Isnin, 10 Mac 2014

Terkini !!! Jawapan Di Sebalik Penemuan Serpihan Dari Pasukan Menyelamat Singapura #PrayForMH370


SEPANG - Bahan serpihan yang dikesan pasukan mencari Singapura kira-kira 100km di barat daya pulau Tho Chu, Vietnam, tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang, kata ketua pengarah

Jabatan Penerbangan Awam (JPA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata walaupun tompokan minyak juga dijumpai, tetapi belum ada pengesahan mengenainya.

"Ada tompokan minyak dijumpai, tapi kami masih dalam proses mendapatkan pengesahan sama ada ia berasal daripada pesawat yang hilang itu. Kami belum menerima laporan mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Awal hari ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menemukan satu tompokan besar minyak kira-kira 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.

Pesawat MAS MH370, yang membawa 227 penumpang, termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing lebih kurang sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabansga KL (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi.   

Azharuddin berkata ketika ini pasukan penyelamat, yang menggunakan 40 kapal dan 34 pesawat terbang dari sembilan negara, tidak menemukan sebarang petanda konkrit yang boleh dikaitkan dengan pesawat MH370, walaupun operasi mencari dan menyelamat memasuki hari kedua. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan