Khamis, 3 April 2014

Conteng Bangunan UMNO @MukhrizMahathir Bidas Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab #HanyaDiKedah #MBMesraRakyat


Alor Setar 03/04 - Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah melalui pengerusinya, YAB Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir mengecam tindakkan pihak tidak bertanggungjawab yang menconteng dinding Bangunan Tunku di Alor Setar yang menempatkan ibu pejabat UMNO Negeri Kedah.


Menurut Mukhriz Mahathir, tindakan menconteng dinding Bangunan Tunku bukan saja ia mencerminkan kedangkalan minda perlakunya, malah perbuatan itu menyimpang jauh dari amalan demokrasi dan budaya penuh hemah, toleransi dan saling menghormati yang sepatutnya didokong oleh semua pihak dalam berpolitik.

" Perjuangan politik yang berkesan dan bermatlamat memerlukan individu-individu yang berkeperibadian tinggi, berfikiran jauh dan perpegang pada nilai-nilai sosial yang murni. Perbuatan merosakkan harta benda dan cubaan meniup api kemarahan pihak lain bukan sahaja bercanggah dengan nilai-nilai murni tersebut malah ia juga ditegah oleh Islam ".

" Saya bimbang jika hasutan sesetengah pemimpin akan menggalak para penyokong mereka jadi taksub dan hilang pertimbangan sehingga sanggup bertindak diluar batasan. Jika tidak dibendung dengan segera, adalah dikhuatiri ia boleh menimbulkan masalah yang lebih rumit dan sukar ditangani sehingga merugikan semua pihak khususnya rakyat Negeri Kedah ", kata Mukhir Mahathir.


Selain itu Mukhriz Mahathir menyeru semua penyokong UMNO yang ketika ini sedang marah dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menconteng dinding bangunan UMNO supaya berfikiran rasional, bertenang dan bersabar dalam menghadapi provokasi ini. Mukhriz Mahathir juga berharap penyokong UMNO terikut-ikut dengan sikap tidak bermoral pihak yang dangkal akal dan fikiran itu.

Pada masa yang sama, sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan selaku Menteri Besar Kedah Darul Aman, Mukjriz Mahathir menyeru pihak polis supaya sentiasa mengawasi pejabat-pejabat seperti parti politik supaya insiden yang menimpa UMNO Negeri Kedah tidak berulang.

"Harapan saya semoga kita berpolitik secara sihat dan beradab, menegakkan perjuangan dan fahaman dengan ikhlas dan saling menghormati dengan perpaksikan pada nilai-nilai sosial yang murni demi agama bangsa dan tanahair " kata Mukhriz Mahathir lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan