Namun kini kisah tersebut di sahkan sendiri oleh Pengerusi Masjid berkenaan yang juga Iman Masjid tersebut, Athman Murad.
ALOR SETAR - Hadiah wang tunai RM5,000 yang
dijanjikan kepada Masjid Ar-Rahman Felda Bukit Tangga, Bukit Kayu Hitam setelah dinobatkan sebagai Masjid Terbaik Negeri Kedah (kategori luar bandar), sempena sambutan Maal Hijrah tahun 2009, lesap entah ke mana.
Sejak terpilih menerima anugerah itu, sehingga kini,
peruntukan itu tidak dapat dinikmati anak kariah,
berikutan janji tinggal janji.
Pengerusi yang juga Imam Kariah Masjid Ar-Rahman,
Athman Murad berkata, pihaknya menunggu hampir
empat tahun untuk menerima peruntukan itu daripada kerajaan negeri (PR) sebelum ini, namun kecewa kerana ganjaran itu tidak diserahkan sehingga berlaku peralihan kuasa pada 2013.
“Jawatankuasa masjid ada mengetengahkan perkara ini kepada Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid.
Jika perkara ini mendapat perhatian kerajaan negeri
baharu, kami bersyukur namun reda jika tiada
maklum balas positif,” katanya.
Menurutnya, peruntukan anugerah itu disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, di Wisma Darul Aman.
“Kami menerima hadiah sijil dan replika cek RM5,000
bagi kegunaan jawatankuasa masjid, banyak
perancangan sudah diatur, antaranya mahu
memperbanyakkan program setempat, menaik taraf
kawasan sekitar dan perniagaan yang kami jalankan
untuk jana pendapatan masjid, iaitu katering,”
katanya.
Athman berkata, Masjid Ar-Rahman sering mendapat
pengiktirafan dan memenangi banyak pertandingan,
antaranya Masjid Terbaik Felda Malaysia tahun lalu.
“Peruntukan bagi anugerah lain yang diterima tiada
masalah. Kami terima peruntukan RM50,000 daripada
Felda dan ia digunakan bagi menaik taraf kubah, yang
sedang dilaksanakan. Selebihnya digunakan bagi
menambah baik dewan yang mampu memuatkan 400
orang,” katanya.
Athman yang juga pemenang bagi Tokoh Maulidur
Rasul peringkat negeri Kedah (kategori imam), Januari lalu, sebelum ini menerima anugerah berserta wang tunai RM3,000 dan hadiah iringan daripada Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.
"Moga perkara ini menjadi pengajaran supaya lebih
berhati-hati," katanya.-SH
bape hoodie
BalasPadamsupreme clothing
yeezy
nike sb dunk high
yeezy
moncler
off white x nike
air jordan shoes
off white
jordan 4