Selasa, 11 Mac 2014

Gambaran Di Sekitar Penamaan Calon PRK Dun Kajang #PrkKajang


KAJANG 11 Mac - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.

Beliau berkata, walaupun kedua-dua parti BN dan PKR membawa kira-kira 5,000 penyokong, keadaan tetap terkawal dan mereka mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

"Saya berharap keadaan seperti ini (aman) akan berterusan sehingga hari mengundi pada 23 Mac ini," katanya. - UTUSAN ONLINE








Tiada ulasan:

Catat Ulasan