Sabda Rasulullah S.A.W: Sungguh seorang hamba berbuat dosa, lalu ia memohon pengampunan pada Allah, ampunilah hamba, maka berkatalah Allah padanya: HambaKu, sungguh telah berbuat dosa, namun ia mengetahui ia memiliki Tuhan Yang Maha Memaafkan dan menolongnya, maka kumaafkan hambaKu. (ucapan ini terus diulang2 oleh Rasulullah S.A.W” (Shahih Bukhari).
Bagi pendapat peribadi Pisau Kedah.. Nik Aziz bukan sahaja perlu memohon maaf sahaja. Sebaliknya Nik Aziz perlu memperbetulkan kesilapan yang pernah dilakukannya agar Allah S.W.T membuka hati manusia yang berdendam terhadap dirinya memaafkan kesilapannya.
Nik Aziz pernah melabelkan orang-orang UMNO adalah kafir disebabkan berbeza fahaman ideologi politik. Oleh disebabkan itu tak semua penyokong UMNO yang dituduh Nik Aziz sebagai orang kafir dapat memaafkannya.
Dosa menzalimi atau menganiaya manusia tidak akan diampunkan oleh Allah S.W.T dengan bertaubat kepada-Nya kerana dosa sesama manusia mesti minta maaf sesama manusia dahulu baru taubatnya di terima oleh Allah SWT.
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Tahukah kamu siapakah dia Orang Muflis?”
Sahabat-sahabat baginda menjawab :
“Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda.”
Nabi SAW. bersabda yang bermaksud :
“Sebenarnya Orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari kiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat , sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini, dan menuduh orang itu , memakan harta orang orang ini , MENUMPAH DARAH orang itu dan juga MEMUKUL orang . Maka akan di ambil dari amal kebajikannya serta di beri kepada orang ini dan orang itu , kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis di bayar kesalahan-kesalahan yang di tanggungnya , akan di ambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang di aniayakannya serta di timpakan keatasnya , kemudian ia di humbankan kedalam neraka.”
(Hadis Riwayat Muslim dan Tarmizi)
Tuhan Maha Pengampun, tp jgn lupa Tuhan juga Maha Adil. Tidaklah sama org yg berdosa dgn yg tidak berdosa. Tidaklah sama org yg taat dgn org yg derhaka.
BalasPadamYang tu takyah kau cakap...semua org tau...bandingan baik n buruk je.
BalasPadamWah wah wah. Masa sehat dulu. Masa berkuasa dulu. Bukan main garang pok nik ni. Orang umno tu kapir pada dia. Sekarang bila dah sakit mintak maaf pulak. Ok la kita maafkan dia le.....
BalasPadam