Makluman

Harap Maaf. Blog baru Pisau Kedah masih di dalam proses penambah baik setelah blog lama Pisau Kedah telah di godam pihak yang tidak bertanggungjawap. Kepada yang nak link blog anda dalam blog ini sila tinggalkan link di ruangan komen blog.

Catatan Popular

Pengikut

Sabtu, 25 Mei 2013

Kantoi !!! Black Out PRU13 Terbukti Hanya Sandiwara Pakatan Haram #TolakPR

'Black out' hari PRU-13 fitnah
Gambar yang dikatakan dimuatkan di internet
menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam
semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13) lalu.

KUALA LUMPUR 24 Mei - Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidaknberasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya mendapat "tweet" mengatakan lampu padam oleh "cybertrooper" yang tidak bertanggungjawab, kitamterus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-
apa," katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU-13.

"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

"Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak
tahu," katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata, cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu?

Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya?

Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. - BERNAMA

Jumaat, 24 Mei 2013

#FBP13 : 24 Gambar Eksklusif Pertunjukan Skill Motorcross Xtreme


Selamat menjamu mata dengan aksi-aksi gambar menarik yang di tunjukan penunggang motorcross yang terlatih dari Freestyle Motorcross Xtreme (FMX). Persembahan motorcross xtreme ini di anjurkan oleh  Maha Persada dalam Festival Belia Putrajaya 2013 yang berlangsung dari 23 sehingga 26 Mei 2013.

Jangan lepas peluang menyaksikan sendiri dengan mata sendiri aksi-aksi yang di tunjukan oleh penunggang motor yang terlatih dengan aksi-aksi lasak dengan datang sendiri ke Festival Belia Putrajaya 2013..



























Khamis, 23 Mei 2013

Syabas @PDRMsia @Zahid_Hamidi !!! Tiga Lagi Dari Pakatan Haram Di Tahan Mengikut Akta Hasutan. #TolakPR





Terbaru... Tiga lagi dari Pakatan Haram di tahan mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) hari ini setelah Adam Adli di tahan minggu lalu di bawah akta yang sama.

Tiga individu terbabit merupakan Ahli Palimen Batu, Tian Chua.. Tamrin Tun Ghafar dan seorang pemimpin NGO pro Pakatan Haram, Haris M Ibrahim.

Tian Chua di tahan di Lapangan Terbang LCCT  tengahari tadi sebelum melepasi pemeriksaan keselamatan untuk ke Kelantan. Selepas itu Tian Chua di bawa ke balai Polis Jinjang.

Tamrin Tun Ghafar pulak di tahan tengahari tadi juga di restoran kawasan Bangsar (Restoran Chawan)  ketika lepas makan tengahari dan di bawa ke balai polis yang sama.

Manakala Haris M Ibrahim pulak di tahan di Segambut selepas makan tengahari.

Sebelum di tahan.. Haris di percayai telah membuat onak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur untuk menyokong Adam Adli yang di bicarakan pagi tadi.

Adam Adli mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang di baca dan di kenakan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan kes Adam Adli akan di sebut semula pada 2 Julai ini.

Tahniah !!! Kepada Pihak Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana membuktikan ketegasan yang akan di kenakan terhadap individu yang cuba menghasut rakyat supaya menghuru harakan keamanan Malaysia..

Di harapkan ketegasan ini akan di kekalkan.

Hot !!! Budak Hingus Adam Adli Di Kenakan Ikat Jamin RM5,000



Penuntut Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abd Halim hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah, minggu lepas.

Adam Adli, 23, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Sepanjang prosiding, Adam Adli yang berada di dalam kandang tertuduh tanpa digari kelihatan tenang dan beberapa pemimpin pakatan rakyat seperti Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar turut hadir.

Ketika memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan sebelum perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas telah menawarkan jaminan berjumlah RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam N.Surendran yang mewakili Adam Adli memohon anak guamnya dibebaskan dengan bon sendiri iaitu tanpa menyerahkan wang atau penjamin dengan alasan tertuduh memberi kerjasama sepenuhnya pada pihak polis sepanjang siasatan kes itu.

Surendran berkata pertuduhan yang dihadapi tertuduh juga tidak mempunyai merit dan tidak berasas kerana Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan sepenuhnya.

“Ia bersifat tidak adil kepada tertuduh kerana tiada elemen keganasan yang berlaku, yang boleh memudaratkan orang ramai dan kemungkinan pihak pendakwaan untuk berjaya dalam kes ini adalah tipis,” katanya.

Mengenai pemansuhan Akta Hasutan, Mohamad Abazafree berkata akta itu masih berkuatkuasa dan sesiapa yang melakukan kesalahan di bawah akta itu akan menerima akibat.

Katanya walaupun tiada elemen keganasan berlaku tetapi terdapat elemen mengajak kepada keganasan dan ia masih menyalahi undang-undang.

“Jaminan yang ditawarkan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh dan sebarang pelanggaran terhadap undang-undang itu adalah satu kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Surendran memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan pertuduhan atas alasan salah guna kuasa mahkamah.

Hakim Norsharidah Awang kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Julai untuk sebutan kes.

Bapa Adam Adli, Abd Halim Abd Hamid membayar wang jaminan itu.

Barisan pendakwaan turut dibantu Timbalan Pendakwa
Raya Azlina Rasdi manakala pembelaan dibantu peguam
Datuk S.Ambiga. – BERNAMA

Video Panas !!! @MahfuzOmar Kata @NajibRazak Gunakan Baju Dalam DS Rosmah Tutup Mulut TUN M.



Memang betul-betul celaka mulut Peseruhjaya PAS Kedah yang baru ni, si Mahfuz Bean.

Ada ka patut marahkan Menteri Besar Kedah yang baru, YAB Dato' Paduka Mukhriz Mahathir kerana tidak membenarkan puak parasit dalam PAS ni mengadakan Himpunan Black Out 505 di Kompleks Sukan Suka Menanti,  Mahfuz Bean menghina Ayahnda Tun Mahathir dengan YAB DS Najib Razak dengan perkataan yang agak lucah..

Kalau tak percaya cuba tengok dan dengar betul-betul video ucapan Mahfuz Bean di bawah ini..



Apakah begitu akhlak seorang Pesuruhjaya PAS Negeri yang di tunjukan ??

Memang sepatutnya pun YAB Menteri Besar tidak membenarkan penggunaan kompleks sukan Suka Menanti untuk di jadikan tempat berhimpun Black Out 505 di sebabkan isi kandungan program yang penuh caci maki dan hasutan.

Pisau Kedah berharap YAB Menteri Besar Kedah mengambil tindakan mahkamah terhadap si Mahfuz Bean ni di sebab kandungan ucapannya yang tidak berasas dan caci maki terhadap Ayahnda YAB Menteri Besar Kedah yang rakyat Malaysia kasihi.


Panas !!! Akhirnya Terjawab Dakwaan PR Bahawa BN Akan Mezalimi Rakyat Kalau Menang PRU13



Ish...Ish..Ish... betul la apa yang di katakan penyokong Pakatan Haram selama ini.. " Kalau BN Menang PRU13 ini semua barang akan di naikkan harganya "

Baru saja hampir 3 minggu menang PRU13, BN dah tunjuk taringnya dengan menaikkan harga petrol RON97 sebanyak RM0.20 berkuat kuasa semalam... Ish.. ish... Memang zalim la BN ni.!!

Kalau hampa tak percaya.. hampa baca pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Malek ni..

Hot !!! Analisis Lengkap Keputusan PRU13 Membukti Siapa Lebih Popular #TolakPR




Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini apabila memperolehi majoriti mudah 133 kerusi Parlimen pada PRU13 yang lalu sementara pakatan pembangkang yang dibarisi PKR, DAP dan Pas hanya memperoleh 89 kerusi sahaja.

Pada PRU12 di bawah kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, BN memenangi 140 kerusi Parlimen.Pada PRU13, rakyat Malaysia masih lagi mengundi dalam pilihan raya yang disertai pelbagai parti yang menyaksikan 11,257,147 juta (84 peratus) daripada 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi
222 kerusi Parlimen.

Dari segi undi popular , daripada keseluruhan pengundi yang keluar mengundi dalam pilihan raya pelbagai parti itu, BN berada di tempat pertama dengan memperoleh undi sebanyak 5,237,699; kedua, PKR (2,254,328), ketiga, DAP (1,736,267), keempat, Pas (1,633,389) manakala parti-parti lain dan Bebas (192,904).

Bagaimana pun, DAP yang berada di tempat ketiga dari segi jumlah undi telah memperoleh 38 kerusi Parlimen, iaitu jauh lebih tinggi daripada PKR.

Berdasarkan analisis keputusan pengundian PRU13, BN memperolehi undi popular di Perlis, Kedah dan Perak berbanding PR.

Di Kedah, Umno berjaya menguasai negeri itu dengan memperoleh undian sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus. Manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus.

Perlis juga menjadi kubu kuat Umno kerana memenangi kesemua tiga kerusi Parlimen yangndipertandingkan dengan memperolehi 64,192 undinbersamaan 55.55 peratus.

Umno juga mendominasi Perak apabila memperolehi undi sebanyak 277,859 bersamaan 24.64 peratus mengatasi undi parti lain.

Calon BN tewas di beberapa kawasan kerana bilangan pengundi kaum Cina yang ramai.DAP pula mendapat 261,882 undi, manakala Pas dan PKR masing mendapat 109,913 dan 244,073 undi di Perak.

Bagaimanapun, di Pulau Pinang terutamanya di kawasan bandar dikuasai DAP yang memenangi kesemua enam kerusi Parlimen dan memperoleh undian tertinggi berbanding parti-parti lain.

Sebanyak 13 kerusi Parlimen yang dipertandingkan Pulau Pinang, hanya enam kerusi sahaja dimenangi DAP tetapi jumlah undiannya iaitu 272,664 bersamaan 37.72 peratus berbanding PKR hanya lima kerusi iaitu 177,896 bersamaan 24.61 peratus. Umno yang bertanding di lima kerusi di Pulau Pinang hanya memperoleh 118,613 undian bersamaan 16.41 peratus.

Agak mengejutkan apabila analisis mendapati Umno mendominasi peratusan undian di kubu kuat Pas di Kelantan iaitu 49.8 peratus berdasarkan jumlah undian sebanyak 402,503 untuk kerusi Parlimen.

Pas memperoleh 41.1 peratus dengan 332,407 jumlah undi. Bagaimanapun, PKR tewas di ketiga-tiga kerusi yang ditandingi dan hanya mendapat 9 peratus undian dengan 73,071 undian sahaja.

Rekod kerusi Parlimen di Terengganu pula menunjukkan Umno mendahului dalam kutipan jumlah undian, iaitu 283,455 dengan 51.5 peratus, hasil daripada kemenangan empat daripada lapan kerusi yang ditandingi.

Pas pula memperoleh 42.5 peratus dengan jumlah undi 233,893, manakala PKR tidak memenangi sebarang kerusi Parlimen di Terengganu.

Umno turut merekodkan pencapaian tertinggi mendahului parti lain dengan 55.5 peratus atau 337,896 undi, berdasarkan kemenangan 10 kerusi yang ditandingi di Pahang.

Ini diikuti PKR yang mencatat 17.7 peratus dan memenangi tiga daripada lima kerusi yang ditandingi, sementara Pas merekodkan peratusan 17.2 peratus (104,743 undi).

DAP di Pahang tidak mendapat sambutan, di mana parti itu hanya memenangi satu daripada tiga kerusi Parlimen yang ditandingi dengan jumlah undi dipungut sebanyak 59,027 undi.

Di Selangor, PKR mendominasi kerusi Parlimen apabila memenangi sembilan daripada 11 kerusi ditandingi dengan jumlah 550,950 undi. Namun, pengaruh Umno tetap tidak boleh dinafikan kerana parti itu berjaya memporehi 335,406 undi berbanding Pas (270,506) dan DAP (253,302).

Di Wilayah Persekutuan, DAP memperlihatkan penguasaan apabila memenangi kesemua lima kerusi Parlimen ditandinginya dengan 229,337 undi. Pengaruh PR di Wilayah Persekutuan juga dibuktikan dengan jumlah undi dimenangi PKR iaitu 154,457 undi mengatasi Umno (127,771 undi) walaupun kedua-dua parti menang empat kerusi.

Di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, pengaruh Umno ternyata masih belum boleh digugat. Jumlah kerusi dan undi yang dimenangi parti ini tetap mendahului PR dengan peratusan melebihi 40 peratus di setiap negeri.

Sabah terus kekal menjadi negeri simpanan tetap Umno berdasarkan analisis mendapati parti itu mendominasi keseluruhan kerusi Parlimen dengan peratusan 88.2 peratus, manakala PKR hanya menang satu kerusi dengan jumlah 22,598 undi dengan peratusan 7.2 peratus manakala DAP hanya mendapat 14,226 undi atau 4.5 peratus.

Umno tidak ada di Sarawak tetapi negeri itu kekal sebagai kubu kuat BN. Analisis juga mendapati jumlah undian rakyat di Sarawak terhadap DAP ialah 139,480 undi, manakala PKR memperoleh 26,909 undian hasil kemenangan satu kerusi.

Secara keseluruhan, Umno dan BN masih lagi kekal sebagai popular hampir di kesemua negeri, kecuali Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. Ini diikuti oleh DAP yang masih kekal mendominasi di Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan, manakala dominasi PKR kekal di Selangor.

Umno kekal mendominasi di peringkat Parlimen kerana mampu untuk mendapat 3,416,310 undi dari 120 kerusi yang ditandingi dan mereka berjaya menang 88 daripadanya.

Manakala DAP pula mendapat 1,386,404 dari 51 kerusi Parlimen yang ditandingi, jumlah ini membuktikan bahawa DAP adalah parti yang masih popular dan menjadi pilihan kepada pengundi bukan Melayu khususnya di kawasan bandar - MyPenangOnline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib Blog