Selasa, 4 Jun 2013

Al-Fatihah : Seniman Terkenal S. Shamsudin Telah Kembali Ke Rahmatullah


Pelakon dan pelawak terkenal Seniman S. Shamsuddin telah menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi selepas mengadu sesak nafas.

"Kira-kira jam 11 pagi arwah telah menghembuskan nafas terakhirnya. Kini jenazah arwah masih berada di Hospital Universiti Singapura.

"Arwah akan dikebumikan esok pada jam 11 pagi dimPusara Abadi, Singapura," jelas Husin Saaban seorangmrakan artis arwah di Singapura.

Shamsuddin atau Sahamsudin bin Dali dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura pada 1 Januari 1929. Bapa beliau, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, manakala ibu beliau, Khatijah binti Haji Ahmad berasal dari Geylang Singapura.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan