Jumaat, 21 Mac 2014

" #SelawatPerdana " Mendapat Sambutan Awal Begitu Mengalakkan


Syukur ke hadrat Allah S.W.T di atas limpah kurnianya maka majlis keagamaan Selawat Perdana mendapat sambutan di luar jangkaan. Sejak lepas sembahyang jumaat lagi perkarangan Masjid Putra, Putrajaya tidak putus-putus dengan manusia yang mula membanjiri kawasan ini bersedia lebih awal untuk bersama-sama Pak Sheikh Habib dan sahabat-sahabat lain untuk bersama-sama rakyat Malaysia berqasidah dan berselawat ke atas nabi junjungan kita Rasullullah saw.

Meski pun majlis keagamaan ini mendapat kritikan dan dipandang negatif terutama macai-macai pembangkang namun kuasa Allah mengatasinya bila mana ribuan umat Islam mula hadir membanjiri kawasan Dataran Putra meski pun hujan renyai-renyai mulai turun. Sikap negatif macai-macai pembangkang yang terdiri dari umat Islam sendiri yang menabur fitnah kononnya majlis ini adalah sesuatu perkara bidaah yang tidak pernah dilakukan di zaman nabi. Begitu dangkal pemikiran mereka dan begitu cetek ilmu agama hingga tidak mengetahui bahawa bidaah hasanah adalah sesuatu yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam.


Hasil temubual dengan beberapa pengunjung yang hadir ada yang menyatakan mereka datang dari luar Lembah Kelang seperti dari Johor dan utara tanahair. Kehadiran mereka ke sini dengan hanya satu nawaitu bersama-sama umat Islam lain untuk bersama-sama bersalawat ke atas Rasullullah nabi dan rasul kesayangan kita. Bahkan mereka amat gembira dengan penganjuran majlis keagamaan seperti ini sambil memohon umat Islam yang lain turut hadir sambil mengenepikan perbezaan ideologi politik buat seketika.

Marilah kita sama-sama merapatkan saf agar agama Islam kita lebih kuat apabila umatnya bersatu dan mampu menentang musuh Islam terutama kafir harbi.... takbir.... Allahu Akhbar...

Sumber :- Kulaan Niring

Tiada ulasan:

Catat Ulasan