Rabu, 12 Februari 2014

Sah !!! Adenan Satem Ketua Menteri Baru Negeri Sarawak


Kuching: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahudin di Astana sebentar tadi berkuatkuasa 28 Februari ini.

Pada sidang medianya tadi, Abdul Taib turut mengumumkan Menteri Tugas-Tugas Khas Di Pejabat Ketua Menteri merangkap Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru berkuat kuasa 1 Mac ini.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bakal ada Pilihan Raya Kecil di Balingan berikutan perletakan jawatannya itu.

Tarikh angkat sumpah Adenan dijadualkan diadakan pada 28 Februari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan