Lagi Kaum Cina Berang Dengan Kebiadapan @teresakok
SHAH ALAM: Bekas Ketua Cawangan DAP Sungai Pelek, Tan Tuan Tat menggelarkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai pembohong luar biasa di atas penafiannya berhubung klip video kontroversi Tahun Baru Cina yang dimuat naik minggu lalu.
Menyifatkan pemimpin wanita DAP tersebut sebagai kaki putar belit, Tan berkata Teresa yang mempunyai kelulusan dalam bidang sains politik sepatutnya lebih matang berfikir sebelum membuat apa-apa tindakan.
"Sebagai ahli politik senior yang ada MBA politik sains, dia tak tahu ke apa yang dia lakukan ini timbulkan huru hara?.
"Kita perlu harmoni tinggal di Malaysia dengan gembira jangan ada kacau bilau.
"Perdana Menteri tungkus-lumus buat transformasi. Mengapa nak buat hal? Jangan lupa Teresa, anda tinggal di Malaysia sekarang. Jangan bangkitkan isu perkauman. Wira kita korbankan nyawa.. Jika nyawa yang terkorban itu adiknya, apa perasaannya?," soalnya berang.
Justeru dalam pada itu, Tan secara peribadi mewakili kaum Cina memohon maaf kepada pihak yang tersinggung dengan kandungan klip video berkenaan.
Tan juga berkata beliau 'masak' dengan perangai Teresa justeru beliau yakin pemimpin itu tidak akan memohon maaf di atas keterlanjurannya menghasilkan klip video tersebut.
"Dia takkan minta maaf sebab dia degil. Sebelum buat dia kena fikir dengan matang apa akibatnya. Kenapa dia tak fikir bila orang desak, dia terdesak, jadi sekarang dia jadi 'Terdesak Kok'.
"Biar mahkamah yang menentukan, negara kita ada undang-undang jadi jangan main dengan undang-undang," katanya.
Mengulas mengenai siri penipuan Teresa, Tan berkata selain penafian mengenai mengenai klip video kontroversi tersebut, banyak lagi sikap Teresa yang jelas merupakan seorang kaki putar belit di mana dirinya sendiri pernah menjadi mangsa pemimpin itu.
"Pada masa tersebut (1996) saya adalah setiausaha publisiti di mana dia adalah pembantu saya, dan sekarang dia kata tak kenal saya.
"Mana boleh seorang pembantu tak mengenali ketuanya," katanya mengimbas siri penipuan Teresa.
Awal minggu lalu, Teresa menghasilkan sebuah klip video sempena Tahun Baru Cina dengan mengaitkan beberapa isu semasa yang bertujuan menyindir, antaranya isu pencerobohan di Sabah, sistem pendidikan negara dan didakwa menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri.
Ekoran itu, beberapa laporan polis dibuat bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pemimpin tersebut yang dikatakan cuba menghasut dan mencetuskan isu perkauman.
Namun begitu, Teresa angkuh dan sehingga kini tiada permohonan maaf dibuat oleh beliau, kerana menyatakan klip tersebut hanya sebuah satira politik yang dimanipulasikan pihak pro Umno-Barisan Nasional.- Antara Pos
Tiada ulasan:
Catat Ulasan