Rabu, 12 Februari 2014

Hot !!! Berita Yang Tidak Akan Di Ceritakan Pembangkang


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani meletakkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kementerian itu untuk menangani rasuah sebagai satu usaha yang baik.

"Usaha yang baik perangi rasuah," kata Perdana Menteri dalam Twitternya ketika merujuk kepada pautan Facebook menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam laman Facebooknya, Ismail Sabri berkata: "Kita tidak akan letak pegawai SPRM secara terang-terangan, jika tidak usaha ini sia-sia sahaja". 

"Pihak kementerian juga tidak akan melindungi mana-mana pihak termasuk kakitangan kementerian yang terlibat dengan gejala rasuah dan jika ada, kes itu akan diuruskan oleh SPRM," katanya.

Semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata pihaknya akan meletakkan pegawai SPRM di kementerian itu tanpa mendedahkan identiti mereka sebagai usaha mengekang penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan kakitangan.

Katanya, walaupun kadar kes penyelewengan dan rasuah di peringkat kementerian berkenaan rendah, namun penempatan pegawai SPRM di situ adalah sebagai langkah awal bagi menunjukkan kementerian benar-benar serius membendung gejala tidak bermoral itu. - Bernama


Pisau Kedah :-

Tindakkan yang harus di beri pujian kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana berani bertegas didalam memerangi rasuah.. Diharapkan lepas ni kementerian-kementerian yang lain pun akan turut menjejak langkah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

1 ulasan:

  1. kah kah kah. umno memang kangkong.

    umno buat lawak bodoh. rasuh yg ada pun buat-buat bodoh.

    bodoh umno

    BalasPadam