Sabtu, 15 Mac 2014

Janji Mei Fun Lebih Memenuhi Kehendak Masyarakat Kajang #PRKKajang #KajangMove


Dari segi janji di antara Mei Fun dan Wan Azizah dalam PRK Kajang ternyata janji Mei Fun lebih menepati kehendak masyarakat Kajang.

Video dibawah ini merupakan video ikrar LIMA janji yang telah dibuat Mei Fun sekiranya diberi mandat sebagai wakil rakyat di Kajang selepas PRK yang berlangsung 23 hb ini.



Kenapa Pisau Kedah mengatakan ikrar janji Mei Fun lebih menepati kehendak masyarakat di Kajang berbanding Wan Azizah.. ??.

Dalam EMPAT janji yang dilakukan Wan Azizah iaitu meningkatkan prestasi kutipan sampah di Kajang, membanteras jenayah dan tingkatkan keselamatan, pembangunan anak muda dan usahawan kecil serta menangani masalah kesesakan lalu lintas.. Wan Azizah sebenarnya terlupa satu perkara yang sangat-sangat di harapkan masyarakat Kajang iaitu menyelesaikan masalah banjir yang gagal ditangani adun PR sebelum ini.

Masyarakat Kajang boleh nilai sendiri janji-janji yang dibuat diantara kedua-dua calon PRK Kajang ini. Manakala dari segi integriti dan kredibiliti pulak Mei Fun jauh lebih bersih dari Wan Azizah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan