Selasa, 25 Mac 2014

AMSA Terpaksa Menangguhkan Pencarian MH370 #TragediMH370


KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pencarian pesawat MH370 pada Selasa ditangguh berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian, menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA).

Dalam satu kenyataan AMSA menjelaskan bahawa keadaan laut bergelora hari ini dengan ombak setinggi dua meter hingga mencecah empat meter.

Kawasan itu juga diramal mengalami tiupan angin kencang sehingga 80 kilometer sejam, beserta hujan lebat dan awam yang rendah dengan ketinggian antara 200 dan 500 kaki dari paras laut.

"AMSA telah membuat penilaian dan mengambil keputusan keadaan cuaca sekarang akan menyebabkan sebarang aktiviti pencarian udara dan laut berbahaya dan mendatangkan risiko kepada kru.

"Oleh yang demikian, AMSA menangguh semua operasi mencari di laut dan udara hari ini ekoran keadaan cuaca sebegini," menurut kenyataan itu lagi.

-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan