UMAT Islam mesti faham ini bahawa agama kita menganjurkan kepentingan menepati janji. Kegagalan melaksanakan janji ini akan memasukkan individu tersebut ke dalam golongan munafik.
Hadis Abdullah bin Amru r.a katanya: Rasulullah saw bersabda "Ada empat perkara jika sesiapa yang mempunyai empat perkara tersebut, maka dia merupakan orang munafik. Sesiapa yang bersifat dengan salah satu daripadanya bererti dia bersifat kemunafikan, sehinggalah dia meninggalkannya iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila membuat persetujuan dia mengkhianati, apabila berjanji dia menyalahi dan apabila berlaku pertikaian dia melampaui batas" [Hadith Sahih Riwayat Muslim].
Tak mahu cakap banyak, ketetapan untuk menepati janji ini memang suatu yang dituntut agama.
Justeru, ramai orang berdengung telinga mendengar fatwa terbaru dari ustaz selebriti Pakatan Rakyat, ‘Sahibus Samahah’ Bob Lokman yang menyifatkan orang yang menepati janji ini samalah dengan Iblis menepati janji untuk menyesatkan kaum Adam!!
Walaupun kata-kata tersebut merujuk kepada program Jelajah Janji Ditepati oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tapi apa beza PM menepati janji dengan tuntutan Islam yang menyeru supaya umatnya menepati janji? Dan apa kaitan dengan Iblis?
Puas juga Beruang memikirkan, tang mana atau bahagian mana yang dikatakan Bob Lokman bahawa menepati janji ini, sama dengan Iblis? Diakhirnya, Beruang memutuskan bahawa Bob Lokman memang tidak ada asas berkata begitu, dia main ‘boh’ saja sebab dah tak ada idea macam mana nak kutuk kerajaan, terutama Perdana Menteri kerana menepati janji.
Inilah dia pembangkang. Asas nak berpolitik hampir tidak ada, yang mereka pandai hanya bagaimana nak terbitkan kebencian kepada kerajaan. Sebab itu jangan hairan kenapa acara yang dihanjurkan pembangkang, majoriti darinya berakhir dengan rusuhan!! Sebab memang puak-puak ini gemar kepada keganasan dan kacau bilau untuk mendapatkan keuntungan politik!!
Sepatutnya pembangkang laksanakan janji yang telah mereka taburi dulu. Ini tidak, dia dok attack pulak pihak yang menunaikan janji kepada rakyat dengan analogi-analogi yang tidak masuk akal seumpama ini. Nampak sangatlah tujuannya itu nak tutup kelemahan sendiri dan mengelak rakyat membuat perbandingan.
Rakyat Malaysia perlu waspada dengan perkembangan tidak sihat ini. Pembangkang nampaknya sudah semakin terdesak untuk mendapatkan undi dari rakyat. Janji dah macam-macam (terbaru Manifesto Rakyat), itupun nampaknya rakyat tidak rasa teruja juga. Jadi apa lagi yang lebih baik? Putar belitkan pemahaman agama masing-masing untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan, terutama sekali Perdana Menteri.
Itulah saja modal.
Bercakap pasal Bob Lokman ini pun, apa ilmu agama yang dia ada? Kononnya cucu Tok Kenali, tapi kita pun tahu iman mana boleh diwarisi. Ilmu agama ni kena belajar, menuntut mana ceruk, bukan harap diwarisi melalui pertalian darah, itu nak jadi bomoh bolehlah.
Nasihat Beruang, sudah-sudahlah dengan politik benci membenci macam ini, orang naik jemu dah. Mana ada orang nak ikut lagi politik macam ini, melainkan yang otaknya dah rosak teruk saja. Cari modal lainlah.
Nauzubillah.....mengucap panjang aku baca nie...fatwa mana nie, bila dah berjanji cuba la tepati janji, kerana tu popularnya dapat gelaran janji melayu...pasai tak kotakan janji, renungkan...ko pown dtg timbul dr dunia hiburan, aku tak pernah sanjung artis2 nie,jauh sekali aku nak terkinja2 tengok konsert ka, atau show kt tv kalau ko berdakwah, cara yg sepatutnya...bukan mencaci org lain dengan fatwa ko yg menyesatkan tu.
BalasPadam