Isnin, 13 Mei 2013

Isteri Pengasas Al-Arqam Di Tahan Pihak JAIS Sejurus Tiba Di KLIA



SEPANG: Balu pengasas al-Arqam, Hatijah Aam ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini sebentar tadi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejurus tiba dari Jeddah.

Menurut jurucakap JAIS, Hatijah yang lebih dikenali sebagai Ummu Jah tiba dengan penerbangan MAS kira-kira jam 11.30 pagi dan terus dibawa ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk Soal siasat.

Sekumpulan wakil media yang menunggu di balai ketibaan antarabangsa di sini bagaimanapun gagal merakam gambar Ummu Jah kerana beliau difahamkan dibawa keluar mengikut pintu laluan lain.

Ketibaan Ummu Jah juga ditunggu oleh kira-kira 20 orang dipercayai bekas pengikut al-Arqam- Berita Harian

1 ulasan:

  1. Cantik kelihatan agama yg dibawa oleh perkumpulan Al Arqam dulu, tp sedih bila diketahui terselit di celah celahnya kesesatan yg merosakkan aqidah. Sedih melihat mrk yg inginkan kebaikan beragama terperangkap dlm ketaksuban jama'ah yg tersasar dr kebenaran.

    BalasPadam