Sabtu, 8 Februari 2014

Panas !!! Pemecatan Kakitangan PKNS Di Jadikan Senjata Azmin Ali Serang Khalid Ibrahim #PrkKajang


Nampak gayanya perbalahan diantara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali semakin hari semakin parah. Dari hari ke sehari Azmin Ali cuba mencalarkan imej Khalid Ibrahim.

Terbaru.. Azmin Ali telah menggunakan isu pemecatan kakitangan PKNS sebagai senjata untuk menyerang Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya berhenti menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata politik sekali gus melanggar prinsip PR.

Menurutnya, pemecatan kakitangan PKNS oleh Abdul Khalid adalah bercanggah dengan prinsip yang diamalkan PR.

"Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan PR di  Selangor iaitu semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah dan belas kasihan.

"... pemecatan secara tiba-tiba akan menyebabkan kerugian kewangan yang besar kepada pekerja, pemberian dua bulan gaji hanya bersifat penghinaan.

"Saya menyeru kuasa-kuasa berkenaan dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi  tindakan yang tidak bertimbang rasa," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Terbaru, media melaporkan  Abdul Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang itu telah mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat PKNS bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.

Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut
"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.
"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan