Sabtu, 1 Februari 2014

Hot !!! @NikNazmi Balun @Fekah_qkn5 Di Sebabkan Mahu Menjilat @AnwarIbrahim #PRKKajang


Akhirnya terjawab mengapa Nik Nazmi bertindak bodoh menidakkan kebebasan bersuara bekas Setpol Khalid Ibrahim, Faekah Husin didalam akaun twitternya.

Siapa Nik Nazmi hendak menghalang Faekah Husin bercakap soal politik walaupun Faekah Husin tidak memiliki apa-apa jawatan dalam politik.
Kemuncak perang Twitter bermula Khamis lalu apabila Faekah seolah-olah membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kontroversi yang berlaku di kerusi Dun Kajang.

Faekah secara beralas menggesa Penasihat PKR itu meneliti terlebih dahulu Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 ekoran mahu bertanding di kerusi Dun Kajang.

Beliau mendesak Anwar meneliti kesemua proses dan prosedur undang-undang berkenaan dan tidak sesekali terlalu yakin dalam merealisasikan matlamat peribadi semata-mata.

Selain itu, beliau meminta Anwar untuk tidak menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafudin Idris Shah.

"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya dalam akaun Twitter miliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan