Jumaat, 14 Mac 2014

Penjelasan Mengapa Pengundi Kajang Perlu Menolak Wan Azizah Dalam #PRKKajang ??


Calon BN PRK Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dalam kenyataannya, beliau menyatakan tidak gentar berhadapan dengan lawannya Wan Azizah, Presiden PKR.

Yaa.. Memang sepatutnya Chew Mei Fun tidak perlu merasa gentar berhadapan dengan Wan Azizah walau pun Wan Azizah berstatus Presiden Parti.

Sekiranya di lihat dari track rekod politik diantara Chew Mei Fun dan Wan Azizah ternyata rekod politik Chew Mei Fun lebih cemerlang rekodnya sebagai ahli politik berbanding Wan Azizah.


Malahan Moto yang dibawa Chew Mei Fun "Integriti Dan Kredibiliti" didalam PRK Kajang sudah dapat mencerminkan siapa itu Chew Mei Fun dan hala tujunya sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat Kajang. Manakala Wan Azizah hanya membawa Moto "Kajang Move" yang pada awalnya dibawa oleh Anwar.

Ternyata Wan Azizah tidak mempunyai hala tuju dirinya tersendiri yang boleh di banggakan sebagai calon yang mewakili PR.. Wan Azizah hanya menjadi calon Payung Terjun yang semata-mata menyambung kesinambungan suaminya, Anwar yang gagal menjadi calon PRK Kajang di saat-saat akhir. Malahan meletakkan Wan Azizah sebagai calon yang mewakili PR yang mengantikan Anwar dilihat ianya lebih kepada amalan kronisme.


Maaf la kalau Pisau Kedah katakan yang pengundi Kajang tidak patut mengundi Wan Azizah pada 23 Mac ini kerana tiada keikhlas yang dapat dilihat dalam diri Wan Azizah untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan