Beliau berkata, senario dua pilihan raya kecil itu adalah berbeza dan adalah tidak wajar menyatakan PRK Balingian akan membazirkan wang rakyat.
Katanya PRK Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara sengaja oleh penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lepas, untuk memberi laluan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu.
"Pilihan raya kecil kerusi Balingian berbeza sekali kerana ia akan diadakan sebab Ketua Menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) terpaksa meletakkan jawatan sekiranya beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri," jelas beliau pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Setakat ini, belum dipastikan sama ada PRK Balingian akan diadakan berikutan belum ada keputusan sama ada Taib bakal dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri bagi mengganti Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
Rabu lepas, Taib yang juga Adun Balingian mengumumkan akan berundur sebagai Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Februari ini. - Bernama
Berundur dari jawatan ketua menteri x semestinya akan ada praya kecuali taib kosongkan dun.
BalasPadamTaib sudah berundur dari jawatan Ketua Menteri, TETAPI masih lagi memegang jawatan Presiden dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak. Bila lagi nak lepaskan kedua-dua jawatan itu sama sekali, agar tidak kelihatan suatu bentuk percanggahan kepentingan. Bukankah semua gabenor tidak harus terbabit dengan politik? Itu belum lagi orang mempersoalkan kedudukannya sebagai pengarah dalam banyak syarikat perniagaan/perdagangan.
BalasPadam