Akibat tertekan dengan desakan yang di lakukan pelbagai pihak, Tian Chua di lihat cuba menyelamatkan diri dengan menyalahkan para blogger pro Kerajaan yang di katakan memfitnahnya.
Sebelum Tian Chua mahu menunding kesalahannya kepada blogger-blogger pro Kerajaan, Tian Chua terlebih dahulu melihat kenyataannya yang di keluarkan oleh lidah rasmi milik PKR,
Apakah kejadian yang mengorbankan banyak nyawa anggota keselamatan negara di Sabah merupakan konspirasi UMNO untuk menakut-nakutkan rakyat ??
Bukankah satu penghinaan kepada anggota keselamatan negara yang di tuduhnya bersama dengan UMNO melakukan konspirasi dalam serangan tembak menembak di Lahad Datu ??
Sepatutnya Tian Chua perlu menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan tidak berasas terhadap anggota keselamatan negara yang mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahan kedaulatan negara yang tercinta.
Tian Chua tidak dapat lari lagi dari tuduhannya menghina anggota keselamatan negara apabila, Tian Chua sendiri dalam akaun twitternya menggunakan perkataan " Wag the dog " atau dalam makna bahasa Malaysia " Menganggukan Anjing "
Sekiranya kita perhalusi kenyataan Tian Chua. Dia seolah-olah mengatakan anggota-anggota keselamatan negara hanya melakonkan drama pencerobohan Lahad Datu seperti mana lakonan tragedi Al-Maunah di Sauk.
Bagi Tian Chua, tragedi Al-Maunah di Sauk merupakan konspirasi kerajaan yang di lakonkan anggota-anggota keselamatan negara dan bukannya kejadian yang benar-benar berlaku.
Sudah jelas dan terang malahan sudah terbukti Tian Chua benar-benar menghina para perjuang yang terkorban dan para perjuang yang sedang mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara yang tercinta setelah di ceroboh Rejim Sultan Sulu dari Filipina.
Untuk makluman, esok beberapa pihak akan tampil ke pejabat PKR Batu, Jalan Sentul bagi menghantar memorendum Bantahan kenyataan Tian Chua
Salam Perjuangan..
Kebiadapan YB Tian Chua yang mempertikai perjuangan anggota polis yang terkorban akibat kerakusan politik. Ayuh sahabat kita hantar Memorendum Bantahan kenyataan Tian Chua.
Di hadapan Pejabat PKR Batu, Jalan Sentul, 51000 Kuala Lumpur (Depan stesen minyak Petron Sentul) pada 4 Mac 2013 isnin. Jam 4.15 petang.
Datang beramai2, pakai baju Merah tanda darah merah melayu yang mengalir dalam diri ini. Perjuangan demi agama bangsa dan tanahair.
Tlg panjangkan bantahan ini.
Terima KasihYahaya :- Mat Ghani @ Abbas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan