Sebelum ini Pisau Kedah menceritakan permasalahan air yang di hadapi penduduk Kampung Bukit Hijau, Kupang, Baling akibat pembalakan tidak terkawal yang di lakukan pentadbiran kerajaan negeri Kedah ( Klik Di Sini )
Apa yang Pisau Kedah ingin kongsikan ini pulak adalah kisah seorang Wanita warga emas di kampung berkenaan yang terpaksa menjual lembunya hanya semata-mata mahu membuat bayaran ukur tanah kepada Pejabat Khidmat Wakil Rakyat ( PKWR ) Adun Kupang, Johari Abdullah untuk mendapatkan geran sepertimana yang di janjikan.
Sehingga kini walau sudah bertahun lamanya janji tersebut di lakukan, penduduk kampung yang membuat pembayaran ukur tanah untuk mendapatkan Geran Tanah, masih lagi gagal di berikan seperti yang di janjikan
Agak malang bagi nasib makcik dalam video berkenaan yang di tipu oleh PAS Kedah terutamanya Wakil Rakyat Kupang, Johari Abdullah yang menjadikan pejabatnya sebagai tempat pengumpulan duit-duit orang kampung yang mengharapkan geran seperti yang di janjikan.
Johari Abdullah sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawap dengan isu ini. Sekiranya Kerajaan Negeri Pentadbiran PAS gagal memberi geran seperti yang di janjikan sebelum PRU13, Johari Abdullah sepatutnya memulangkan kembali duit-duit penduduk kampung yang telah di pungut melalui pejabatnya.
Sekiranya selepas PRU13 ini BN mengambil alih tampok pentadbiran Kedah, pastinya selepas itu Johari Abdullah akan menggunakan alasan " BN sudah mentadbir kerajaan, PAS sudah tiada lagi kuasa " bagi mengelak membuat pembayaran kembali duit kepada penduduk kampung yang telah di tipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan