Lim Kit Siang, kuda tua DAP yang terkenal dengan kebiadapannya terhadap bangsa Melayu semasa tragedi 13 Mei memang cukup celaka apabila mempersendakan kematian dua orang anggota keselamatan Malaysia yang maut dalam konflik pencerobohan Lahad Datu.
Kit Siang mengatakan dalam akaun twitternya " Kematian dua orang anggota keselamatan tidak sepatutnya berlaku kerana pihak polis Malaysia mempunyai kekuatan senjata dan kemudahan yang lengkap ".
Apa yang dapat di lihat Kit Siang cuba mempertikai kematian dua anggota keselamatan yang maut tersebut di dalam mempertahankan tanah air. Bagi Kit Siang perkara itu tidak sepatut berlaku kerana polis mempunyai kekuatan senjata dan kemudahan yang cukup.
Manakala kenyataan seorang lagi ahli politik dari PKR, Tian Chua ( Naib Presiden PKR ) dalam laman twitternya memang lagi cukup celaka apabila mengatakan isu pencerobohan di Lahad Datu merupakan " Satu Lagi Sandiwara UMNO/BN seperti mana isu Al-Maunah di Sauk ".
Bagi Tian Chua apa yang di lakukan pasukan keselamatan hanyalah satu cerita " Mengaggukkan Anjing ( Wag The Dog ).
Sudah jelas, Tian Chua tanpa mempunyai sebarang bukti hanyalah membuat satu andaian bahawa anggota keselamatan di pergunakan kerajaan Malaysia untuk menutup isu di Sabah seperti mana Tian Chua menganggap isu Al-Maunah di Sauk hanyalah sandiwara Kerajaan Malaysia untuk menutup isu.
Agak keterlaluan si Tian Chua cuba mempolitikkan isu Pencerobohan Lahad Datu hanya demi keuntungan politiknya tanpa memikir Malaysia di kelilingi negara-negara yang mempunyai kumpulan pemberontak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan