni-Kroni Anwar Ibrahim 

Kroni Anwar adalah individu ke-3 terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Lee Shin Cheng, ketua Kumpulan IOI, salah satu peneraju pengendali ladang kelapa sawit terbesar dunia. Aset beliau bernilai AS$3.2 bilion. IOI pernah juga diterajui oleh bapa kepada Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim. 

Bapa Anwar, Datuk Ibrahim Abdul Rahman merupakan bekas ahli parlimen dan bekas Setiusaha Parlimen Kementerian Kesihatan. Selepas beliau bersara, Dato Ibrahim telah menjadi pengerusi IOI Group dimana Tan Sri Lee Shin Cheng merupakan pemilik dan pemegang saham utama. 

Berita Harian, 8 Disember 1998 melaporkan bapa Anwar miliki saham dalam 20 syarikat. Anwar Ibrahim mengamalkan kronisme, nepotisme dan kolusi. Anwar membisu bila didedahkan terhadap kepentingan perniagaan keluarga dan rakan rapatnya. Senarai Pendaftar Syarikat menunjukkan anggota keluarga Anwar dan rakan rapatnya adalah peneraju korporat yang penting. 

Sebelum Anwar menjadi Menteri, sewaktu menjadi mudir Yayasan Anda, nama ayahnya sebagai tokoh korporat tidak timbul. Bila Anwar menjadi menteri, terutama sekali sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri tuah Pak Ibrahim melonjak naik. IOI mempunyai hartatanah yang banyak di berbagai-bagai negeri. Malah di Sabah saja dikatakan hartatanah IOI melebihi 50,000 hektar. 

Utusan Malaysia melaporkan pada 19 Jun 1998 ; 

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. 

Pada 2 Mei 1998, bapa Anwar, Dato’ Ibrahim Abdul Rahman, memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan 3,790,500 saham Nissan Industrial Oxygen Incorporated manakala adik-beradik Anwar, Farizon memiliki 250,000 saham Pengkalen Holdings Berhad dan Marzukhi memiliki 2,800,000 saham Penas Corporation. 

Bapa Anwar juga menjadi Pengerusi bagi Syarikat IOI Corporation. 

Kaitan bapa Anwar Ibrahim dengan IOI dibongkar oleh Majalah Antarabangsa ASIAWEEK, majalah ini membongkar kaitan tersebut 

(http://www-cgi.cnn.com/ASIANOW/asiaweek/98/0703/sr_5_alloc1.html). 


Jumlah saham yang diterima oleh bapanya ketika Anwar Ibrahim 
menjadi Menteri Kewangan 

Pendedahan ini menunjukkan bapa Anwar Ibrahim mendapat saham IOI sebanyak 2 juta unit pada tahun 1993. Tahun berapakah Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan? Tahun 1991. 

Mudahnya Anwar menuduh orang lain KRONI dan SALAH GUNA KUASA tetapi apabila dia menjadi Menteri Kewangan, bapanya dianugerahkan saham lebih 6 juta unit ketika Kerajaan rancak melaksanakan dasar penswastaan dan pensyarikatan Malaysia. Dalam pada itu, Datuk Ibrahim telah dilantik menjadi Pengerusi IOI. 

Dilaporkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, saham IOI group telah meningkat secara mendadak. 

Begitu seronok Anwar menuduh orang itu rasuah dan sebagainya. Sedangkan bekas rakan kongsi bapa Anwar merupakan individu ke-3 terkaya di Malaysia ketika ini. Bagaimana boleh kaya? Itu anda kena tepuk dada, tanya Anwar bagaimana Tan Sri Lee Shin Cheng boleh kaya sehingga hari ini.

Sambung cerita kroni Anwar kat SINI

Cuma persamaan diantara kedua-duanya ialah, tak pernah masuk senarai orang terkaya di Malaysia. he he.. Tapi bab mengkayakan kroni, memang Anwarlah paling terer dah hebat!

Sumber :- Kedah Ke KL

Info !!! PR1MA Untuk Rakyat Kedah Kini Berada Di Sungai Petani #Pr1ma #HanyaDiKedah


Kepada Rakyat Kedah terutamanya golongan MUDA yang ingin mengetahui kriteria asas ingin mengetahui bagaimana cara untuk memiliki rumah PR1MA dengan lebih terperinci, sila la datang ke Majlis Pelancaran PR1MA Peringkat Negeri Kedah & Majlis Pecah Tanah Di Sungai Petani pada 1Mac ini di Bandar Utama, Jalan Sidam Kiri (berhadapan Taman Sidam Kiri) pada pukul 2.30 petang.

Majlis pelancaran PR1MA peringkat Negeri Kedah akan di sempurnakan oleh YAB DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dan juga YAB DS Mukhriz Mahathir, Menteri Besar Kedah.

Bagi yang ingin memohon PR1MA secara on line ada boleh melayari web 

"Krisis Air Selangor" Akhirnya @Khalid_Ibrahim Membuang Sifat Kebebalannya


Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor yang telah berlarutan sejak 2008, di Kompleks Perdana Putra, di sini Rabu.

Memorandum tersebut ditandatangani Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang mewakili Kerajaan Persekutuan, manakala kerajaan negeri Selangor diwakili Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dalam MoU tersebut Kerajaan Pusat bersedia menyuntik dana tambahan membantu Selangor mengambil alih empat syarikat konsesi air sekaligus menjadi badan tunggal menguruskan perkhidmatan bekalan air di negeri itu.

Empat syarikat konsesi tersebut yang ditawarkan adalah Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (Splash), dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (Abbas).

Dengan termeterainya Memorandum Persefahaman ini, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor berharap agar syarikat-syarikat konsesi air di negeri Selangor turut memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air demi kesejahteraan rakyat di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dalam MoU itu juga, kerajaan Persekutuan bersetuju menjadi pemudah cara bagi kerajaan Selangor melaksanakan penstrukturan semula industri air melalui Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 (WSIA) dan mana-mana undang-udang yang terpakai.

Sebagai balasan, Kerajaan Negeri Selangor pula akan mengeluarkan kebenaran merancang (Development Order) untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihannya (LRAL2) (Pakej 2A) berkuat kuasa pada hari ini (Kelmarin) dan memastikan semua kelulusan dan kebenaran yang berkaitan pembangunan projek LRAL2 diluluskan dalam masa 30 hari dari tarikh Memorandum ini ditandatangani.

Bukankah senang kalau sejak dari dulu lagi (2008) Khalid Ibrahim berfikiran terbuka didalam menyelesaikan permasalahan air yang terpaksa ditanggung rakyat Selangor dari dulu sehingga sekarang.

Sebelum ini tak perlulah Khalid Ibrahim nak menunding jari menyalahkan Kerajaan Pusat didalam permasalahan air yang dihadapi rakyat Selangor, sedangkan hakikatnya permasalahan air di Selangor tidak mampu diatasi Kerajaan Negeri Selangor adalah berpunca dari sikap EGO Khalid Ibrahim sendiri yang tidak dapat menerima hakikat kegagalannya membuat penstrukturan semula industri air Selangor.

Apabila Khalid Ibrahim gagal mengambil alih EMPAT syarikat konsesi air Selangor untuk membuat penstrukturan semula industri air Selangor, Khalid Ibrahim telah membuat satu tindakan yang kurang bijak apabila enggan memberi kelulusan kepada Kerajaan Pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 di Selangor yang bertujuan menyelesaikan permasalahan air yang dihadapi rakyat Selangor.


Tindakan Kurang bijak Khalid Ibrahim enggan meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 itu dilihat hanyalah bermotifkan dendam semata-mata sahaja kononnya Kerajaan Pusat tidak mahu membantu Kerajaan Negeri Selangor untuk mendesak EMPAT syarikat Konsesi air Selangor menerima tawaran pengambil alihan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan harga murah.

Untuk pengetahuan semua.. Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mendesak ke empat-empat syarikat konsesi air Selangor tersebut untuk menerima tawaran pengambil alihan dari Kerajaan Negeri Selangor dengan harga murah kerana ke empat-empat syarikat konsesi air Selangor tersebut merupakan Syarikat SDN BHD.

Sejak dari mula lagi apabila Khalid Ibrahim mahu membuat penstrukturan semula industri air Selangor, Kerajaan Pusat telah bersetuju dengan tindakan yang mahu dibuat Khalid Ibrahim. Kerajaan Pusat tidak akan menghalang tindakan tersebut sekiranya Kerajaan Negeri Selangor berkemampuan mengambil alih EMPAT syarikat konsesi air yang menguruskan tentang air di Selangor.

Sepatutnya Loji Rawatan Air Langat 2 sudah pun siap di bina Kerajaan Pusat sekiranya Khalid Ibrahim tidak mempolitikannya. Masalah air yang dihadapi rakyat Selangor sudah pun dapat di atasi sekarang ini sekiranya Khalid Ibrahim membenarkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tersebut.







Panas !!! Komen Berbisa Tun M Apabila Di Hukum Anti Hadith #TunMahathir


1. Saya tahu tulisan saya ini tidak akan dibaca oleh orang yang menghukum saya sebagai anti-hadis. Orang lain juga akan dilarang membaca tulisan ini. Mereka yang menghukum saya takut kalau-kalau hukuman mereka dipersoal. Mereka hendak segala-gala yang diperkatakan oleh mereka diterima bulat-bulat sebagai fatwa yang wajib diterima seperti firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran.

2. Orang yang benar, berani. Orang yang takut, takut kerana salah atau mungkin didapati salah.

3. Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

4. Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti-hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang telah diberi gelaran yang sama.

5. Saya juga diberitahu bahawa sebagai seorang yang tidak tahu bahasa Arab maka saya tidak berhak bercakap berkenaan agama Islam.

6. Hari ini kita lihat ummat Islam berpecah, bermusuh sesama mereka, berperang dan membuat kerja orang Yahudi dan Nasrani. Siapakah yang membawa malapetaka ini kepada orang Islam dan Negara-negara mereka. Bukankah mereka fasih dalam bahasa Arab bahkan penasihat dan pemimpin mereka terpelajar dengan dalamnya ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis Nabi. Saya sendiri sering mendengar mereka dari kedua-dua belah, mengeluarkan ayat Quran dan hadis bagi menghalalkan perbuatan mereka.


7. Ya, saya tak tahu bahasa Arab. Justeru itu saya terpaksa terima apa sahaja yang diajar kepada saya dalam bahasa Melayu sebagai ajaran Islam. Apakah kerana saya menerima Islam dalam bahasa Melayu maka ia bukan Islam. Apakah saya tidak Islam. Apakah lafaz dua kalimah syahadat oleh saya tidak boleh diterima.

8. Selain dari khatam Quran semasa umur belasan tahun, saya baca terjemahan Quran dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Ya, memang terjemahan Quran bukan Quran. Tetapi bolehkah kita kata terjemahan ajaran Islam yang diajar kepada kita dalam bahasa Melayu bukan Islam? Jika apa yang disampaikan dlam bahasa Melayu berkenaan agama Islam bukan Islam, majoriti orang Melayu bukanlah Islam.

9. Saya dan rakan-rakan saya pernah dihukum kafir kerana sebagai ahli parti tertentu telah bekerjasama dengan orang kafir. Tidak ada siapa yang fasih berbahasa Arab dan mendalami ajaran Islam yang mempertahankan saya apabila dituduh kafir. Mungkin sebabnya ialah mereka bersetuju saya kafir.

10. Kemudian orang yang mengkafirkan saya bekerjasama dan berpeluk-peluk dengan orang kafir. Tetapi tidak ada orang yang mendalami agama Islam yang fasih berbahasa Arab mendakwa mereka ini kafir. Saya tertanya-tanya apakah kelebihan mereka? Apakah mereka maksum?

11. Orang yang fasih berbahasa Arab dan mengenal diri sendiri sebagai ulama Islam dan mursyid telah berkata ia sanggup bekerjasama dengan syaitan jika syaitan menyokongnya. Orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu larangan dalam Al-Quran terhadap bekerjasama dengan syaitan, tidak membuat tuduhan apa-apa, jauh sekali dari memberi apa-apa label kepadanya. Kenapa?

12. Bukan sahaja orang Arab yang fasih bahasa Arab yang berpecah dan bermusuh sesama Islam, tetapi di Malaysia juga perpecahan berlaku apabila orang yang digelar ulama dan fasih dalam bahasa Arab memisahkan diri dan memecahkan perpaduan orang Islam kerana tidak dapat tempat di dunia, tidak dipilih jadi Yang Berhormat. Sehingga sekarang perpecahan ini berlaku. Maka lemahlah orang Islam dan terpaksalah mereka mengemis untuk mendapat sokongan orang bukan Islam. Maka berpeluk-peluklah mereka. Tidak ada ulama yang berkecuali yang mendesak supaya semua orang Islam bersatupadu dan bersaudara semula.

13. Orang yang sama juga mendakwa bahawa Allah s.w.t. mencarut. Tiada siapa dari orang yang fasih berbahasa Arab dan tahu secara mendalam ajaran Islam yang menyangkal dakwaan ini. Mungkin ada hadis yang berkata demikian. Saya belum jumpa. Sila tunjuk kepada saya hadis yang berkata Tuhan mencarut.

14. Dalam ajaran Islam, ada yang wajib dan ada yang sunnat. Kita diberitahu yang sunnat boleh kita terima dan tunaikan tetapi tidaklah kita bersalah jika kita tidak tunaikan. Tetapi ada gesaan bahawa yang sunnat itu wajib dan mesti diterima dan diamalkan walaupun bercanggah dengan firman Tuhan dalam Al-Quran. 
15. Hadis adalah sunnah Nabi. Saya ingin tahu samada hadis wajib dan mesti diterima. Betulkan saya.

16. Apa pula dengan orang yang utamakan hadis dari firman Allah s.w.t. yang terdapat dalam Al-Quran yang kita terima sebagai wahyu dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam Al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis. Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah s.w.t. atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian. Salahkah jika kita pilih Al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan mesingun perempuan yang dituduh berzina.

17. Bukankah Allah s.w.t. telah berpesan berpuluh kali bahawa “apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil”. Allah s.w.t. juga sebut sebagai tidak suka akan kezaliman.

18. Apakah melabel iaitu menghukum seseorang selepas membaca akhbar atau mendengar lapuran T.V. mencerminkan keadilan yang dituntut dalam Islam. Apakah tanpa memberi peluang kepada yang tertuduh untuk mempertahankan diri, adil di sisi agama Islam. Apakah tanpa membincang dan membahas oleh badan yang dipertanggungjawabkan seperti mahkamah, yang terdiri dari orang yang tidak berkepentingan, adalah cara Islam mengadil.

19. Kita lihat akan betapa buruknya keadaan umat Islam sekarang. Apakah ini kerana sudah ditakdirkan bahawa orang Islam akan ditindas dan agama Islam dihina.

20. Tidakkah Allah s.w.t. berfirman dalam Al-Quran bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesiapa jika ia tidak berusaha menukar nasibnya sendiri.

21. Jika kita ingin menukar nasib dan kita berusaha sehingga terselamat diri kita, bolehkah kita kata ini bukan takdir, atau ini bertentangan dengan kehendak Allah s.w.t.

22. Kita tahu adanya hadis yang sahih dan yang lemah Apabila hadis berbeza atau bertentangan dengan firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran, yang mana satukah yang kita harus terima? Jika kita pegang kepada Al-Quran, apakah ini salah.

23. Apakah kita wajib terima apa saja yang disampaikan oleh orang yang berbahasa Arab yang mempelajari agama walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam dalam Al-Quran dan hadis. Apakah kita mesti iktiraf siapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama. Apakah semua ahli persatuan ulama benar-benar ulama.

24. Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama.

25. Perpecahan umat Islam kepada berbagai mazhab adalah disebabkan oleh orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan Al-Quran tidak suruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita. Kepada mereka agama mereka. Lemahnya umat Islam dan terhinanya agama Islam ialah kerana ajaran mereka yang tidak boleh ditegur, yang tuntut kesetiaan yang tidak berbelah-bahagi hanya kepada mereka.

26. Saya tahu bahawa jawapan kepada tulisan saya ini ialah saya anti-hadis, anti Al-Quran bahkan kafir.

27. Saya tidak lama lagi akan pergi menemui Tuhan saya, Allah s.w.t. Saya akan diadili oleh Kadzi Rabbul Jalil. Saya tidak tahu apakah akan disahkan segala tuduhan terhadap saya atau tidak. Tetapi yang saya tahu dan yakin ialah pengadilan oleh Allah s.w.t. tetap adil. Dan saya terima apa sahaja hukum yang dijatuhkan ke atas saya.

Sumber :- Che Det
Dalam isu Ahmad Kasim didakwa anti hadith, Ayahnda Tun M juga turut dilabelkan sebagai seorang yang anti hadith kononnya Tun M merupakan penyokong Ahmad Kasim hanya kerana Yayasan yang di naungi Ayahnda Tun M menaja program tersebut.

Sebenarnya program tersebut bukannya di taja oleh Yayasan yang di naungi Ayahnda Tun M.. Sebaliknya tempat Yayasan terbabit hanya menjadi lokasi seminar sahaja dan Ayahnda Tun M itu diberi penghormatan untuk merasmikannya.

Ketua Jawatankuasa Penaja seminar tersebut ialah Tuan Haji Nik Abdul Aziz Nik Hassan. Beliau ialah pengasas Parti Keadilan Nasional (KeADILan), bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kelantan dan sehingga kini masih menjadi ahli PKR yang mendukung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah menurut sumber, sepatutnya Nurul Izzah Anwar juga sepatutnya hadir dalam Seminar ini.

Mengapa Penaja Seminar tersebut tidak di labelkan anti hadith juga ?.. Apakah disebabkan Penaja merupakan penyokong kuat Pakatan Haram maka ianya tidak di kira anti hadith..?

Sepatutnya sebelum hendak melabelkan sesiapa pun anti hadith. Perlulah ada asas penerangan agar orang lain boleh memahami mengapa pihak yang di tuduh anti hadith itu terbukti dia merupakan seorang anti hadith.

Kalau setakat buat andaian.. Pisau Kedah juga boleh membuat andaian untuk menghukum PAS.. Pisau Kedah boleh tuduh PAS sokong Umat Islam Murtad kerana PAS berkerjasama dengan Ambiga yang menjadi peguam bela Lina Joy untuk Murtad.. Selain itu Ambiga juga merupakan individu yang bertanggungjawab membawa tuntutan IFC, 14 perkara yang benar-benar menghina Islam.

Rabu, 26 Februari 2014

Info Gajet : Samsung S5 Dengan Sistem Kamera Canggih Telah Di Lancarkan


CEO Samsung J.K. Shin melancarkan Samsung Galaxy S5 di Mobile World Congress. 

BARCELONA: Samsung menampilkan Samsung Galaxy S5 dengan sistem camera canggih, rangkaian hubungan pantas selain ciri keselamatan terkini, pada persidangan dan pameran Mobile World Congress 2014 di Barcelona, Sepanyol, awal pagi tadi.

Dengan resolusi kamera 16 megapiksel, S5 turut menawarkan sistem fokus automatik terpantas di dunia sehingga 0.3 saat selain menaik taraf kualiti High Dynamic Range (HDR) untuk menghasilkan pencahayaan serta warna yang lebih terang.

Presiden merangkap Ketua Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi Mobile Samsung, JK Shin berkata, S5 direka khusus untuk memenuhi keperluan sebenar pengguna tanpa mengabaikan ciri-ciri asas yang menobatkan siri gajet berkenaan sebagai salah satu peranti paling popular di dunia.

"Pengguna tidak mahu teknologi yang terlalu kompleks dan rumit. Mereka mahu kamera yang ringkas tapi mempunyai keupayaan tinggi," jelasnya.


Dari segi fizikal, ia sama seperti model terdahulu dengan bahan plastik premium namun dengan rekaan yang lebih moden seperti liang kecil untuk tampak lebih elegan dan mudah dipegang.

Skrin lebih besar iaitu 5.1 inci Full HD Super AMOLED pastinya menjanjikan kepuasan pengguna ditambah dengan pemproses 2.5 GHz Quad-core dan generasi kelima Wi-Fi 802.11ac serta 2X2 MIMO yang menyokong frekuensi LTE kategori 4.

Untuk pengguna yang mendambakan kepantasan Internet, S5 didatangkan dengan Download Booster, teknologi Wi-Fi yang menggabungkan kelajuan Wi-Fi dan LTE untuk meningkatkan kelajuan data.

Gajet yang ditawarkan dalam empat warna iaitu hitam, putih, biru dan emas ini juga tahan percikan air serta debu IP67 dan ditambah baik dengan fungsi keselamatan menggunakan pengimbas cap jari, yang mana turut boleh digunakan untuk tujuan pembayaran online.

Spesifikasi

Produk: Samsung Galaxy S5
OS: Android 4.4.2 Kitkat
Dimensi: 5.60 x 2.85 x 0.31 inci
Berat: 145g
Paparan: 5.1 inci HD Super AMOLED
Kamera: 16MP
Kamera depan: 2MP
CPU: 2.5GHz Quad Core
Memori: 16/32/64GB
Slot kad: microSD
Bateri: 2,800mAh
RAM: 2GB

:- HM

Tu Dia.. !!! "Di Sebabkan Taksub Politik Seperti PAS" Tiga Kanak-Kanak Terbunuh


Bangkok: Seorang budak berusia enam tahun menjadi kanak-kanak ketiga terbunuh dalam keganasan politik yang melanda Thailand.

Kanak-kanak itu mati selepas cedera dalam serangan bom tengah hari kelmarin di kawasan beli-belah berhampiran lokasi penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul.

Adik lelakinya berusia empat tahun dan seorang wanita turut terkorban dalam letupan yang menyebabkan darah membasahi jalan raya di kawasan menempatkan gerai, hotel mewah dan pusat beli belah utama. Sebelum ini, seorang budak berusia lima tahun ditembak mati oleh orang tidak dikenali ketika perhimpunan penunjuk perasaan antikerajaan di Trat, wilayah timur Thai.

Kematian tiga kanak-kanak yang mengejutkan itu mendapat kritikan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-Moon.

Dalam kejadian kelmarin, polis berkata, penyerang menggunakan pelancar bom jenis M79 untuk menyasarkan orang ramai.

Sementara itu, seorang anggota polis juga mati semalam, hampir seminggu selepas ditembak di kepala ketika kejadian berbalas tembakan dengan penunjuk perasaan.

Enam orang termasuk dua polis terbunuh dalam kejadian itu.

Jumlah kematian terbaru itu menjadikan angka korban sepanjang empat bulan tunjuk perasaan antikerajaan diadakan kepada 21 orang. Keganasan itu turut mencederakan 700 yang lain.

Kebanyakan keganasan berlaku di Bangkok.

Krisis melanda Thailand ketika ini adalah terburuk sejak tunjuk perasaan Baju Merah yang menentang kerajaan pimpinan Parti Demokrat pada 2010 mencetuskan rusuhan dan rampasan kuasa tentera meragut 90 nyawa.

Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dalam akaun Facebooknya mengecam serangan hujung minggu itu disifatkannya sebagai ‘keganasan untuk kepentingan politik’ dan berkata, kematian kanak-kanak terbabit sungguh menyedihkan. - AFP

"Syukur Alhamdulillah" Imam Baling Kasut Kini Telah Insaf Dan Bersyukur Terima BR1M


25 FEB: Masih ingat lagi kisah Hoslan Hussin, seorang lelaki yang bertindak biadap membaling selipar ke arah barisan panel Hakim Mahkamah Rayuan?

Hoslan, Ahli PAS seumur hidup yang dikenali sebagai “Imam Hoslan”, pernah mendapat perhatian umum apabila menghiasi dada akhbar serta mendapat liputan berita televisyen akibat perbuatan beliau itu hingga digelar “Imam Baling Selipar”.

Ketika itu Hoslan sedang menjalani perbicaraan di Mahkamah Rayuan kerana turut terbabit dalam perhimpunan jalanan Bersih, Blackout dan pelbagai demonstrasi tanpa permit yan g lain.

Akibat tindakan membaling selipar itu Hoslan dihukum penjara setahun oleh Mahkamah Persekutuan atas kesalahan menghina mahkamah.

Beliau telah selesai menjalani hukuman penjara berkenaan dan kini insaf.

Malah Hoslan turut menerima wang skim BR1M 1.0, BR1M 2.0 dan terbaru BR1M 3.0 yang sedang diagih sekarang serta bersyukur dengan pemberian ikhlas Kerajaan Persekutuan itu.

Hoslan yang baru kembali dari Yaman kerana menghantar anaknya belajar di sana memaklumkan telah di jemput oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyampaikan ceramah motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara.

Ikuti rakaman video temu ramah pengakuan yang dibuat Hoslan yang boleh disifatkan penyokong tegar PAS kepada Minaq Jinggo.



Semoga “keinsafan” dan kematangan yang ditunjukkan Hoslan ini benar-benar ikhlas.-bnbbc.my

Selasa, 25 Februari 2014

Hot !!! Dokumen Rahsia Penyelewengan Cilaka @teresakok Di Dedahkan


PUTRAJAYA - Bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan tegas terhadap bekas majikannya kerana didakwa melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam parti.

Menurut Tony Tan, 50, Teresa banyak melakukan 'perkara tidak betul' dan melanggar perlembagaan parti.

"Saya datang ke pejabat ROS hari ini bagi mendedahkan dokumen rahsia yang melibatkan kesalahan beliau (Teresa).

"Saya pernah bertanya kepada Teresa mengenai duit derma parti Januari lalu, tetapi masih tidak dijawab dan di mana duit derma tersebut masih menjadi tanda tanya. Saya juga hendak menjelaskan, Teresa juga telah gagal untuk melaporkan aktiviti tahunan DAP Seputeh kepada ROS," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Tony berkata, beliau menjadi pembantu peribadi Teresa dari tahun 2004 sehingga 2005, menyertai DAP cawangan Seputeh pada tahun 2002, sebelum keluar parti pada tahun 2007.

Menurutnya laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah

dibuat dua minggu lepas, manakala laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka diadakan minggu depan.

Dakwanya lagi, "...selain itu banyak lagi penyelewengan lain yang Teresa lakukan dan saya berharap ROS meneliti dokumen yang saya hantar dua," dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Tony turut berharap ROS dapat melakukan mengambil tindakan ke atas Terasa bagi memastikan DAP bersih daripada segala 'kekotoran' yang berada di dalam parti tersebut.

"...saya berharap ROS  guna kuasanya untuk menahan Teresa kerana beliau banyak melakukan onar dan penyelewengan di dalam parti DAP," tegasnya. -SH-

Hot !!! PKR Hanya Melepas Batok Di Tangga Dalam Isu Saman @abdulhadiawang

KEADILAN BERPENDIRIAN KES SAMAN TIDAK PERLU DITERUSKAN

Saya rujuk kes saman fitnah di mana Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS telah diarah mahkamah untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada bekas calon KEADILAN bagi kerusi DUN Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Pimpinan KEADILAN telah mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman ini tidak perlu diteruskan. Namun sdr Mohd Shamsul telah bertegas bahawa beliau perlu membersihkan nama dan maruah beliau akibat dakwaan yang dibuat sewaktu PRU13.

Walau bagaimanapun, pimpinan KEADILAN akan mengambil langkah perlu untuk membolehkan kes ini dapat diselesaikan dengan baik dan penuh hikmah, demi kebaikan dan kesepakatan bersama.

Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Tak perlulah PKR nak menegakkan benang yang  sudah basah.. Apa-apa pun cara yang hendak dilakukan PKR.. PKR telah mencalarkan imej PAS sehingga rakyat melihat Presiden PAS, Hadi Awang seorang pemfitnah..


"SELAWAT PERDANA" Bakal Menyatukan Umat Islam Di Putrajaya @TengkuAdnanReal @NajibRazak #SelawatPerdana


Sebelum ini Putrajaya pernah digemakan dengan bacaan selawat dan qasidah ketika Program Putrajaya International Islamic Arts & Culture Festival 2013 yang berlangsung pada 7 November 2013.

Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal.

Saya menyambut baik program seperti ini diperbanyakkan kerana ia melahirkan rasa cinta kepada Islam di jiwa anak muda. Selain itu program ini juga dilihat mampu melahirkan kesedaran di dalam diri kita umat Islam untuk mencontohi sikap serta kepimpinan Nabi Muhammad SAW.

Justeru, pada 21 Mac 2014 akan datang, marilah kita bersatu dengan menghayati bacaan qasidah dan selawat bersama dua pendakwah terkenal kelahiran Indonesia bagi mengeratkan kembali perpaduan dan persaudaraan kita sesama umat Islam yang semakin berpecah akibat perbezaan ideologi politik.

Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :

Instagram : @SelawatPerdana

Untuk yang terlupa, berikut rakaman sekitar program Malam Cinta Rasul bertempat di Stadium Badminton Cheras bersama Habib Syech Qader dan Habib Ali Zaenal :



SUMBER :- Double Y

Hot !!! "Hina Sultan Perak" Pasti PAS Akan Menjilat Karpal Singh Kerana Di Dapati Bersalah




Keadaan poltik Karpal Singh kini di ibaratkan "Teloq Di Hujung Tanduk" apabila Jumaat lalu Mahkamah Tinggi telah mendapati Karpal Singh bersalah mengeluarkan perkataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak berhubung isu pengguguran Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak pada tahun 2009.

Pada mulanya Mahkamah Tinggi menetapkan pada 7 Mac ini sebagai tarikh untuk menjatuhkan hukuman terhadap Karpal Singh selepas didapati bersalah atas pertuduhan. Namun tarikh jatuh hukum pada 7 Mac itu terpaksa di tunda ke 11 Mac apabila Hakim perbicaraan Datuk Azman Abdullah yang bertugas di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, tidak dapat menghadirkan diri pada tarikh awal yang ditetapkan.

Sekiranya mengikut undang-undang, Karpal Singh didakwa mengikut seksyen 4(1)(b) AKTA HASUTAN 1948 yang boleh membawa hukuman MAKSIMUM 3 tahun penjara atau denda RM5000 atau kedua-duanya sekali.

Manakala dalam Perlembagaan Persekutuan seseorang ahli Parlimen yang didapati bersalah dan dikenakan denda lebih dari RM2000 atau di penjara melebihi setahun, maka ahli Parlimen terbabit berisiko tinggi hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.

Sekiranya Mahkamah Tinggi menetapkan salah satu dari hukuman (penjara atau denda) tidak dapat di kurangkan maka berkemungkinan (Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan KEKALKAN kesalahan) Karpal Singh boleh say hello, bye,bye kepada kerusi Parlimen Bukit Gelugor.

Selain itu.. Karpal Singh juga bakal hilang kerusi Pengerusi DAP sekiranya di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan kesalahan yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi.

Percaya atau tidak.. Pastinya dalam isu ini penyokong dan pemimpin PAS akan menjilat Karpal Singh dengan habis-habisan kononnya Karpal Singh dihukum sebab mempertahankan pemimpin PAS sebagai MB Perak.. Penyokong PAS tidak menghiraukan dan mengambil kisah sekiranya pemimpin PAS yang dipertahankan Karpal Singh hanyalah MB boneka DAP.


Terkini !!! Jawapan Di Sebalik Penemuan Serpihan Yang Di Temui Pasukan Mencari Singapura #PrayForMH370


SEPANG - Bahan serpihan yang dikesan pasukan mencari Singapura kira-kira 100km di barat daya pulau Tho Chu, Vietnam, tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata ketua pengarah

Jabatan Penerbangan Awam (JPA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata walaupun tompokan minyak juga dijumpai, tetapi belum ada pengesahan mengenainya.

"Ada tompokan minyak dijumpai, tapi kami masih dalam proses mendapatkan pengesahan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. Kami belum menerima laporan mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Awal hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menemukan satu tompokan besar minyak kira-kira 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.

Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing lebih kurang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabansga KL (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.   

Azharuddin berkata ketika ini pasukan penyelamat, yang menggunakan 40 kapal dan 34 pesawat terbang dari sembilan negara, tidak menemukan sebarang petanda konkrit yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370, walaupun operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua. - Bernama

Isnin, 24 Februari 2014

Hot !!! Presiden PAS @abdulhadiawang Di Arah Bayar RM 2 Juta Kerana Memfitnah


SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam, selepas Abdul hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya pada 5 Disember lalu.

Memetik laporan akhbar tempatan, peguam palintif, A Vasudevan berkata, mahkamah juga turut memerintahkan Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu membayar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah ganti rugi itu dari tarikh writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebnayak RM1, 500.

"Abdul Hadi gagal hadir sepanjang tiga kali kes disebut di mahkamah dan mengemukakan sebarang memorandum ketidakhadiran atau pembelaan terhadap tuntutan itu," katanya.

Pada Disember tahun lalu, media melaporkan Mohd Shamsul yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dungun telah memfailkan saman terhadap Abdul Hadi bagi membersihkan namanya susulan dikaitkan dengan pil kuda pada ceramah PRU13, lalu. -SH-

Sabtu, 22 Februari 2014

Hot !!! "Kerugian Teruk MAS" Kerajaan Patut Masuk Campur Membuat Perubahan Organisasi MAS #MAS


Agak menghairankan Pisau Kedah apabila Syarikat Penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines (MAS) masih lagi menanggung kerugian yang amat besar pada suku ke empat berturut-turut pada tahun 2013.

Pada tahun 2012, MAS hanya hanya menanggung kerugian sebanyak RM433 Juta sahaja setelah pada tahun 2011 mengalami kerugian sebanyak RM 2.52 billion .. Namun pada tahun 2013, MAS terpaksa menanggung kerugian sehingga hampir TIGA kali ganda jumlah kerugian berbanding jumlah kerugian pada 2012.. RM 1.174 billion merupakan satu jumlah kerugian yang agak besar.

Kerugian MAS pada 2013 telah diumumkan sendiri oleh Ahmad Jauhari Yahya (Klik Sini).

Ahmad Jauhari Yahya.

Apa yang mengecewakan Pisau Kedah apabila CEO MAS, Ahmad Jauhari Yahya cuba menunding kesalahan yang menyebabkan kerugian syarikat penerbangan MAS kepada pihak lain kononnya nilai matawang dan harga minyak tidak menentu telah mempengaruhi kerugian besar yang terpaksa ditanggung syarikat penerbangan MAS.

Sia-sialah Ahmad Jauhari dibayar gaji berpuluh-puluh ribu sebagai CEO MAS kalau kerugian syarikat penerbangan MAS, Ahmad Jauhari nak salahkan pihak lain... Lebih baik letak jawatan saja.

Sebetulnya sebagai CEO, Ahmad Jauhari lebih mengetahui, bersedia dan bertanggungjawab menyediakan plan jangka masa pendek dan plan jangka masa panjang perbelanjaan Syarikat penerbangan MAS bagi mengelak didalam menanggung kerugian yang amat besar dari semasa ke semasa.

Tidak peliklah kalau CEO Air Asia, Tony Fernandez pun terkejut dengan kerugian yang ditanggung syarikat penerbangan MAS dan alasan yang diberikan CEO Ahmad Jauhari didalam kerugian besar syarikat penerbangan MAS tahun 2013. (Klik Sini). Tony Fernandez menyangkakan syarikatnya Air Asia yang tidak stabil kerana tidak mendapat suntikan dana dari Kerajaan sepertimana syarikat penerbangan MAS.. Rupa-rupanya syarikat penerbangan MAS lagi teruk walaupun mendapat suntikan dana dari Kerajaan.

Bagi pendapat peribadi Pisau Kedah..Sudah sampai masanya Kerajaan perlu mengambil inisiatif perubahan didalam organisasi pihak atasan syarikat penerbangan MAS kerana organisasi pihak atasan syarikat terbabit telah gagal mengurangkan kerugian yang dialami syarikat penerbangan MAS berbanding kerugian tahun 2012..


Percayalah sekiranya Kerajaan tidak membuat sesuatu perubahan organisasi atasan didalam syarikat penerbangan MAS pastinya kerugian akan lebih teruk daripada kerugian pada tahun 2011.


# Pandangan dari pihak lain berkenaan syarikat penerbangan MAS..Klik Sini


Jumaat, 21 Februari 2014

Video Penjelasan !!! Apakah Benar Tun Mahathir Seorang Yang Anti Hadith


Penjelasan Ustaz Fathul Bari berkenaan isu Ideologi Anti Hadith Kassim Ahmad yang dikaitkan dengan Ayahnda Tun Mahathir kononnya Ayahnda Tun Mahathir turut Anti Hadith




Hot!!! @teresakok Berjaya Perbodohkan Puak PAS Dengan Black Ops Murahan


Ha..haha... ha. Memang lawak dan cukup sinis TEORI KONSPIRASI yang di hasilkan sahabat Pisau Kedah.. Hanya orang bodoh saja yang percayakan dengan Black Ops yang dibuat DAP demi hendak membersihkan imej Teresa Kok yang cukup biadab dan rasis.

Secara logiknya sekiranya cat yang disimbah dari luar pintu grill yang berkunci pastinya akan terkena juga pada pintu grill sebelum memenuhi ruangan dalaman tapi yang peliknya dalam kes pejabat khidmat Teresa Kok yang disimbah dengan cat dan diletakkan ayam yang disembelih langsung tak ada kesan cat dan darah pada pintu grill pejabatnya yang berkunci.

Bertambah peliknya CCTV yang di pasang di pejabat berkenaan sengaja di tutup bagi pihak berkuasa tidak memperolehi bukti melalui rakaman CCTV. 

Selalunya suis untuk off CCTV berada didalam pejabat dan bukannya berada di luar pejabat. Tak kan kot sekiranya pihak yang mempunyai niat jahat kepada Teresa Kok hendak buka pintu grill yang berkunci lepas tu masuk dalam pejabat untuk off suis CCTV dan selepas tu keluar balik dan kunci balik pintu grill ?

Lagi bertambah pelik apabila mangga yang mengunci pintu grill langsung tak terjejas.. Bodoh sungguh Black Ops DAP..!!!

Macam manalah puak2 PAS boleh percaya bulat-bulat dengan Black Ops Bodoh DAP ni.. Nampak sangat taraf minda puak2 PAS ni mudah di tipu oleh DAP.









Khamis, 20 Februari 2014

Hot !!! Pejabat Perdana Menteri Di Kepung Penunjuk Perasaan


BANGKOK - THAILAND. Kumpulan penunjuk perasaan, semalam bertindak mengepung kompleks Kementerian Pertahanan di pinggir Bangkok dalam usaha untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra selepas insiden keganasan tercetus, kelmarin.

Media tempatan melaporkan ribuan penyokong Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) itu turut berhimpun di luar premis terbabit yang dijadikan pejabat sementara Yingluck sejak beberapa minggu lalu.

Jurucakap kompleks itu, Mejar Surachart Chitjaeng memaklumkan pemimpin itu mengambil langkah awal tidak hadir ke premis tersebut selepas menerima ancaman PDRC.

"Yingluck tidak mahu mendatangkan sebarang masalah kepada orang ramai atau kakitangan pejabat Kementerian Pertahanan ini jika beliau tetap berdegil untuk menjalankan tugasnya seperti biasa," katanya.

Sementara itu, pemimpin PDRC, Suthep Thaugsuban mengancam untuk menyerang kesemua perniagaan milik keluarga Shinawatra termasuk Advance Info Service (Ais) dan SC Assets Corporation.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Suthep mengadakan pertemuan dengan Jeneral Apichart Saengrungruang di kompleks terbabit untuk berbincang mengenai tuntutan mereka.

"Yingluck tidak lagi mempunyai kuasa untuk mentadbir negara ini selepas kerajaan membenarkan pihak berkuasa menggunakan tindakan kekerasan ke atas penunjuk perasaan hingga menyebabkan lima maut manakala puluhan cedera.

"Jika kerajaan masih berdegil, kami tidak teragak-agak untuk menyasarkan perniagaan keluarga Shinawatra dan tindak balas ke atas Yingluck akan diperhebatkan," jelasnya, laporan dipetik dari AFP.

Info Jenayah !!! Lelaki India Cedera Parah Terkena Tembakan Di Kulim #HanyaDiKedah



Kulim 20/02/14 - Satu kejadian tembak telah berlaku di lampu isyarat Kilang Inokom Kulim kira-kira pada pukul 9.00 pagi tadi dan seorang  pemuda berbangsa India berada dalam keadaan kritikal setelah terkena tembakan jarak dekat.

Menurut saksi kejadian yang juga teman wanita mangsa, kejadian berlaku dalam perjalanan saksi membawa mangsa menaiki sebuah motorsikal jenis Honda EX5 untuk mendapat rawatan susulan di Hospital Kulim.

Ketika sampai dihadapan kilang Inokom Kulim, sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC yang dinaiki 2 suspek lelaki India telah menghimpit motosikal yang dinaiki mereka dan melepaskan 5 atau 6 das tembakan ke arah mangsa. Apabila saksi memberhentikan motorsikal dia melihat mangsa sudah terjatuh tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.

Mangsa yang berada dalam keadaan kritikal telah pun dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan. Pihak Hospital mendapati terdapat empat kesan tembakan dibeberapa anggota badan mangsa.

Dalam siasatan awal pihak polis ditempat kejadian. Pihak Polis telah menemui dua kelongsong peluru jenis S&B 9x19 dan Thai Arms 9mm.

Sehingga kini pihak Polis masih lagi menyiasat secara terperinci kejadian tersebut dan menggenal pasti dua suspek yang menaiki motorsikal Yamaha 135LC  yang melepaskan tembakan kepada mangsa.




Video Eksklusif !!! MB Kedah @MukhrizMahathir Membuktikan Dirinya MB Yang Mesra Rakyat #MBMesraRakyat



Alhamdulillah.. Sebagai rakyat Kedah, Pisau Kedah bersyukur kerana mempunyai seorang Menteri Besar yang cukup mesra dengan rakyat walau pun golongan penyokong, pemimpin PR di Kedah sering melabelkan YAB Menteri Besar Kedah sebagai seorang yang elitis kononnya sebagai anak Mantan Perdana Menteri agak sukar untuk beramah mesra dengan golongan bawahan.

Ternyata dakwaan tersebut hanyalah berniat buruk bagi mencalarkan imej YAB Dato'Seri Mukhriz Mahathir semata-mata sedangkan hakikatnya YAB Dato' Seri Mukhriz Mahathir tidak merasakan dirinya dari golongan elitis. Buktinya boleh dilihat dalam program Mesra Rakyat baru-baru ini di daerah Kuala Muda.

Selasa, 18 Februari 2014

Memalukan !!! Pemimpin Tertinggi PAS @syedazman Terbukti Menyebarkan Cerita Fitnah


Sungguh memalukan apabila seorang yang berstatus wakil rakyat serta pimpinan tertinggi didalam satu parti yang kononnya memperjuangkan Islam terbukti menyebarkan fitnah didalam akaun twitternya.

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.


Ternyata apa yang dilakukan ADUN (PAS) Batu Buruk telah membuktikan bahawa pihak dalam PAS sememangnya hanya suka menyebarkan fitnah tanpa menyelidik apa yang disebarkan itu adalah cerita betul atau sebaliknya.

Apakah sebagai wakil rakyat serta pimpinan tertinggi didalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam tidak tahu atau tidak ambil tahu peringatan Allah S.W.T dalam Al-Quran menggenai satu khabar berita yang tidak pasti dan kemudiannya disebarkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Hot !!! Bekas KPN Kata Mat Sabu Tak Faham Erti Pejuangan Malaya


GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini diberitahu Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu tidak faham erti perjuangan Malaya atau Tanah Melayu ketika berceramah mengenai serangan komunis di Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor berkata Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu tidak tahu mengenai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong ketika berceramah di Padang Menora, Tasek Gelugor pada 21 Ogos 2011.

"Beliau adalah seorang anggota politik yang bercakap besar tentang satu isu besar, tetapi tidak tahu apa-apa. Itulah jadinya...," kata Abdul Rahim di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Zakaria Sam.

Abdul Rahim yang merupakan saksi kelima berkata demikian ketika disoal peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Utusan Melayu (M) Bhd, pada perbicaraan kes saman fitnah Mat Sabu terhadap akhbar itu dan Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Aziz Ishak.

Utusan turut diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala Mat Sabu diwakili peguam Mohamad Hanipa Maidin dan Amiruddin Zulkifli. 

Abdul Rahim berkata semasa serangan komunis pada 23 Februari 1950 itu, pada dasarnya anggota polis hanya melakukan tugas mereka untuk melindungi Balai Polis Bukit Kepong.

"Tidak ada perbezaan dalam ikrar yang dilakukan polis sekarang dan sebelum ini, iaitu untuk menegakkan keamanan dan ketenteraman awam.

"Satu-satunya perbezaan pada 1950, kerajaan kolonial British yang mentadbir seluruh Malaya dan Singapura.

"Oleh itu, (polis bertindak terhadap) sesiapa yang mengambil senjata atau melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang atas nama merevolusikan negara ini," katanya dalam perbicaraan yang berlangsung lebih dua jam itu.

Apabila ditanya jika Mohamad (Ahmad) Indera atau Mat Indera yang mengetuai serangan di balai polis itu, adalah seorang pejuang kebebasan atau komunis, Abdul Rahim berkata beliau mempunyai dua sumber iaitu bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng dan bekas pengerusi PKM Abdullah CD, yang mengatakan Mat Indera adalah bekas komunis.

Perbicaraan bersambung esok. - Bernama

Tu diaaa !!! Ustaz PAS Dapat Offer Dari Mimpi Sebanyak RM 500 Untuk Membunuh PM @Najib Razak

Dia menggelar dirinya "USTAZ"

Lazimnya, kenyataan USTAZ dipercayai oleh masyarakat kerana USTAZ penuh ilmu ugama di dada.


[ Sumber : Klik di sini ]

Jadi, mereka membaca status Facebook Ahmad Fadhli Shaari, klik di sini pastinya percaya dia memang telah bermimpi. Bermimpi menerima panggilan telefon meminta dia menghebahkan ganjaran RM500 kepada individu berjaya menembak Perdana Menteri.

Saya berharap status di atas bukan sekadar rekaan penceramah PAS akibat didorong tujuan tertentu, tersirat bukan tersurat.


Berikutan status itu, Fadhli telah mengundang kemarahan ramai pelayar di alam maya. Barangkali USTAZ Fadhli memang menantikan respon seperti di bawah.


Tidakkah USTAZ terfikir, kenyataan dicatatkan sebagai status itu, berpeluang ditatap lebih 10,000 pengikut setia, bakal mencetuskan kontroversi tidak diperlukan?



Jangan kerana emosi, kelak menyusahkan diri. USTAZ tolong gunakan otak bukan kepala lutut untuk berfikir buah fikiran di laman sosial.


Apapun, jangan kita menghina USTAZ itu, biar dia sendiri menghina dirinya.

sumber :- Mazidul Akmal

Isnin, 17 Februari 2014

Sah !!! PAS Kedah Seleweng Duit Hadiah Masjid Semasa Jadi Kerajaan Negeri #KedahAmanMakmur


Sebelum ini pihak TMK pernah mendedahkan kisah duit hadiah RM5,000 dari Kerajaan Negeri Kedah kepada sebuah Masjid di Bukit Kayu Hitam di seleweng semasa pentadbiran PAS.(Klik Sini).

Namun kini kisah tersebut di sahkan sendiri oleh Pengerusi Masjid berkenaan yang juga Iman Masjid tersebut, Athman Murad.


ALOR SETAR - Hadiah wang tunai RM5,000 yang
dijanjikan kepada Masjid Ar-Rahman Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam setelah dinobatkan sebagai Masjid Terbaik Negeri Kedah (kategori luar bandar), sempena sambutan Maal Hijrah tahun 2009, lesap entah ke mana. 
Sejak terpilih menerima anugerah itu, sehingga kini,
peruntukan itu tidak dapat dinikmati anak kariah,
berikutan janji tinggal janji. 
Pengerusi yang juga Imam Kariah Masjid Ar-Rahman,
Athman Murad berkata, pihaknya menunggu hampir
empat tahun untuk menerima peruntukan itu daripada kerajaan negeri (PR) sebelum ini, namun kecewa kerana ganjaran itu tidak diserahkan sehingga berlaku peralihan kuasa pada 2013. 
“Jawatankuasa masjid ada mengetengahkan perkara ini kepada Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid. 
Jika perkara ini mendapat perhatian kerajaan negeri
baharu, kami bersyukur namun reda jika tiada
maklum balas positif,” katanya. 
Menurutnya, peruntukan anugerah itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Wisma Darul Aman. 
“Kami menerima hadiah sijil dan replika cek RM5,000
bagi kegunaan jawatankuasa masjid, banyak
perancangan sudah diatur, antaranya mahu
memperbanyakkan program setempat, menaik taraf
kawasan sekitar dan perniagaan yang kami jalankan
untuk jana pendapatan masjid, iaitu katering,”
katanya. 
Athman berkata, Masjid Ar-Rahman sering mendapat
pengiktirafan dan memenangi banyak pertandingan,
antaranya Masjid Terbaik Felda Malaysia tahun lalu. 
“Peruntukan bagi anugerah lain yang diterima tiada
masalah. Kami terima peruntukan RM50,000 daripada
Felda dan ia digunakan bagi menaik taraf kubah, yang
sedang dilaksanakan. Selebihnya digunakan bagi
menambah baik dewan yang mampu memuatkan 400
orang,” katanya. 
Athman yang juga pemenang bagi Tokoh Maulidur
Rasul peringkat negeri Kedah (kategori imam), Januari lalu, sebelum ini menerima anugerah berserta wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan daripada Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah. 
"Moga perkara ini menjadi pengajaran supaya lebih
berhati-hati," katanya.-SH

"Kedah VS JDT" : @MukhrizMahathir Yakin Helang Merah Mampu Menang #MBMesraRakyat #KedahAmanMakmur


SUNGAI PETANI - Kedah yang kini dikenali sebagai
pasukan Helang Merah diharap dapat mempamer aksi
cemerlang sekaligus memberi kejutan dalam
perlawanan suku akhir kedua Piala FA ketika bertemu
Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Darul Aman
Selasa ini.



Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata beliau yakin dengan kesungguhan pemain dan pihak pengurusan KFA serta kelebihan bermain di tempat sendiri, Kedah selaku pasukan Liga Perdana mampu menang ke atas pasukan Liga Super JDT.

"Bila berhadapan dengan pasukan yang hebat iaitu JDT di tempat sendiri sudah tentu ada kelebihan. Melihat kepada trend beberapa perlawanan yang lepas stadium akan penuh.

"Lawan dengan Perlis dulu pun dapat 14,600 orang
(penonton). Rasanya kalau dengan JDT lebih daripada
itu. Dengan semangat yang diberikan oleh penyokong
tambah dengan kesungguhan untuk menang sekurang- kurangnya 2-0, saya yakin dan percaya pasukan kita boleh lakukan," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Program Mesra Rakyat 2014 peringkat Daerah Kuala Muda di Pantai Merdeka dekat sini hari ini.

Pada perlawanan suku akhir pertama di Stadium
Larkin, Kedah tewas 1-3. Mukhriz turut berharap
perlawanan Selasa ini berjalan dengan aman. -
Bernama

Panas !!! Ketua Penerangan PAS Kedah Bogelkan Diri Sendiri Bila Pertikai Pembelian 10 Buah Proton Perdana .


Ha...ha.. Isu Proton Perdana edisi baharu yang bakal menggantikan kereta rasmi Kerajaan Negeri Kedah, Toyota Camru pun dijadikan isu oleh bekas Setpol atau Ketua Penerangan PAS Kedah, Sanusi Md Nor.

Untuk pengetahuan semua.. Semenjak Kerajaan Negeri Kedah berubah tampok pentadbiran selepas PRU13 yang lalu, bekas-bekas EXCO Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS memohon kereta Toyota Camry yang digunakan mereka semasa menjadi EXCO Kerajaan Negeri dijual kepada mereka.

Sekiranya kereta Toyota Camry terbabit dijualkan kepada bekas EXCO ianya sudah mampu menampung lebih dari setenggah kos pembelian Proton Perdana edisi baharu dengan tawaran harga murah dan tanpa dikenakan cukai.

Harus di ingat Semasa pentadbiran PAS di Kedah sebelum PRU13 (2010) .. PAS telah menggunakan duit kerajaan Negeri dengan banyak untuk membeli 10 biji kenderaan mewah untuk kegunaan wakil rakyat PAS serta pegawai kanan ketika itu. Kenderaan mewah tersebut terdiri dari sebuah kereta mewah Mercedez Benz S350 untuk kegunaan MB ketika itu, 5 buah kereta jenis Toyota Camry untuk kegunaan EXCO serta 4 buah kenderaan SUV Toyota Fortuner untuk kegunaan pegawai kanan MB.

Kalau dulu PAS engan dedahkan kos pembelian kesemua 10 buah kenderaan mewah yang dibeli, kenapa sekarang PAS hendak desak Kerajaan sekarang dedahkan pulak kos yang digunakan untuk membeli Proton Perdana Baharu.?. 

Pisau Kedah yakin kos yang digunakan PAS untuk membeli sebuah Merc S350 sahaja (tidak termasuk 9 buah yang lain) sudah mampu membeli lebih dari 5 buah kereta Proton Perdana model Baharu. Sekiranya ketika ini dijual kesemua 10 buah kenderaan yang dibeli zaman PAS dengan harga SECOND HAND sekali pun.. Kesemua duit tersebut mampu digunakan membeli 10 buah Proton Perdana Baharu tanpa perlu Kerajaan Negeri mengeluarkan kos tambahan.



Tudia !!! Penyokong PAS Kedah Mati Kelaparan Di Sungai Petani Sebab Kenaikan Kos Sara Hidup #KedahAmanMakmur #HanyaDiKedah


Mengelikan hati melihat kelaku kelayak puak-puak PAS Kedah yang menggunakan isu kenaikkan kos sara hidup sebagai senjata untuk mereka menjatuhkan imej Kerajaan Malaysia kononnya Kerajaan Malaysia ini zalim.

Zalimkah Kerajaan Malaysia sekiranya puak-puak PAS  Kedah yang berdemo di dataran Jam Besar Sungai Petani pada hari sabtu lalu mampu lagi bersarapan di Hotel SP INN Sungai Petani sebelum turun berdemo ?.

Agak melucukan hati bila mengatakan tertekan dengan kenaikan kos sara hidup tinggi tapi masih lagi mampu bersarapan di hotel yang menyediakan makan dan minum dengan harga lebih dua kali ganda mahal berbanding gerai-gerai biasa.

Nampak sangat tindakkan puak-puak PAS mengadakan demo kononnya tertekan dengan kos sara hidup hanyalah bersikap retorik sahaja.





Sabtu, 15 Februari 2014

Panas !!! Menteri Pertanian Umum Rela Letak Jawatan Akibat Miliki Video Sexs


BERLIN 15 Feb. - Menteri Pertanian Jerman, Hans-Peter Friedrich mengumumkan, beliau rela meletak jawatannya hari ini ekoran pembocoran maklumat sulit tentang siasatan berkenaan pemilikan bahan pornografi kanak-kanak, menurut laporan media.

Oktober tahun lalu, Friedrich bertindak memberitahu Pengerusi Parti Sosial Demokrat, Sigmar Gabriel tentang penyiasatan terhadap Ahli Parlimen, Sebastian Edathy kerana disyaki memiliki bahan pornografi berkenaan.

Edathy yang baharu meletak jawatan minggu lalu menolak dakwaan tersebut, manakala Friedrich percaya tindakannya itu tidak melanggar undang-undang.

Namun begitu, beliau bersedia meletak jawatan sekiranya pihak pendakwa tidak bersetuju dengan tindakannya. - REUTERS

Pilu !!! Melayu Penang Terpaksa Melutut Mohon Simpati @CMLIMGUANENG #DapRasis


Tersentuh hati Pisau Kedah apabila membaca artikel yang di terbitkan oleh blogger Dr Novandri tentang Melayu terpaksa melutut meminta belas kasihan kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Ternyata impian DAP selama ini yang mahu Melayu melutut menyembah mereka tercapai.

Tiada kata-kata yang dapat menerangkan betapa pilunya hati kita apabila melihat foto di bawah. Seorang lelaki melutut meminta belas kesihan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya membantu beliau dan rakan-rakan beliau yang membuat demo di Komtar, Pulau Pinang.


Isunya ialah kira-kira 10 orang yang mewakili kumpulan pembeli pangsapuri Centrio Avenue membuat demo di pusat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang di Komtar.

Mereka berkumpul bagi menuntut Ketua Menteri, Lim Guan Eng sendiri campur tangan menyelesaikan masalah mereka dengan pemaju perumahan tersebut. Mereka tidak berpuas hati kerana merasakan diri mereka telah ditipu. Ini kerana rumah mampu milik yang ditawarkan kepada mereka ialah RM72,500.

Tetapi apabila surat tawaran yang diterima itu bukannya menawarkan rumah berharga RM72,500 tetapi RM165,500 !

Dan apabila isu ini panas dibangkitkan oleh pihak media, pihak kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan kenyataan yang amat memualkan.

Kerajaan Negeri sekali lagi memanggil pemaju Centrio Aveneu untuk memberi penjelasan mengenai rungutan kira-kira 20 pembeli yang terpaksa membayar antara RM160,000 hingga RM180,000 bagi seunit rumah kos sederhana rendah di dua blok pangsapuri 31 tingkat dekat Bukit Gambir, Batu Uban.  
Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo (gambar) berkata, rumah-rumah kos sederhana rendah itu sepatutnya dijual dengan harga RM72,500 seunit, sebagaimana digariskan oleh Kerajaan Negeri.... 

.... Jagdeep berkata, isu tersebut sepatutnya tidak berbangkit lagi kerana pemaju sebelum ini telahpun bersetuju dengan pendirian Kerajaan Negeri dalam pertemuan tertutup kedua-dua pihak pada 6 dan 12 Januari lepas. 
Rupa-rupanya, kerajaan DAP Pulau Pinang telah berbincang secara tertutup sebanyak dua kali (6 dan 12 Januari) dengan pemaju. Dan sekarang, mahu buat satu lagi perjumpaan ??

Berapa kali mahu berjumpa daa !!

Dan jika Guan Eng dan kerajaan DAP Pulau Pinang benar-benar cekap, tidak perlu sampai berkali-kali mesyuarat. Betul tak?

Tidak perlu rakyat Pulau Pinang berdemo dan ada yang melutut minta tolong jika isu ini dapat ditangani dengan baik oleh Guan Eng DAP.

Tetapi...lihatlah apa yang berlaku. Inikah cara pentadbiran Lim Guan Eng di Pulau Pinang?

Sungguh memalukan sekali !

Dan jika sudah dibuat mesyuarat sebanyak 2 kali sebelum ini, kenapa keputusan mesyuarat tidak diberitahu kepada pembeli-pembeli tersebut?
Baca Selanjutnya