Sabtu, 22 Mac 2014

Gempar !!! Wanita Malaysia Dakwa Jumpa MH370 Di Lautan Andaman Ketika Dalam Perjalan Pulang Dari Umrah #PrayForMH370


MELAKA: Seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan Umrah di tanah suci Mekah mendakwa yang dia telah melihat bangkai sebuah pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Wanita berkenaan Raja Dalelah Raja Latife, 53, berkata ketika dia menyaksikan objek besar yang sebahagian daripada badan yang didakwa sebagai pesawat itu tenggelam dan sebahagian lagi timbul, dia telah memaklumkan kepada ramai pihak di dalam penerbangan berkenaan tetapi telah dipandang ringan.

Dalelah berkata dia menaiki pesawat Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) dan ketika pesawat itu melintasi bandar Chennai di India dan memasuki ruang udara Laut Andaman, dia melihat menerusi tingkap pesawatnya satu objek besar menyerupai pesawat terdampar di atas laut.

“Saya nampak macam kapalterbang.Sepanjang perjalanan pulang saya sentiasa melihat ke luar kerana saya tidak dapat tidur langsung dan ketika lawatan saya ke Beijing dua tahun lalu juga dia tidak dapat tidur di dalam pesawat dan sentiasa berjaga," kata ibu kepada 10 orang anak ini.
Raja Dalelah, yang berasal dari Kota Tinggi, Johor menambah, sewaktu dia terlihat objek besar berwarna perak yang seakan-akan sebuah pesawat di atas lautan itu, skrin tv di hadapannya menunjukkan yang mereka sedang melintasi Laut Andaman.


“Sebelum itu saya nampak beberapa buah kapal dan kemudian pulau-pulau kecil dan selepas itulah saya ternampak objek berwarna perak di atas air. Saya mengejutkan rakan saya di sebelah untuk melihat apa yang saya saksikan tetapi malangnya mereka mentertawakan saya," ujarnya lagi.

Raja Dalelah, bagaimanapun yakin apa yang disaksikannya itu adalah bangkai sebuah pesawat yang besar.
"Buat apa saya nak bercakap bohong saya baru sahaja balik dari umrah," katanya lagi.

Hanya pada 14 Mac lalu dia telah membuat laporan polis akan apa yang didakwa telah disaksikannya itu dengan harapan akan ada pihak yang mengambil apa yang dikatakannya itu secara serius.

Malah Raja Dalelah masih boleh menjelaskan apa yang disaksikannya itu secara terperinci.
Katanya, pesawat yang dilihatnya itu separuh terapung dan sebahagian besar lagi badan pesawat itu berada di dalam air dengan keadaannya yang senget sebelah.

“Saya melihat jam pada waktu itu menunjukkan pukul 9.30 pagi (2.30 petang waktu Malaysia),” kata beliau.

Raja Dalelah berkata, bila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 4 petang dia telah menceritakan apa yang disaksikannya itu kepada anaknya.

“Pada waktu itulah mereka memberitahu saya yang pesawat MAS MH370 hilang dan sedang dicari.Menantu saya seorang pegawai polis yakin yang saya telah menyaksikan sebuah pesawat yang terhempas dan meminta saya supaya membuat laporan polis," katanya sambil menambah "anak-anak saya yang lain khuatir yang saya mungkin akan ditahan kerana membuat laporan palsu kerana pada awalnya semua orang berkata yang pesawat itu kali terakhir dilihat di Laut China Selatan."

Tetapi katanya, sekarang sesiapa yang mendengar ceritanya sudah mula percaya selepas pesawat itu disahkan telah berpatah balik dan hilang di sebelah barat dan bukannya Laut China Selatan.

Bagaimanapun seorang juruterbang berkata, dalam penerbangan jarak jauh seperti dari Jeddah dan Kuala Lumpur, paras ketinggian sesebuah pesawat adalah pada 35,000 kaki.

"Ini bermakna kedudukan pesawat dari permukaan bumi adalah pada jarak lebih kurang tujuh batu. Pada jarak sejauh ini tidak ada siapa pun dapat melihat dengan jelas apa-apa objek di permukaan bumi atau pun di atas air," kata juruterbang itu yang enggan namanya disiarkan.- Siemens-Melayu Maju

5 ulasan:

  1. Mustahil dpt melihat dgn jelas objek spt kapal terbang yg separuh tenggelam dari ketinggian 35000 kaki di udara dalam pesawat yg sedang terbang.

    BalasPadam
  2. Mustahil dpt melihat dgn jelas objek spt kapal terbang yg separuh tenggelam dari ketinggian 35000 kaki di udara dalam pesawat yg sedang terbang.

    BalasPadam
  3. Australia pun si PENIPU besar!

    Yg. herannya kenapa MAS tak dikesan dr. awal, oleh satellite spy-kongsi Australia/CIA di Australia mahupun pengkalan US di Diego GarCIA, walaupun CIA dah yakin MAS melintasi atau terhempas di Lautan Hindi sebelum ini! Disyaki cebisan pesawat kalau jumpa, dibawa dr. Diego Garcia spt. yg. telah diramalkan Cabal Times dlm 'poll' dan artikelnya, dr. awal lagi!

    Lihat pengkalan tentera US di Diego GarCIA telah membatalkan semua penerbangan selama 3 HARI pd. hari MAS hilang (walau pengkalan Diego GarCIA ini juga ada 2,000 pekerja bukan tentera contohnya kontaktor dll – tapi latarbelakang dan pergerakan pekerja-pekerja ini dan pelawat -pelawat ditapis/dikawal dgn. ketat, dan kenderaan bermotor persendirian tak dibenarkan; lihat di http://www.militaryinstallations.dod.mil/pls/psgprod/f?p=132:CONTENT:0::NO::P4_INST_ID,P4_INST_TYPE:930%2CINSTALLATION )!

    Maka, K’jaan kita JANGANlah nak PERCAYA sgt. si KAPIR DAJAL Intelligence FBI/CIA/Pentagon-MI6-NATO (Barat) (yg. sebenaqnya sudah dikuasai Mossad-Israel/ZIONIS)! CIA dan ejen tempatannya dr. PENGGANAS Red Bean serta PEMBANGKANGPELIWATSONGSANG, tak habis-habis nak mengalih perhatian dari DIEGO GARCIA di tengah Lautan Hindi! Dan pi MAMPOSlah si DALANG-DUA-MUKA White HouseZIONIS itu!

    Lagipun, hairan betul media-media besar Barat-Zionis terutamanya CNN, tak lansung bangkitkan kenapa pengkalan militari US di Diego GarCIA ini, dgn. sistem satelit yg. pasti amat canggih, tak dapat kesan lansung MAS di RADARnya, kalau kononnya melintasi Lautan Hindi ke atas Kepulauan Andaman dari awal lagi!

    Sedgkn tentu pengkalan militari US ini akan memantau seluruh Lautan Hindi di RADARnya utk. kemungkinan ia disasarkan ‘teroris’ melaui laut atau udara, termasuk melalui peluru berpandu (yg. takkan ada radar pun). Tapi CIA/Pentagon sebelum ini tahu pula MAS dah ‘terhempas’ di Lautan Hindi – sekarg. dah nafi pula! Lihat di di http://maelpengerang.blogspot.com/2014/03/mh370-prayformh307-kenapa-satellite.html, Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370? , March 15, 2014; dan https://www.facebook.com/PeopleForTrueRuleOfLaw/posts/10203269067105644, A MILITARY HIJACK BY AMERICAN AWACS PLANES (over patent rights owned by a Rothschild)?; http://www.mazidulakmal.com/2014/03/diego-garcia-satu-kebarangkalian.html, DIEGO GARCIA : SATU KEBARANGKALIAN, Mac 20, 2014; dan http://musramrakunman.blogspot.com/2014/03/mh370-masuk-hari-ke-14-kehilangannya.html, MH370: Masuk Hari ke-14 Kehilangannya- Sebenarnya Amerika Tahu Di Mana Pesawat Itu, 20 March 2014; http://www.nst.com.my/nation/general/could-vital-info-be-down-under-1.520539, Could vital info be Down Under?, By HARIS HUSSAIN AND FARRAH NAZ KARIM, 19 March 2014 !

    Lihat di http://beforeitsnews.com/global-unrest/2014/03/flight-mh370-mystery-diego-garcia-suspended-all-flights-on-march-8th-for-72-hrs-2458394.html:

    Flight MH370 Mystery. Diego Garcia Suspended All Flights On March 8th for 72 hrs.

    March 19, 2014
    (Before It's News)

    By now, it should be obvious to people they are hiding something in Diego Garcia. The latest info just piles on top of a mountain of evidence that flight 370 is in a hangar in Diego Garcia.

    ….Notice they have completely erased all posts between March 6th, and March 9th. There is some very weird stuff going on down in creepy Diego Garcia, a place where the US operates completely independant of the constitution.

    Edit to add, here is a link to the Diego Garcia Passenger facebook page with the March 8th flight schedule. Notice all other flight schedules throughout the month all had several flights schedules. The fact that no flight were scheduled for 3 days during the time MH370 went missing, all maintenance crew most likely were off on leave. Great time to sneak in an aircraft.

    https://www.facebook.com/pages/Diego-Garcia-Passenger-Terminal/242934902443795

    Makcik Sambal Belacan.

    BalasPadam
  4. Memang mustahil akal kitamanusia tapi jika Allah mengkehendaki apa saja boleh berlaku...mungkin ini petunjuk dari Allah yang selama ini kita berdoa untuk di tunjukkan lokasi. Apa salahnya hantar pesawat tinjau

    BalasPadam
  5. Simpati dan kasihan dengan kerajaan Malaysia di perkotak katikkan negara asing yang pro anuwar ibrahim, mereka akan reka situasi supaya pasukan SAR Malaysia seperti ibu kucing kehilangan anak, mereka sedar kita dah berada di tempat pencarian yg betul di create supaya kita menukar tempat, kerana mereka mahu kotak kitam itu binasa tidak dapat baca data dengan sendiri selepas 30 hari.

    BalasPadam